Wednesday, 31 July 2019

CUTI HARI PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-XVI


Selasa 30 Julai 2019
Cuti Hari Pertabalan Yang diPertuan Agong ke-16
Sambil sarapan aku layan youtube jap..
Tapi memang cari pasal...
Pepagi lagi kena sound ngan mak aku suruh aku duduk depan TV tengok Majlis Pertabalan Yang diPertuan Agong.
Mak aku kata peluang ni bukan selalu
Kena tunggu lagi 5 tahun..
Itupun jika semua panjan umur.
Bla...bla...bla.....
Banyak jugalah info dapat dari hasil tontonan TV3 dan TV1
Sweet Couple...

Hari cuti sempena Pertabalan Yang DiPertuan Agong  ke-16
Mak aku la beria suruh aku bersama melangut depan TV untuk melihat Majlis Pertabalan Yang diPertuan Agong..
Kata mak aku.. kita kena ambil tahu
Mmm.... layan jer la
Daripada mak aku bising...
Aku juga kena tadah telinga dengar penerangan kat TV dan dalam masa yang sama mak aku juga jadi pengulas kat luar TV.. Hahaha

Setiap kali raja dan sultan dari seluruh negara masuk..
Setiap kali tu la mak aku juga mengulas.
Hahaha..
Tak semua yang sempat snap


Sultan & Sultanah Kedah
Mak aku cakap sultan Kedah  ni adinda YDPA ke-14.
Permaisuri pula mak akj cakap kerabat Kelantan

Raja dan Raja perempuan Perlis
Mmm...naper tidak dipanggil Sultan & Sultanah... Tetapi dipanggil Raja & Raja Perempuan?
Mm.. kena cari info ni..
Tapi dalam ramai permaisuri..
Raja Perempuan Perlis memang sweet  dengan senyuman sepanjang majlis



Sultan Perak..
Anggun bergaya

Sultan & Tuanku Permaisuri Selangor
Sangat ayu jelita Tuanku Permaisuri Selangor.
Mak aku cakap baginda permaisuri.bekas Pembaca Berita RTM..
Baginda sungguh cantik


Sultan & Sultanah Terengganu
Pun kacak dan manis

Ni je antara yang sempat snap..
Paling ralat... x sempat snap Tengku Mahkota Pahang.. Putera YDP Agong..
Handsome giler..!!!
Tengok putera raja handsome melintas mana aku tahu yang itu Tengku Mahkota Pahang sebab muda dan hamdsome sangat2..!


Putera Mahkota Abu Dhabi
Kerabat luar negara yang turut hadir


Sultan Brunai
Sultan Hasanal Bolkiah & Permaisuri Anak Salehah.
Mak aku cakap baginda berdua adalah saudara sepupu
Baginda berdua juga mak aku kata antara Sultan yang lama bertakhta
Tapi masih melihatan gagah dan anggun menawan


 Jom sambung tengok MHI kat TV3

 Ruang Balai Rong Seri tempat majlis akan berlangsung


 Kenderaan rasmi YDP Agong sudah berada dalam kawasan Istana Negara


 Tuanku dan Permaisuri dipayung warna kuning diraja

 Baginda memeriksa perbarisan


 Menerima tabik bormat pertahanan negara



 Baginda menuju ke Balai Rong Seri

 Dinanti rakyat dan kerabat diraja lain


 Baginda  bersalam dengan sultan dan sultanah negeri-negeri Malaysia

 Anggunnya Tuanku Permaisuri Agong


Datuk Paduka Maharajalela menyerahkan Kitab Suci Al-Quran


Orang paling banyak muncul
Datuk Paduk Maharajalela
Haaa....kalau baca Sejarah Datuk Maharajalela kat Perak tu pahlawan hebat yang berjaya membunuh J. W. W Birch
Kat KL dekat DBP pun ada jalan nama Jalan Maharajalela








Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan.

Pengacara TV sebut keris ni namanya Keris Panjang Diraja

Warkah Ikrar sebagai YDPA ke-16
Dari info.. Baginda merupakan Tengku Mahkota yang ke-2  paling lama iatu selama hampir 44 tahun
Putera Mahkota paling lama ialah Putera Wales iaitu Puter Charles..

Nobat dimainkan lagi


Diluar istana pula tembakan meriam  21 das


 Ucapan tajnkah dari PM



Ucapan sulong baginda sebagai  Yang diPertuan Agong. Baginda tidak lupa menyebut bahawa singgahsana yang baginda duduk hari ini adalah singgahsana yang sama yang diduduki oleh  Paduka Ayahanda   baginda Sultan Ahmad Shah 39 tahun yang lalu..
(sambil dengar kat TV sambil menaip supaya tidak lupa.. bukan senang nak ingat semua ni)
Baginda menekanman supaya menghormati yang tua dan memuliakan yang muda.
1984 mencetuskan sesuatu krisis bevitu senang hanya sekelip mata..tetapi untuk membangunkan sangatlah susah


Bacaan doa selamat

Oleh Pegawai Agama Istana Negara

Semua menadah tangan  mengaminkan doa

Dirgahayu tuanku

Info pengacara TV..
Ini kaum kerabat YDPA



Nobat lagu Raja Berangkat

Keberngkatan duli YDPA


Sambung plk tengok TV1
Ada info pasalkumpulan nobat ni

Kumpulan Nobat Istana didatangkan khas dari Istana Trengganu

Menurut pemimpin kumpulan nobat ni (tengok ulasan TV1) difahamkan nafiri yang digunakan itu sudah berusia 102 tahun. Hanya boleh dimainkan di istana.
Alunan Nobat lagu Raja Berangkat menutup tirai Majlis Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke-xvi.

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU.

Semua pic adalah dari TV1 dTV3
Sambil menonton TV tengok live kat TV sambil dengar info dari pengacara TV sambil taip sambil snap pic & terus transrer
Supaya tak lupa.
Kalau tengok jer .. Pastu baru nak tuli... Memang xkan ingat semua info ni..

(jika ada kesilapan info  mohon patik diampunkan)

4 comments:

  1. Wahhh!!! Hebat tulisan Cella hari ini, tahniahhh!!

    Ralat pulak kenapa aunty tak terfikir nak buat entry mcm ni, heheheh

    ReplyDelete
  2. Tahniah ulasan pasal pertabalan. Tq for info....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Banyak ayat-ayat dari TV pun... Heeee

      Delete