Thursday 24 May 2018

KARIPAP INTI KENTANG & TELUR REBUS

Karipap Inti Kentang & Telur Rebus
Kuih Karipap Inti Kentang & Telur Rebus ni mak aku buat hari Ahad
Sebab Ahad kan weekend..
Pagi sampai petang mak aku buat Biskut Raya
Tapi  pastu nampak mak aku sambung buat Karipap ni plak
Kata mak aku...buat sesiap kuih karipap..
Boleh buat iftar petang nanti dan boleh frozen untuk weekday..
So...xyah nak fikir kuih
Kalau tringin nak makan boleh goreng jer...
Mak aku cakap Kuih Karipap..kalu difrozenkan lebih sedap dari fresh
Sebab kalau frozen mak aku cakap inti dia dah sebati dan kulit dia akan jadi lebih rangup sebab 2x goreng..
Haaa....mak aku cakap sebab tu fries yang kita beli frozen tu rangup garing
Sebab goreng 2x.
Zebelum frozen memang dah digoreng 1/4 asak..
PAstu frozen
Sebab tu lagi sedap dan rangup...
Ko jangan citer pasal kolestrol bagai...
Hari ni bukan topik healty..
Just about currypuff



Mak aku dah lama cakap nak masak Karipap yang ada inti kentang & Telur Rebus ni..
Puncanya sebab masa balik Kedah sebelum PRU14 tu la
Singgah R&R Tapah...
Sarapan Karipap & Kopi O..
Mak aku cakap inti karipap tu letak kentang & Telur Rebus.
Mak aku cakap nanti nak buat kat rumah
Aku x ingat aku makan ke x karipap tu
Sebab yang aku ingat aku makan 2 biji Telur Separuh Masak & share Kopi O ngan mak aku..
Hahahaha.....kalau kawan2 aku tahu aku minum Kopi O...memang kena bahan la...
Yang dorang minum kopi kat Starbuck....Oldtown bagai tu xde lak dorang sedar that is coffee !!
Tapi mungkin sebab kopi O orang selalu minum kat mamak & gerai jer ...\
Macam aku la..
Jangan x tahu...ada kawan aku yang setiap hari akan gi minum kat starbuck..!!
1 cup of coffee yang dia minum sama ngan harga seekor ayam yang mak aku beli kat pasar untuk stok lauk aku beberapa hari..
Aku x tahu berapa banyak kaya parent dia...
Dah rezeki dia kan...!!
Sebab tu bila mak aku citer dalam paper ada citer sebuah handbang ada yang harganya ratuasan ribu ringgit....aku langsung x boleh bayangkan...
Ok,... jom sambung citer karipap

Mula-mula kena buat inti dulu..
Sebab mak aku cakap inti tu agak lambat nak masak...
Pastu kena sejukkan sebelum guna

INTI KARIPAP ak aku
3 biji kentang- rebus sampai masak
1 keping daging burger (boleh ganti isi ayam)
1 sudu rempah kari - bleh guna kari ayam @ ikan
1 tangkai daun kari
1 bawang besar-dadu halus
3 bawang putih -dadu halus
1 sudu teh garam
1 tangkai daun sup
1 sudu minyak

Bahan Lain: 
3 biji telur rebus

1. rebus kentang & kupas kulit-potong kasar-kasar
2. Panskan minyak dan masukkan daging burger cincang
3. Bila daging nampak masak masukkan bawang besar,bawang putih dan daun kari
4. Kemudian masukkan serbuk kari dan sedikit air,dan garam
5. Masukkan kentang rebus yang dipotong kasar dan lenyek-lenyekkan dengan sudip supaya sebati
6. Masukkan daun sup cincang dan matikan api
7. sejukkan inti sebelum guna



Nak jimat masa...rebus kentang sebiji-sebiji sampai empuk...
Nak jimatkan lagi masa rebus juga telur bersama...pastika telur dibasuh bersih


Kupas kulit kentang


Potong kasar...x perlu potong halus sebab nanti boleh tekan-tekankan dengan sudip jer supaya jadi ketulan kecil



Bahan tumis dan daging burger



Tumis gdaging hurger cincang ,bawang besar, bawang utih dan daun kari


MAsukkan serbuk kari dan garam



Tambah sikit air supaya tidah hangus dan mudah nak gaul dengan kentang nanti


Gaul sebati


Tambah daun sup dan  sejukkan inti



Telur rebus dipotong 4 @ 6 @ 8...
Kalau potong besar kena la tambah jumlah telur rebus..


KARIPAP KENTANG INTI TELUR 

1/2 kg tepung gandum
2 sudu butter
sikit garam
1/2 cawan minyak
air
garam
Intikaripap yang dah siap masak

BUAT KULIT KARIPAP
1. panaskan minyak & butter.tuang dlam tepung yang dicampur garam
2. gaul rata & uli dengan sikit air sampai boleh bentuk.
3. Bulat-bulatkan agak2 saiz untuk sebiji karipap.
4. Gelek bebola tu sampai agak nipis.
5. Isi inti & kelim tepi..
Buat sampai habis & goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana  
** Goreng separuh masak & frozenkan untuk guna bila2 masa.


Dough tepung dibulat-bulatkan supaya nanti karipap sama besar dan boleh bahagikan inti sama banyak



Setiap bebola tepung digelek dan diisi inti kentang + sepotong telur rebus



Kelimkan tepinya atau boleh guna acuan karipap...Buat hingga selesai



Jika nak makan terus boleh terus goreng hingga golden brown..
Jika nak frozen...gorengkan sekejap sahaja agak-agak 1/4 masak..
Biar sejuk dan pack dalam plastik & frozenkan
Lebih practikle jika pack beberapa biji dalam setiap bekas
Jika pack semua sekali dalam pack besar nanti bila nak goreng kena kuarkan semua kuih.
Kalu pack beberapa biji sahaj...mudah nak urus...nak maka banyak boleh kuarkan beberapa pack..kalau nak sikit just kuarkan yang diperlukan saja



Makanya pada hari Ahad kuih untuk iftar ialah Karipap Inti Kentang & Telur..
Hari Isnin pun goreng karipap juga 6 biji...
Ada bali lagi 2 pack dalam frezer..

No comments:

Post a Comment