Thursday, 14 April 2022

NASI GORENG IKAN MASIN KAILAN vs AIR KELAPA SEGAR- IFTAR RAMADHAN 11

Semalam hanya masak Nasi Goreng Ikan Masin Kailan untuk iftar 12
Salam Ramadhan 13 hari ni.Semakin hampir ke pertengahan Ramadhan.Hanya 2 minggu ++ Ramadhan akan meninggalkan kita..


Sebenarnya bahan-bahan untuk nasi Goreng Ikan Masin Kailan ni saya dah siapkan untuk masak juadah iftar.Tapi kesudahannya ini menjadi menu sahur kami pagi tadi.Saya masak guna beras Hebaponi Faiza.Beras ni memang halus-halur butir bijinya seumpama padi burung sahaja.Untuk makluman dulu-dulu kalau bertanam padi ada sejenis padi yang buahnya pendek-pendek dinamakan "Padi Burung".Tak ramai yang menanamnya kerana saiz padi dan berasnya kecil iaitu separuh saiz padi biasa.Biasanya yang tanam padi ni adalah penduduk kampung yang ada bela burung merpati,ketutur,ketitir dan lain-lain.Padi tu nanti jadi makanan burung peliharaan mereka.Tapi sudah lebih 20 tahun saya tak nampak padi tu ditanam.Mungkinkan beras herbaponi Faizah yang halus-halus ni spesis padi burung tu? Wallaua'lam.....

Saya tanak nasi lepas selesai solat asar.Kemudian terlelap.Sekejap jer terlelapnya sedar-sedar dah dekat pukul 7..
Tu yang jadinya nasi goreng menjadi juadah sahur

Saya guna ikan masin ni ja.Ikan apa tak tau tapi dah siap dihiris begini.


NASI GORENG IKAN MASIN
2 cawan beras herba poni
1 genggam hirisan ikan masin
3 bawang putih-ketuk
3 cili padi merah -ketuk
3 pokok kailan
garam,perasa,minyak

1. Tanak nasi & sejukkan.

2. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan dan goreng ikan masin hingga garing.

3. Tambah cili padi dan bawang putih ketuk.

4. Masukkan nasi,garam dan perasa.Gaul rata beberapa minit hingga naik wap berasap.

5. Hidangkan dengan keropok

Kesudahannya saya berbuka makan laksa left over.Semalamnya masak 
LAKSA LEMAK KUAH SARDIN.Terliur-liur nak ulang makan bila lihat afa bakinya.
 
Saya juga beli sebiji kelapa muda untuk pembasah tekak ketika iftar.Anak bujang tu & Adah beriftar kat tempat kerja.


Walaupun iftar sorang...Selera tajam🤭
Saya gorengkan beberepa keping ubi keladi..

Juga 2 ketul ubi keledek Jepun saya potong jejari kasar dan goreng bercelup tepung.Garing krup krup krup..Rupanya untuk dapatkan celupan dan kerak garing begini bukanlah bahan bancuhan tepung yang menjadi ukuran tatapi lebih kepada tips masa goreng...Jika ada kesempatan ..nak saya kongsikan videonya supaya lebih faham.Tapi semalam tak ambil video la pulak.

6 comments:

  1. PH suka ikan masin jenis tu MC. Goreng letak cili & bawang, layan :D

    ReplyDelete
  2. Sedap ikan masin jenis isi tebal macam tu. Kurang masin sikit, sesuai sangat buat nasi goreng. Ada sayur kailan rangup dan keropok ikan penambah rasa. Menyelerakan betul makan. Tajam sangat ni selera mama cella walaupun berbuka sorang. Hehe..tu diaa tepung lebih dari isi, sedap tu krup krap makan. Segar tekak dapat minum air kelapa.

    ReplyDelete
  3. Nampak cantik kerak gorengan tu. Jangan lupa share tips. Sy pun kalau buka seorang, macam ni la seleranya, semua nak pulun.

    ReplyDelete
  4. Berseleraaaaa sunggguhh.... hehee.. Xpernah makan ikan masin yang camtu..

    ReplyDelete
  5. Mama Cella memang pandai menggoda selera kitaa! Tengok nasi goreng ikan masin tu aduhai!

    ReplyDelete