Salam Ramadhan ke -15.
Masakan yang paling senang nak masak sebab gaul saja semua & kukus..Tapi serius sedap sebab kuahnya hanya jus ayam dan bahannya sahaja tanpa tambah air.Cuma kali ni warna agak pucat kerana saya guna taucu masin tu memang warna taucu tu memang cerah pucat.Tak gelap macam selalu beli brand Bilal.
Sepatutnya warna dia macam ni.Resi c&p dari old post AYAM KUKUS TAUCU PEDAS...kat sini
AYAM KUKUS TAUCU
1/2 ekor ayam - bersihkan
1 paket taucu Bilal( +-1 sudu besar)
1/2 kiub ayam
1 ketul halia muda- racik jejari halus
3 bawang putih - cincang
1 bawang holland-hiris nipis
1 cili merah hiris
10 cili padi - ketuk pecah2
1 pokok leek/daun bawang
2 sudu kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1. Bersihkan ayam & gaul dengan semua bahan. **tidak perlu garam kerana taucu & kiub ayam sudah masin.
Tinggalkan sikit daun bawang untuk tabur masa hidang nanti
2. perapkan ayam dalam 15 minit.
3. Sambil tu jerang air dalam kukus @ dalam kuali hingga mendidih
4. Tuang semua ayam perap dalam bekas tahan panas & kukus 1/2 jam
5. Tabur daun bawang hiris & sedia hidang panas-panas
Wah pembuat kuih raya! Semoga dipermudankan urusan
ReplyDeleteSedap nampaknya lauk berbuka MC...
ReplyDeleteBanyaknya tempahah... tahun depan open order utk geng blogger sama :p
Wahhh.. tauke.. teballah wallet dia. Ayam masak tauchu tu makan dgn nasi tak leh campur lauk lain wpun sambal belacan.
ReplyDeletenampak sedapnyer ayam kukus taucu
ReplyDeleteopen order tak cookies tu? nak order
ReplyDelete