Salam 9 Ramadhan.Sudah hampir sepertiga bulan Ramdhan kita lalui.Pastasnya masa berlari.
Siang leka mengukis.Sambil tu dah keluarkan dada ayam untuk defros.Pukul 6.30 baru masak untuk iftar.Tanak nasi dan masak lauk ayam berlada ni.Sambil.kemas bekas bawang jumpa 2 ketul kentang dah mula bertunas.Terus kupas dan goreng sekali campur dalam ayam.
¼ ayam bahagian dada.
2 biji kentang
Minyak,garam kunyit,daun limau purut
Bahan Blend Kasar:
7 biji cili merah
5 cili padi merah
1 bawang besar
5 bawang putih
1. Ayam dipotong ketulan kecik dan garam kunyitkan.
2. Goreng ayam hingga garing dan goreng pula kentang yang dipotong wedges
3. Dalam minyak sama tumis daun limau purut dan bahan blend hingga naik minyak.Tambah garam gula secukup rasa.
4. Masukkan ayam dan kentang goreng.Balik-balikkan & tabur daun sup.
Yang saya tak masak tapi saya beli
Ada yang suka sup lidah?
🤭
Adik tutengah hiris lidah lembu.Yang putih dalam dulang tu urat keting.Ada macam-macam sup..Saya pilih sup lidah.
Kalau beli mihun Sup Lidah RM10.Tapi ni saya beli sup lidah sahaja..RM12
Nampak tak?
Hee lidah lembu sedap terutama bahagian pangkal lidahnya berlemak.Tapi saya dapat bahagian tengah lidah...
Memang banyak isinya.Berbaloi-baloi beli.Hari tu tanya 1 pc lidah kat pasar tani RM50.Tak jadi beli sebab nanti kena beli juga daging sebab Adah tak makan lidah lembu.
Sebab makanan dah banyak hari Sabtu tu risau membazir.Say ambil ½ mangkuk untuk rasa.Bakinya saya frozen.
Ni RM12 siap masak.Banyak pula tu.Walaupun clear soup tapi sedap sangat.Masa panaskan saya tambah batang dan daun sup
Semangkuk saya ratah sebab saya tak suka makan nasi dengan kuah sup.Lagipun ayam berlada kena makan kering tanpa kuah lain baru syiok...hihihi
Baki lagi semangkuk saya simpan untuk anak bujang makan masa sahur.Dia berbuka kat tempat kerja .
Gitulah cerita sahur semalam.Baru dapat upadate.
Dari Ayam Berlada, sampai Sup Lidah, sampai air tebu, semuanya terasa indah di sepertiga Ramadhan. Sy suka sup lidah, Adah tu macam Iman la, suka daging jer. Urat2 semua tak mahu. Sy setuju ayam berlada tak boleh join makan dengan sup, hihi.
ReplyDeleteKan...dak-dak lani depa tak suka organ-organ tu..
DeleteLauk kering memang tak ngam ngan kuah kan...
Sedapnya sup lidah! Kalau saya dapat semangkuk memang habis semua iisi dengan kuahnya saya hirup! Lagilah kalau masakan orang lain, feelnya pun lain. Hehehee... ini kes dah jemu makan hasil air tangan sendiri.
ReplyDeleteBetul...saya pun habis dengan isi dengan kuah saya hirup.Bukan senang nak dapat kalau bukan bulan pusasa ni.
DeleteSaya pun sekarang rasa nak makan air tangan orang lain ja...hihihi
x penah try lidah lembu... tp urat keting tu favourite... sedapnyaaa.. selamat berpuasa kak
ReplyDeleteHai Kak Mim..
DeleteLama kita tak bersembang.
Try la kak mim...Nyaman🤭
Sedapnya sup lidah...suka gak lidah masak merah..selalu order kalau pi kedai siam...eh...terus terasa nak cari plak...
ReplyDeleteOoo..ada lidah masak merah ye...macam sedap menu tu
DeleteSedapnya
ReplyDeleteSedap ayam berlada bahagian isi macam masak tu. Baru laku isi ayam. Tambah daun purut, naik aroma tu. Saya bukan pemakan organ dalam dan organ pelik pelik. Jadi, saya skip. hehehe...
ReplyDelete