Sunday 31 October 2021

NASI IMPIT RENDANG DAGING vs AIR KELAPA MUDA

 Pejam celik dah hari minggu pulak dah..hari terakhir Oktober 2021

Esok dah masuk bulan November.Lagi dua bulan 2022 pula menjelma.Berkurang setahun lagi umur kita..Itupun kalau sempat sampai 2022.Dah banyak umur ni tak boleh nak kata umurnmakin bertambah dah...tapi dah kena countdown dah...Semoga Allah mengurniakan umur yang panjang lagi barokah untuk kita...


Nasi Impit Rendang Daging pula.Hari Jumaat pulut kuning.Hari Sabtu Nasi Impit pula...
Ya,ni juadah semalam untuk lunch saya .
Pagi makan roti sahaja alas perut sebelum bermesyuarat atas talian...Nasib baik masih atas talian.Boleh juga sesambil tu merebus nasi impit.Baki rendang daging hari Jumaat ada lagi sikit.Tak ada siapa nak rebut sejak Cella dah balik Ganu...Depa dua beradik tu pun pakat makan sorang sekali saja,lepas tu terbiar dah baki rendang tu dalam kuali.Nasib baik pulut tu saya hanya tinggal sikit saja kat rumah.Dalam ¼ kg pulut sahaja dari keseluruhan 2 kg pulut tu agaknya.Kerana ada baki rendang dalam semangkuk tu,saya rebus la nasi impit.Tak banyak pun,rebus ½ bungkus Ketupat Mini Nona.Rebus 15 paket mini ketupatnya.Selalu dok beli Adabi,tapi sejak dah dua tiga kali kena yang baru versi lembik,saya kurang suka.Cuba beralih pula ketupat Nona walau tiada lagi harum seperti Adabi.Semoga lepas ni Adabi mengembalikan kekenyalan ketupatnya agar saya dapat kembali kepada Adabi...hihihi.. Elok habis meeting,nasi impit dah masak.Biar sejuk...petang-petang sikit baru lunch...Dah petang panggil lunch ke...hihihi


Nikmatnya dapat makan nasi impit rendang daging vs air kelapa muda sejuk.
Lunch la sengsorang.Kelapa muda tu pula rasanya kelapa pandan sebab bila minum haruman pandan menerpa deria bau.Adah belikan 2 biji kelapa muda dua hari lepas untuk saya.Minggu ni minuman air kelapa muda kembali menjadi minuman harian.Alhamdulillah,
kesannya...rasa lega dari sakit kepala....
Lepas minum air kelap pandan ni....bila "pipis" eh,bau pandan la🤭🤣
Kemudian baru teringat....laaaaa,ruoanya seharian belum minum air kosong.Agaknya sebab tu bau air kelapa pandan .Sama macam kalau kita minum kopi tanpa minum air kosong...memang pipis berbau kopi kan....hihihi tak senonoh!

Saya makan 3 bungkus ketupat tu.Masih berbaki 12 bungkus.
Depa dua ketoi tu belum balik.Sampai ke maghrib,depa balik pakat kenyang dah makan kat luar.Tengah memikir nak diapakan 12pcs ketupat tu.


Rasa macam raya pulak..hihihi..



 Brrrrr ...Alhamdulillah..
Kekenyangan sampai ke malam penangan nasi impit rendang daging dan air kelapa ni.Mana tak kenyang...Dengan isi kelapa saya belasah sampai licin....hihihi

6 comments:

  1. Samalah kita ia.saya pun nasi impit tapi dgn rendang ayam dan kuah kacang frozen.

    ReplyDelete
  2. Ada jugak nasi impit nona tapi belum rebus. Rendang daging frozen dan ketupat palas frozen pun ada. Rasa macam nak raya jugaklah 😆

    ReplyDelete
  3. Ini bukan biasa biasa ni. Luar biasa rendang nasi impit hidang dengan air kelapa muda lagi tu. Mampu tengok dari kejauhan je lah.

    ReplyDelete
  4. Kalau ammi.. Ammi goreng aja belen nasi impit tu. Anak2 suka nasi impit goreng.. Pedas sikit pecah telur. Wallah.

    ReplyDelete