Saturday 16 October 2021

MAKAN MALAM @ BAWAH JAMBATAN KUALA IBAI,TRENGGANU

Tulis tajuk tu untuk senang nak rujuk lepas ni kalau datang lagi Trengganu.Orang Trengganu mesti tahu banyak tempat lain.Tapi kami sebagai orang luar yang sesekali ke sana,kena simpan ni...😁

Ni masih cerita hari Jumaat,lepas daftar Cella

Adah kata pukul 5 dah kena gerak dari Arena Hotel untuk ke Kuala Ibai.
Tapi dekat  pukul 6 petang baru gerak sebab sebab lambat  check in.Timing lari sikit sebab Adah kata  masa buat itenerary tu tak tau banyak kedai makan tutup  dan break panjang sebab lupa Trengganu cuti Jumaat.Dok ingat sama ngan KL...


Kami sampai sini dalam 6.30 petang.Dah ramai orang tapi sebab tempat luas + waktu maghrib,maka rezeki kami dapat tempat duduk strategik.


Alhdulillah,dapat meja tepi...view laut(kuala yang betulnya)Sambil Adah pilih menu,saya rakam la video.

Sepatutnya kami dinner 3 beranak bersama anak bujang tu sekali.Plan asal bertolak 14 Okt,tapi sebab 14 Okt tu anak bujang ada interview,pospon jadi 15 Okt pagi.Tapi kesudahannya 15 Okt pula anak bujang tu kena ke Putrajaya lagi sekali untuk urusan temuduga tersebut.Tukar plan lagi.Kami 3 beranak bertolak dulu dengan kereta.Anak bujang tu beli tiket bas.Tiket bas 15 Okt tu pun dapat 6.45 petang.Bila malam buka online,eh,ada pula keluar jadual baru..Ada tiket lagi awal pukul 11.30 pagi.Beli lagi tiket 11.30 pagi pula sebab jangkaan urusan interview akan selesai pukul 9.30 pagi.So,nanti petang kami akan jemput dia kat Stesen Bas KT.

Sebab tu dinner berdua saja dengan Adah.


Lokasi tempat makan ni ,bawah jambatan Kuala Ibai


Masa ni air surut.Nampak beting pasir tengah kuala tu.Seberang sana ada bot nelayan.Saya suka tempat macam ni.

Order 3 jenis makanan saja.
-Kue Teow Ladna ( dalam menu tulis  Ratna)🤭

- Nasi Goreng Ikan Masin
(perut orang tua kena makan nasi 😁)

- Sotong Celup Tepung
(saya pilih 2 ekor beratnya lebih ½kg)



Adah kata dia nak makan sotong celup tepung puas-puas.Haaa makan lah...saya tak minat sangat sotong.Kalau ikan saya suka..
Bila makan sotong celup tepung,teringat mak.Kesian mak,kali pertama hantar Cella hari tu mak dapat ikut sebab masa tu boleh rentas negeri sekejap.Sayangnya masa tu sebab baru lepas PKP 1..banyak kedai tutup + kami pun tak pandai nak cari.Kami pun tak study dulu..Rupanya Trengganu cutinya Kena Google juga tengok kedai makan femes tu tutup hari apa.Ada yang tutup hari Selasa ada yang tutup Rabu.Kemain susah nak cari makan masa tu.


-Sotong Celup Tepung (2 ekor besar lebih ½kg)
- Nasi Goreng Ikan Masin
-Kue Teow Ladna
-Air Tembikai
-Air Laici

Total RM 40
(tepat pula anggaran harga yang Adah tulis dalam itirenari tu)🤭🤭🤭

Jarang saya makan habis.Ni kali...licin baq hang...


Habiskan masa 1 jam lebih  kat sini.Dari 6.45 hingga 8.00 malam.
Dah..jom balik hotel.Driver cakap dia penat ..nak tidur.Nanti nak gi jemput abangnya pula kat stesen bas.


**Adah kata nanti datang lagi...tempat ni wajib datang lagi


7 comments:

  1. Beberapa kali pergi Ganu, belum pernah lagi makan di sini. Nanti boleh la try, tempat ni femes jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK wajib kena try sini sebab semua kaki makan kannnnnn..Boleh bayang SK,PI & Iman akan order pwnuh meja..sedap kat sini SK..view cantik..

      Delete
  2. Adah kata wajib dtg lg? Wah.. destinasi yg wajib kak lin g nmpknya bila g ganu.. tq mak cella sharing info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa.. abang g intvw ye? Mg ada rzki abang.. aamiin..
      Kat putrajaya plk tu..

      Delete
    2. Wajib kak Lin ...masukkan dalam itinerary tau..
      Harga berpatutan..makanan segar dan sedap.view cantik..kalau nak dapat meja tepi tu call la dulu booking..Ada nombor telefon kat signbord tu..Harap ianya membantu memudahkan....

      Aamiinn...doakan tau supaya anak bujang saya berjaya dalam interview tu..aamiinn

      Delete
  3. Replies
    1. Wak dah rindu nak balik Ganu dah tu...tempat jatuh lagi dikenang..hahaha

      Delete