Friday 25 May 2018

RESIPI PUDING CAREMEL BERKRIM TANPA LUBANG- LUBANG

Cream Caremel...
Puding Caremel..
Puding Telur...
Custad Caremel...
Haaa....banyak nama dia yang mak aku sebut..
Tapi aku hanya tahu dessert ni namanya Cream Caremel....
Sometime aku panggil Puding Caremel...
Tapi hari ni nyer puding ni x tebal sangat..
Mak aku cakap sebab buat guna separuh sukatan sahaja...guna loyang kecik
Sebab iftar berdua jer ...
Selalu guna loyang biasa mak aku cakap guna 10 biji telur.
Hari ni guna 4 biji telur jer..!


Puding Caremel ni mak aku masak hari  Selasa .
Hari Selasa mak aku cakap nak masak Sambal  Terung ..
Tapi aku x suka Sambal Terung...
Aku nak ayam...
Tapi bila mak aku cakap nak buat Ouding Caremel ni...
Mmmm.....Yesssss...!!!
Aku suka Puding Caremel ni
Tapi aku hanya suka yang CREAMY...
Yang licinnnn...smooth...
Yang xde lubang2
Pernah juga mak aku buat puding ni jadi lubang2 dan texture dia x creamy
Mak aku cakap sebab careless  masa kukus
Sudahnya...puding tu habis juga..
Tapi berhari2 la baru habis..
Makan pun whitout feel la..
Aku x suka kalau ada lubang2 macam cheese tu sebab kalau yang macam tu kurang creamy...
Tapi maknaku cakap ada orang suka yang lubang2 camtu sebab lubang2 tu menyerap syrup dia yang manis tu
Haaa....mak aku cakap..mak Ismail yang suka Pudibg Caremel yang ada lubang2 tu...
Selera orang x sama...



Macam aku...
Mungkin sebab mak aku dah ajar aku makan Puding Ceremel yang creamy...
So...lidah dan tekak aku memang suka yang creamy ni...
Mak aku cakap semua orang boleh masak Puding Caremel ni..
Tapi walaupun guna bahan yang sama...
Hasilnya mungkin x sama ...
Kerana teknik masak akan buatkan hasil yang berbeza...
Untuk dapatkan Puding Caremel yang creamy..
Mak aku ada ajarkan beberapa tips...

1. Telur hanya dikacau ..bukan blend
2. Susu mesti dimasak hingga panas
3. Kukus jangan terlalu lama..

PUDING CAREMEL..
(loyang 5")
4 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin air
1 sudu teh essen vanila

Bahan Gula Hangus:
1/2 cawan gula
2 sudu air


Panaskan kuali dan masukkan gula bersama 2 sudu air...kacau hingga gula larut.

Gula mungkin akan menjadi 1 lapisan kristal dipermukaannya kerana dikacau.Sepatutnya gula x boleh dikacau...hanya dibiar mencair dan berubah warna brown tanpa air..
Tetapi jika dikacau....tidak mengubah rasa dan tekstur...Cuma peringkat awalnakan berkristal..
Tidak mengapa kerana lama- kelamaan kristal gula akan mencair juga


Masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya tidak hangus...Bila warna keemasan..matikan api..Jangan biar warna terlalu gelap kerana nanti akan pahit


Cepat2 tuangkan gula hangus pekat tadi ke dalam loyang...

AWAS...gula hangus ini sangat panas..!

Lenggang2kan loyang supaya gula menjadi lapisan yang rata..lakukan dengan cepat kerana gula hangus ini cepat membeku..
Ketika ini gula akan mengeras seperti kepingan kaca...

Sementara tu panaskan kukusan hingga mendidih airnya


Dalam bekas lain...pecahkan telur..
JANGAN dipukul ...kalau dipukul..akan berbuih dan menyebabkan puding berlubang2 macam cheese bila masak nanti..
****Hanya kacau sekadar untuk bagi telur kuning dan putih bercampur sahaja..


Sebab nak buat sikit..hanya guna 1/2 tin susu
dan 1/2 tin air


Tambah air kedalam susu pekat dan kacau sebati..

Masukkan esen vanila kedalam telur


Susu yang sudah dibancuh dengan air tadi dimasukkan dalam periuk lain dan jerang hingga naik wap....sekadar panas dan  naik wap ...x perlu sampai mendidih..
Kalau susu terlalu panas nanti telur akan masak pula..so..suam2 panas sahaja..

Cepat2 tunag dalam telur tadi sambil dikacau tanpa henti..
Campuran akan menjadi pekat dan nampak berkrim



Tapiskan adunan telur dan susu tadi kedalam loyang yang berisi gula hangua yang sudah keras tadi..


Untuk lebih senang ...masukkan loyanv bergula hangus tadi dalam kukusan..baru dituangkan adunan telur


Kukus selama lebih kurang 10-15 minit sahaja.
Jika adunan digandakan...tambah masa mengukus.Tetapi jangan dikukus terlalu lama..
Jika dikukus terlalu lama ...puding akan kental dan sedikit keras serta tidak akan creamy...


Bila nampak permukaan puding beku dan swdikit berkedut menandakan puding sudah masak..
Angkat dan biar sejuk sedikit..


Lalukan pisau disekeliling puding supaya mudah lekang..
Tutup permukaan loyang dengan loyang lain atau bekas menghidang
Dengan hati2 telangkupkan puding supaya lapisan caremel yang dibawahnya akan berada diatas..

Potong dan sedia dinikmati


Creamy...
Silky...
Yummy....

No comments:

Post a Comment