Monday 29 July 2019

HARI USAHAWAN SEKOLAHKU- "MISSION GAME"

Alhamdulillah dah selesai Hari Usahawan untuk mencari dana Majlis Graduasi kami bulan September ni..
Huh, dah 2 minggu bz pasal Hari Usahawan
Dengan bermacam kenangan pahit dan manis.
Dari bulan January kelas aku dah plan dan cari strategi nak buat Rumah Hantu..
Sekali last minutes Cikgu dot dot leh bagi plak Rumah Hantu untuk kelas yang beliau mengajar..
Kelas aku diberikan tugasan kena buat game
Mmmmm pishang giler ar..
Berperang mulut dengan cikgu pun xada maknanya bila keputusan akhir ditangan cikgu!
Maka bersoraklah kelas intan payung cikgu tu...
SEMUA plan kami musnah ditengah jalan..!!
Namun dengan pujukan dan semangat yang ditiup oleh guru kelas kami Ustazah Mariam... sikit demi sikit kami bergerak menyusun strategi baru
Belajar untuk redho menerima game yang ditakdirkan untuk kelas kami!
Tidak berakhir disitu sahaja..
Venue yang kami pilih juga dicantas cikgu dot dot untuk diberikan kepada kelas yang dipayungnya..
Kami diarahkan but game di padang
Memang la kalau ikut logik game orang buat kat padang kann....
Tapi sapa yang nak berjemur kat tengah padang yang panas macam sauna tu?
Bukan takat pelawat yang xnak..
Kalau  bagi tiket percuma pun belum tentu cikgu dot dot & student intan payungnya sanggup berjemur
Ustazah Mariam dah buntu..
Nak ikut kepala cikgu tu, ustazah kesian kat we all
Nak ikut kepala we all...
Cikgu tu kawan sekerja ustazah..
Takkan ustazah nak bertekk ngan cikgu tu plak...jatuh la raputation ustazah..
Setiap hari masuk kelas, ustazah tanya kami apa plan baru untuk game..
Kesian ustazah Mariam, tersepit
Kami faham situasi ustazah yang ibarat
Ditelan, mati emak.
Diluah, mati bapa..!
Tapi kalau aku.... memang aku luah jer..
Lantak lah...!!
Sebab tu aku xleh jadi ustazah...
HAHAHAHA.


 Setelah kami sekelas berbincang
Maka kelas dengan sebulat suara melantik aku & Auni sebagai Master Plan..
Haaa.. Aku  memang suka giler kuasa..
Balik rumah, dalam tidur pun aku ligat berfikir nak cari idea..
Dapat jer lampu hijau dari ustazah
Aku ngan Auni ajak. Kelas but meeting
Aku bentangkan apa yang ada dalam kepala otak aku..
Blalalalalalallaa..
Yes, semua setuju dengan plan dan strategi yang aku rancang
2minggu memang nampak la kelas kami sehati sepakat bak kata perpatah " ulat air kerana pembentung, bult manusia merana muafakat"
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing...
Kebukit sama didaki.. Ke lurah sama dituruni
Sebenarnya xdelah kami daki bukit pun...
Hahahaha
Yang kami daki Ninso.. DIY.. Pasar Seni & Eco jer
Cari bahan..
3 hari berkmpung di sekolah
Seminggu buat promotion setiap kali perhimpunan & lepas rehat
Ustazah kata cikgu dot dot dah tanya game apa yang we all nk buat..
Naper x guna padang bagai.. !
Aku cakap ngan ustazah soh ustazah bagitau jer memang kitorang buat game & memang nak guna kelas
Kirorang nak buat pembaharuan buat game dalam bangunan..
Ada yang bagtau cikgu dot dot kami juga ada model hantu!
Tapi aku dah sediakan jawapan untuk tepis jika cikgu dot dot argue
Hahahaha... Menggaru kepala ustazah dengar..
Aku tau ustazah pening kepala bila kitorang ngadu pasal cikgu dot dot
Yang cikgu dot dot plak asak ustazah supaya kitorang guna padang & pastikan kitorang x  buat rumah hantu.
Aku cakap kt ustazah kalau cikgu tu banyak tanya, aku soh ustazah cakap ngan cikgu dot dot soh panggil aku.. Aku akan gi ngadap cikgu dot dot tu.
Ustazah lagi pening
Hahaha... cian ustazah
Actually aku pun bukan nak buat apa pun
Just nak explain jer kat cikgu dot dot
Hari Sabtu Jumaat & Sabtu semua kelas berkampung kat sekolah nk buat final touch up sebelum hari kejadian pada hari Ahad.
Tapi..... Aku dah bakar semangat kelas aku supaya buat yang terbaik...
Mana yang musuh dalam selimut tu aku dah sembur dah
Yang talam 2 muka sudah aku brakn wash dah...
Hahaha... Giler kuasa tak aku...?
Aku terpaksa...
Aku terpaksa sebab aku xnak sekor dua kerbau hang bawa lumpur tu memalit kepada semua rakan-rakan yang lain
Aku kena lindungi anak buah aku
Dalam masa yang sama gunting dalam lipatan perlu diawasi
HAHAHAHA.   macam paskal lak aku rasa
Rasa nak bagi cepat jer sampai hari Ahad..
Biar selesai semua kerja ni



