Tuesday 2 July 2019

BUAT JERUK PETAI






Jeruk Petai
Mak aku buat jeruk petai
Sebab aku suka sangat Jeruk Petai
Heeee...cakap la apapun aku x kisah
Dah memang aku suka petai
Masak lah apapun..
Sambal tumis
sambal Tempoyak
Masak Lemak cili Api
Buat Jeruk ke
Memang aku suka

Ni RM20 petai
Petai tengah musim kot sebab sepanjang jalan ada jual petai
Mak aku suruh beli Rm10
esoknya beli lagi RM 10
So...ni RM20 la petai
Mak aku kata sebab biji petai tu besar maka mak aku kata nak buat jeruk petai
Yezz...aku sanggup 2x gi beli petai
Haaa....ada ke kawan-kawan aku yang sanggup gi beli petai?
Kikikiki...peduli apa
yang pentang ananti aku dapat makan jeruk petai



Mula-mula kena patah-patahkan papan petai tu supaya senang nak masukkan dalam periuk or kuali
Sebab mak aku cakap kena celur dulu sekejap dalam air mendidih
Patahkan la dalam 3..4..@5 biji petai setiap 1 pc


Pastu masukkan dalam periuk @ kuali dan masukkan air hingga tenggelam petai
Letakkan atas dapur dan bila air mula mendidih akan nampak kulit petai berubah warna
So, mak aku kata kena terus matikan api
Sebab kalau rebus lama sangat nanti bijinya jadi empuk , x rangup la nak jeruk


Mak aku cakap just celur
Bukan rebus
Kalau rebus tu kena masak lama kan..
So...ni just celur
Haaa...celur mean rebus sekejap sahaja ...x perlu sampai empuk
Sekadar kulitnya berubah warna & bila dipicit kulit petai tu,biji petai mudah meluncur leluar dari kulitnya
Feel tau picit biji petai
hahaha



Pastu biji-biji petai yang dah picit keluar dari papan petai tu dibasuh hingga bersih


Pastu Masukkan dalam botol bersih
Ambil 1 cawan air suam dan masukkan 2 sudu teh garam halus.
Kacau hingga garam larut dan tuangkan dalam botol berisi biji petai
Pastikan hingga airnya tenggelam
Kalau x tenggelam , nanti biji petai yang x tenggelam kulit biji petai tu akan jadi gelap & x cantik

*** Kalau buat banyak.guna air suam dan garam lebih banyak mengikut kuantiti petai
       Kalau x tahu nak agak garam..just bancuh dan rasa air garam tu.
       Masinnya sesedap rasa.
       Kalau terlalu masin nanti memang akan tahan lama tapi kurang sedap
       Kalau kurang masin ,isi petai cepat lembik dan rosak



Simpan tempat kering
Kalau simpan dalam peti ais.. lebih tahan lama sehingga setahun
Selepas sminggu rasa biji petai sudah ada rasa masin dan sedikit masam dan sudah boleh panggil jeruk petai
Kalau terus makan tanpa peram...ia dinamakan petai rebus
Tu lah yang mak aku cakap kat aku
Mak aku cakap menjeruk petai adalah salah saru cara mengawet petai supaya tahan  lama dan boleh dimakan ketika luar mmusim petai.


9 comments:

  1. aunty memang salute la ngan Mak Cella, macam2 dia boleh buat dan rajin pulak tu. Aunty ni pemalas ntah tahap apa, klu bleh semua benda nak beli yg dah siap, termasuklah petai beli yg dah siap kopek, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm...mak kiter kalau duduk kat dapur tu kitorang dah faham..tu tandanya maknkiter tengah layan stres.Mak kiter cakap masak tu teraphy..

      Delete
  2. Tq share cara buat petai jeruk ni.. saya tak pernah buat

    ReplyDelete