Friday 1 October 2021

BELI CEMPEDAK DURIAN

 Hari ini rezeki dapat beli cempedak durian.


Buahnya lebih kurang saiz kepala lutut saya saja🤣Boleh agak la  kan.Yang depan tu la saiz kepala lutut saya.Yang belakang tu kecik sikit,saiz kepala lutut orang slim🤭
Sebelum ni pernah tengok pic cempedak durian ni kat blog wak warisan petani tu.Saya sangkakan cempedak durian ni sama dengan cempedak nangka.Dulu kat kampung arwah ayah saya ada tanam cempedak nangka.Pokoknya macam cempedak.Daunnya pun berbulu sikit macam daun cempedak.Saiz buahnya besar panjang seperti saiz buah cempedak.Tapi kulit buahnya kasar macam kulit nangka.Isinya mudah lekang macam cempedak bila dikopek tapi lebih berserat dan berjus.Bau buahnya sangat tajam antara bau cempedak dan bau nangka.


Bila beli sendiri cempedak durian ni tadi,
ok saya dapat lihat perbezaannya.Cempedak durian bulat bujur mirip bentuk buah durian.Walaupun kecil,isinya besar padat macam cempedak kawin.Isi tebal dan penuh dalam buahnya.Jeraminya pun sikit sahaja.Katanya pokok cempedak durian jenis hybrid memang rendah boleh tanam dalam pasu.Ada logiknya juga sebab buahnya pun kecil comel saja.Saya Google juga nak tengok betul ke boleh tanam dalam pasu.Ok,dah tengok nampak logik.Tapi untuk tengok pokok ni yang real atas tanah boleh intai  kebun wak WARISAN PETANI



Sekilo RM10.Dua biji ni 2kg++ harganya RM21.50

Sampai rumah saja,Cella dah cakap sedapnya bau macam cempedak.Kata dia,taknak la goreng.Nak makan segar macam tu saja .

Haaa...isinya besar-besar dan tebal tak padan dengan saiz buah.

Teruja Cella ambil video sebab dia kata buah ni comel.Tumpang tepek video yang Cella ambil tu kat sini.

Ni la bandingan saiz dia dengan botol air yang saya kata besar kepala lutut saya tu...hihihi..

Kulitnya memang nipis.Bijinya saya cadang nak bawa bg Pak Man gardener tu semai & tanam kat tepi tangki air di tempat kerja.Mana tau kalau ada rezekiumur panjang & tak kena transfer ke tempat lain dapat la merasa.Kalau tak pun dapat dijadikan pahala untuk Pak Man yang menanamnya.Tapi tu la..takkan nak bawa biji saja untuk Pak Man.Pastu nak bagi cium bau saja?
Ish,takkan la macam tu kan....Esok nak cari lagi lah cempedak ni.Dapat 2 biji lagi pun jadi la...Harap-harap ada la lagi


14 comments:

  1. Kulitdan jeraminya tu bagilah kat saya. Nak try masak lemak cili padi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nipis sangat kulitnya cikgu...🤭😁
      Jeraminya oun tak banyak

      Delete
  2. Eh saya pernah mkn buah ni, MMG kecik comel buahnya tp byk isi & besar2. Saya tak tau pulak itu cempedak durian. Kita main bedal jer...🤣

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha.. memang tak patut kalau bagi Pak Man biji aje tauuuu 😆😆😆

    ReplyDelete
  4. Lama dah x makan cempedak ngan nangka gitu je. Takut pulak rasanya.. Seriauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa seriau Ammi...angin ka atau ada side effect lain..Saya main makan ja🤭

      Delete
  5. Replies
    1. Rasa cempedak.Tapi lebih berjua dan sangat manis

      Delete
  6. Saya ada beli 2 pokok secara online, Cuba tanam dalam Pasu nak tengok keberhasilannya nanti. Cempedak madu dah tanam sepokok Kat kg, 4 tahun dah berbuah tapi sayang kali berbuah banyak tak boleh balik kg pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,dah tanam dalam pasu & berbuah.Semoga lepas ni diumumkan boleh rentas negeri kot masih ada baki buahnya dapat la rasa.In sha Allah

      Delete