Thursday 25 July 2019

SAYUR KUCAI MASAK LEMAK CILI API

 Sayur KUcai Masak Lemak Cili Api
Mak aku masak untuk dinner semalam
Heee...dinner pukul 6 petang


 Kucai Masak Lemak cili Api
Sedap baq hang



 Walaupun aku x suka kucai dalam kuay teow
Tapi bila mak aku masak macam ni
Aku makan
Heeeeee
Sebab sedap lak makan ngan nasi
Yang pasti,kuah dia sedap giler
Sebab aku memang suka masak lemak cili api


 Kucai Masak Lemak Cili Api
Mak aku kata bagus makan ni untuk mudahkan berry
Hihihihihi


KUCAI MASAK LEMAK CILI APi
1 ikat kucai- 2cekak
1 cawan air
1/2 kotak santan
1/2 cawan udang
1 asam keping kecil
1 sudu teh garam

Bahan Tumbuk:
5 cili padi
3 bawang merah
1 ketul kecik kunyit

1. Bersihkan kucai dan potong anggaran 2 cm
2. Masukkan bahan tumbuk dan 1 cawan air kedalam periuk bersama garam & asam keping.Masak hingga mendidih
3. Bila mendidih masukkan udang dan biar udang masak
4. Tambah santan dan masukkan kucai
5. MAsak anggaran seminit sahaja supaya kucai tidak lembik
6. Sesuaikan rasa



 Kucai dah siap potong


 Bahan tumbuk


 Udang ni ayng besar tu mak aku kata lebihan masak mee
Yang putih tu lebihan masak Cucur Udang
Campur jer...xde sesapa nak marah


Siap Masak Lemak Cili Api Kucai
Udang besar tu aku makan 1...kakak makan 1
Mak aku x suka udang


 Selain masak Sayur Kucai tu
Mak aku buatkan Telur Dadar Garing



Ikan Rebus Goreng
Aummmmm

No comments:

Post a Comment