Friday 26 March 2021

SHOOPING ITU TERAPI BAGI WANITA

 Ada ke wanita yang tak suka shooping?

Shooping tak semestinya di mall.Kat tempat kerja pun sekarang ni dah macam little mall.Sebut sahaja nak apa,semua ada.Saya jarang pergi mall.Tapi kadang- kadang tak muat tangan juga bila balik kerja.Sebabnya bila ada yang open order dalam group,tak sedar teroder .Itu sikit,ini sikit.Eh,tiba- tiba sampainya pada hari yang sama..Nasib baik ada bawa duit.Hihihi


Nasi Kerabu..Tumpang order dari Kak Mel.


Boleh tahan nasi kerabunya lauk ayam goreng & telur masin hanya RM4.Murah kan..

Order juga pai tee dari Rose.Takkan nak order 1 jer kan..Tak tamak la cam tu..Hihihi

1 set ada 12 cup pai tee..+ 1bekas sayur siap cincang halus,1 bungkus sos & 1 pack kecil kacang tanah tumbuk.1set baru RM5.Rajinnya anak- anak bujang Rose cari duit poket.Anaknya 5 lelaki & yang bongsu sahaja perempuan.Tapi semua kerja rumah tip top ,kalah kita yang ada anak dara..Siap buat bznz kecil- kecilan dari rumah sementara belajar online ni..Ibu yang hebat!

Hasil kerja anak bujangnya.Kemas.Rose cakap suaminya yang banyak didik anak- anak jantan dia.Kalau tempat tidur tak kemaskan,bilik air tak bersihkan,suaminya akan jadi gorilla...Hahaha
Hasilnya anak- anaknya memang berdisiplin & serba boleh.

Kacang campur .Pun dapat hari ni juga .Order minggu lepas.Kacang tanah pedas+ cornflakes pedas + popia roll pedas.1 bekas ni RM 10

Eh,cili kisar pun main order jer sekarang.Macam dah tak pandai nak blend cili dah sekarang ni.Hihihi.
Sebenarnya sebelum- sebelum ni tak ada la pula saya pandai nak order macam- macam walaupun kawan- kawan open order macam-macam.Sampaikan ada yang kata saya kedekut.Semua nak masak sendiri,nak buat sendiri.Tak nak beli..Kedekut..Hihihihi...
Biarlah nak cakap apapun,kerana mereka mungkin bergurau.Hakikatnya,
kasut saya hanya saya yang tahu.Cuma lately ni,senang cakap sejak 2021 ni la  saya dah mula order itu ini bila ada yang open order.Dulu pun bukannya tiada nafsu untuk membeli,untuk shooping.Tapi semuanya kerana saya kena  ukur baju dibadan sendiri...

Ops,cakap pasal baju.Ni pun hari ni juga baru dapat.Baju T .Baju kelab.Order tahun lepas.Hari ni dapat.
Walau hanya shooping makanan ,tapi dah cukup jadi terapi.Hihihihi

9 comments:

  1. Pai tee tu saya bawa larilah....12 biji tu boleh habis makan sorang hiiihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cikgu...tak sedar seketul demi seketul masuk mulut..hihihi

      Delete
  2. Bestnye lahai kak..klu oder rasa mcm nk tumpang oder jgk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...
      2 tahun lepas ada sorang pegawai kena transit kat sini.Sedih kemain beliau seolah diturunkan pangkat kerana selama ni beliau di pejabat negeri.Yang kelakarnya pula tahun lepas beliau dipanggil ke pejabat besar @ Putrajaya .Pun beliau sedihlah sangat kerana katanya lepas ni dahbtak jumpa ’little pasar tani' kat tempat kerja.Hihihi. gambaran meriahnya rakan sekerja berjualan

      Delete
  3. betul tu kengkadang nawaitu kita bershoping nak bantu sokong n bagi semangat industries kecil kengkawan yg sgt rajin tu.ia memudahkan kita gak sbb hantar terus ketangan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...membeli sambil bersedekah & menyokong.Yang berjual pun sama,berniaga sambil memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan makanan halal

      Delete
  4. Alhamdulillah, membeli dari kawan2 pun satu sedeqah juga, Kita faham benar, Mak Cella. Kita pun dulu meniaga, kawan2 opis la regular customer Kita. Now, dorg meniaga, Kita pulak tukang belinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sekali tu SK...
      berjualan & membeli juga ada pahalanya kan....
      Saya jarang membeli ,apalagi berjualan ditempat kerja kerana tiada kerajinan & tiada skill berniaga..hihihi.
      Saya hanya ada kelebihan rajin memasak ( walaupun belum tentu sedap)hihihi.
      Tapi bila dikongsikan makan ramai2 memang habis licin( jadi saya anggaplah saya masak tu sedap) hihihi

      Delete
  5. Ha ha sama lah mcm saya.tamak, klu membeli tu semuanya nk dua.takut tak cukup

    ReplyDelete