 Seawal pukul 6 pagi classmate aku dah gerak

 Kak Long kawasan tengah kempen


Side tugas aku selain master plan..
Aku juga jadi kakak kaunter
Sambil kutip kupon leh aku promote sekali

 Antara hantu untuk Mission Game


 Hantu lagiii


 Seram tak...?

 Hantu di mana-mana


 Akak Kaunter bz

 Customers tak putus-putus
Antara tarikan ialah hadiah utama tiket wayang
Kalau group 4.. mereka akan dapat 4 tiket
Haaa.... xde lagi group lain tawarkan haiah tiket wayang
Game kami plak akan bertukar setiap 1 jam
Hantu juga akan bertukar setiap 1 jam
So.. xdelah bored
Ada yang ulang masuk 4x pun xkan jumpa benda yang sama
Penat jangan cakap la
Hanya sempat sarapan jer kat kedai pak omar
Pastu nak minum air pun x sempat
Aku langsung x dapat tengok suasana keliling..
Sampai petang baru dapat turun tengok keadaan kat bawah.
Pukul 4 kemas tempat dan barang
Pukul 5.30 baru selesai
Huh..penat jangan cakap la




 Inilah  our classmate yang sama bertekak
Sama  berpenat
Sama bersatu
Sama sepakat..
Bertegang leher sekadar nak cari keputusan terbaik
Tapi saling menyokong bila ditimpa masalah
Pesanan aku kepade mereka.. "biar kita  bergaduh bertekak sesama kita, jangan sesekali sampai orang lain tahu... Jangan sesekali menceritakan kepada kelas lain."
Semua patuh .
Hahaha... Inilah yang sangat mengharukan aku
Bukan semua setuju dengan pandangan aku
Aku tahu kadang aku agak bossy
 BUKAN aku selfish tapi ada ketika aku perlu begitu demi untuk jayakan plan
Kalau nak dengar pandangan semua orang
Semua  jadi bos.. memang pecah kepala mak la nak..
So....jalan terbaik... kena ikut 1 kepala sahaja...
1 kapal mana boleh ramai kapten..
Karam la kapallll...

 TQ gang atas sokongan semua
Tanpa you all siapalah master plan
Sehebat manapun masterplan, tiada maknanha tanpa anak buah yang hebat...
Yang setia saling menyokong
Walau berapa pun keuntungan kita..
Itulah hasil titik peluh dan air mata kita
Kalau kita x dapat capai targst  sekali pun
Kita sebenarnya MENANG dalam banyak perkara
Kita antara kelas yang cool walaupun bergelora di dasarnya.. Hahaha
Takpe.. Takpe...
Pasni kita kkra duit
Tolak modal semua tu
Kita open table kat BRJ
Guna duit kelas untuk reward ourself dah penat buat kerja kan...
Aku nak minta
Pastu ramai2 jumpa cikgu dot dot minta maaf jika ada terkasar bahasa..
Nak axam weiiii....
Mohon ampun kat ustazah sebab buat ustazah pening
Tapi ustazah kata ustazah proud ngan kitorang sebab gigih dan bersungguh buat kerja..



Kita nak buat Hari Usahawan nak cari dana Hari Graduasi



Kelas mana pun yang dapat jualan tertinggi ke... Terendah ke.. Semua akan dicampur sekali...
Tapi mesti la nak juga dapat jualan terbanyak kannnnnnnn
HEEEE.

5 comments:

  1. Wahhh.. Ini betul2 mengingatkan aunty dgn kegigihan anak aunty tahun lepas. Tapi tulah, kutip byk2 pun sek gak yg dpt duitnya kan. Takpe, yg penting nak jugak dpt yg trtinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee... Mesti aunty rindu iman ni...
      Doakan kiter juga mendapat result yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA

      Delete
  2. Salam....
    Jangsn jam lupa berputar. Kesuntukan masa utk YG penting ...jgn diabaikan.

    Masa peksa... Perjuangan individu... Jawab Sorang Sorang. Cam Dalam kubur..
    Jgn leka.

    Maaf ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Baik bunda nor.. Doakan anakanda diterangkan hati secerah matahari dan diberi kejayaan yang cemerlang..TQ bunda

      Delete
  3. Salam,
    Doa ITU pasti, telaah buku buku wajib kena walau berpuluh Kali..beratus Kali....Bukan setakat selak selak...
    Kena ggg

    ReplyDelete