Saturday, 16 April 2022

BERIFTAR DI SURAU AS-SOBIRIN- RAMADHAN KE -13

Ni cerita 13 Ramadhan semalam Jumaat.Menghadiri majlis berbuka puasa secara berjemaah di Surau As Sobirin.Anjuran bersama  Surau As-Sobirin dan tempat kerja kami.

Tapi sebelum tu...Salam 15 Ramadhan.. pertengahan Ramdhan sudah kita..

Cahaya purnama 15 Ramadhan.Tapi di beberapa buah negara termasuk Arab Saudi,mereka sudah menempuh 16 puasa hari ni kan..


Tak tau nak bawa buah tangan apa...Saya hanya beli 2 pack anggur hitan ni.Cuci siap-siap masuk dalam bekas kek tu & bawa itu saja.Walaupun juadah berbuka ditaja oleh seorang hamba Allah pemurah,namun takkan nak gi tangan kosong kan..
Plan asal nak masak puding caremel waktu malam tu.Tapi itu hanya angan-angan..hihihi

Kami antara yang awal sampai.Kami mean saya & Adah.Adalah teman sebab Adah tak kerja semalam.Pendaftran pukul 6.30.Kami sampai 6.26.

Suraunya cantik dan luas umpama masjid.Dua tingkat lengkap dengan dewan makan dan halaman aktiviti.Dewan makan pun macam restoran lengkap dengan dapur yang kemas.Bersebelahan taman perumahan dan kondiminium.


View dari jendela dewan makan.Kondo ni macam baru lagi.Surau ni pun katanya baru 4 tahun beroperasi.

Kat dewan solat tingkat atas..

Mendengar ucapan aluan pihak surau dan pihak tempat kerja kami.

Ketika hampir waktu berbuka,pakat turun bawah ke dewan makan


Antara juadah pemanis mulut..Kuih muih dan buah-buahan
Juga ada Nasi Briyani...pizza dan eneka jenia minuman tin..minuman kotan dan minuman botol dalam tong ais besar kat luar..Segan nak snap pic kat luar tu..hihihi

Ni kat dalam dewan.Bahagian luar juga dipasang khemah,penuh dengan jemaah lelaki dan penduduk setempat.Saya tak ada gambar di bahagian luar bawah khemah sebab segan semua lelaki.Dalam ni wanita dan ada ahli keluarga lelaki.


Oleh kerana saya dan Adah hanya berdua tanpa ahli keluarga lelaki,maka kami berkongsi meja dengan Dina & Che Aniza.

Sebaik azan maghrib.kami mulakan dengan sebiji kurma ajwa yang memang dilatakkan sebekas ni atas setiap meja..



Meja kami semua bujang..🤭🤣
Depa bertiga makan nasi briyani..Saya taknak makan nasi..

Tapi saya dah ambil  sepinggan buah-buahan + kuih  serta secawan teh O panas 

Kuih Keladi berlauk ni sedap sungguh.Jarang jumpa orang jual ni.

Pastu makan 2 pcs pizza..
Setiap meja sekotak.

Adah..Dina & Aniza makan nasi ..Saya tak makan...Lastly nasi bi sebekas saya punya tu bawa balik.Nak ambik pizza,Adah tak bagi.Adah kata nanti membazir sebab dah kenyang.So,ambil nasi tu saja bawa balik.Pizza baki tu Dina bawa balik untuk sahur katanya.

Paling dinantikan....
Ni la.....
Kambing golek 2 ekor ditaja oleh hamba Allah tu..
Kambing ni saja oun dah riban-riban...
Nasi lagi bagai...
Semoga hamba Allah itu dilimpahkan rezeki 


Memang tak makan nasi...
Tali saya balun kambing golek,coleslaw & whip potato ni haaaa..🥰🥰
Tengah sedap kunyah...pengumuman ajak solat maghrib berjemaah...Laju-laju la suap...hihihi

Ni pic by Adah..
Mass saya naik ke dewan solat,dia bantu kemas2kan dewan sebab dia ABC.

Katanya sekejapan sahaja dah tinggal rangka


Oh,rupanya depa masukkan isi dalam bekas ni untuk jemaah isyak & terawikh yang mungkin tak sempat datang waktu iftar tadi agaknya..


Ni 2nd round...selepas solat maghrib.Kiranya makan habuan Adah la sebab dia tak makan kambing.Maka bahagian dia saya makan🤭
Majlis diteruskan dengan silat isyak dan solat terawikh berjemaah.Waktu isyak dan terawikh jemaah semakin ramai.Mungkin penduduk perumahan sekitar 
Begitulah kisahnya iftar semalam 14 Ramadhan.
Ok..saya nak sambung mengukis..Menaip sesambil nak luruskan pinggang sekejap ni..
Sejak lepas sahur tadi berdiri depan oven,sambil mengadun,sambil membakar,sambil menyusun kuih dalam bekas..

6 comments:

  1. Alhamdulillah. Saya pulak yang terliur tengok kambing tu.

    ReplyDelete
  2. first time tengok kuih keladi berlauk. Kambing golek ni kalau kat mana-mana pun mesti habis dulu. Sedap yakmat!

    ReplyDelete
  3. Lamanya xiftar kat masjid..

    ReplyDelete
  4. Meriah betul iftar ini. Kalau saya pun terliur terus de ngan Kambing bakar

    ReplyDelete
  5. Pandai dia, elak makan nasi sebab nka isi benda lain dalam tangki, hehe.

    ReplyDelete
  6. Ammi kalau family ada buat kambing golek gini..suka mintak org "kambing" tu potongkan tulang. Esok lusa boleh buat masak lomak.

    ReplyDelete