Saturday 13 March 2021

PULUT TANAK IKAN LENGAT GORENG

 Semalam ..Jumaat ada cleaner belanja saya & Shifa sarapan pulut kelapa ikan masin.Depa juga bagi ubi kayu rebus cicah kelapa & 6 keping roti canai.Haaa....saya & shifa makan sampai termengah..Semua sedap kena dengan selera saya Kedahan & Shifa pula Kelantanese. 


Petang semalam dah hampir maghrib saya tanak secawan pulut.Gaul kelapa parut bergara. & saya goreng ikan lengat.Ya ampun dua kali makan pulut dalam sehari.Hihihi..


Nak kurangkan bersalah pada badan,saya makan bersama bawang putih crispy yang Adah buat untuk makan dengan bubur lemak tu..Tak sabar nak nak makan.Tapi sebab nak makan dengan tenabg,gagah juga la tunggu selesai maghrib baru makan..


Secawan pulut hampir habis saya makan  berteman teh panas.Puncanya tanak pulut ni sebab masih terkenang pulut ikan masin yang cleaner belanja pagi tu.Kepala dah terbayang nak makan dengan ikan lengat goreng.Kebetulan tengah terfikir nak masak apa untuk dinner,anak bujang cakap dia ada kawan ajak makan kat rumahnya.Adah pula cakap nak keluar KL dengan kawan juga..Tinggal la maknya  sorang.Untuk elakkan kesunyian + dengan saya yang memang penakut kalau tinggal sengsorang ni..Maka saya kawan la dengan pulut kelapa ikan lengat goreng ni...Saya memang penakut sejak kanak-kanak pun.Sampai dah tua masih tiada keberanian.Cella memang tahu kepenakutan saya.Kalau tengok TV yang ada seram dia akan suruh saya  pandang kelain @ dia alihkan chanel lain.Malam nak tidur pun dia akan pastikan saya lena dulu sebelum dia tidur. 

Kalau memang terpaksa tinggal sorang macam malam tadi pula,walauoun hanya beberapa jam..habis segala lampu yang ada dalam rumah... saya  akan nyalakan.Nasib baik makan pulut Tak payah tunggu lama..Elok lepas isyak sahaja mata dah layu minta bantal..Lega...tak payah fikir takut sebab terlenašŸ˜€šŸ¤£

8 comments:

  1. Ingat lengat tu....uwaaaaa! Sedap sangat makan dengan pulut tanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan nostalgia generasi kita ni kan cikgu...Zaman kanak-kanak & remaja yang penuh kenangan

      Delete
  2. Unik cara makan macam ni. Tak pernah cuba lagi makan pulut dengan kelapa dan ikan. Boleh cuba kalau ada rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. family saya memang hantu pulut Fiza.Macam-macam cara makan..hihihi

      Delete
    2. Bagus tu pelbagaikan menu dengan pulut :)

      Delete
  3. Replies
    1. Makan puluit..lemah lutuit...mengantuks..hihihi

      Delete