Saturday, 9 April 2022

IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS PEKAT-PEKAT -IFTAR RAMADHAN KE-6

 Salam Ramadhan ke7.Diam tak diam dah seminggu kita bersama Ramadhan.Janganlah terlalu pantas meninggalkan kami wahai Ramdhan Al Mubaraq...!


Semalam masak lauk asam pedas.Dah lama tak masak asam pedas.

Saya mula kenal asam pedas tahun 30 tahun yang lalu(tua dah mokcik ni..🤭).Kali pertama makan asam pedas housemate yang masak.Kak Zila namanya,orang Nismiland.Masa tu kami menyewa sebab masa undi untuk tinggal di asrama kami tak dapat Batch kami hanya beberapa orang saja dapat asrama,sisa-sisa yang student matriks.Sedih oooo masa tu bila kami dianaktirikan hanya kerana nak bagi keutamaan budak2 metriks yang akan melanjutkan pelajaran ke obesea...Tapi tu cerita tahun 1990-an..

Tapi tiap kali makan asam pedas pati ingat pengalaman tu.

Tekak ni ada masa nak asam pedas pekat,ada ketika nak yang kuah  cair-cair ja.Tapi semalam saya masak asam pedas kuah pekat-pekat gitu..Saya tambahkan juga terung siam dan buah tomato masak.

ASAM PEDAS IKAN PARI + TERUNG SIAM

2 keping ikan pari+-½kg

3 biji terung siam.

1 biji tomato masak

1 sudu teh pes asam jawa Adabi + 2 cawan air.

1 batang serai/ bunga kantan

garam,gula,minyak.


Bahan Blend:

30 biji cili kering(saya guna ¾ cawan cili kisar)

1 bawang besar.

3 bawang putih.

3 hiris lengkuas.

1. Panaskan ½ cawan minyak & tumis mahan blend hingga naik minyak.

2. Masukkan ikan pari dan masak hingga naik minyak semula.

3. Tambah terung,tomato,serai/bunga kantan,air asam,garam dan secubit gula.Biar mendidih hingga terung empuk.

4. Masak dengan api perlahan hingga keluar minyaknya.Sesuaikan rasa.


Beli ikan pari kelmarinnya bersama ayam untuk sambal ijo tu.Saya tak minat ikan pari.Tapi beli ikan pari sebab anak bujang yang tak konon tak makan ikan tu...dia makan ikan pari🤭.Kata dia ikan pari dia makan sebab tak ada tulang dan isinya macam isi ayam.Kalau ikan lain dia tak nak sebab ada tulang.Macam la ayam yang dia makan tu tak ada tulang 🤣.Ikan pari pun ada ja tulang kan..cuma tulangnya jenis tulang rawan macam plastik tu..

Ikan pari ni saya rendam sekejap dalam sikit perahan lemon untuk hilangkan hanyir.Nasib baik ikan pari bi bukan jenis hanyir dan hancing.

Ada orang kata ikan pari yang bau hancing tu sebab dia tengah "period".
Jangan beli ikan pari yang tengah period.Tapi macamana kita nak tahu kan..Hanya nelayan yang tau agaknya .Kalau bulan puasa ni mungkin nelayan senang nak tahu.Kalau ikan pari yang tak puasa tu mungkin dia sedang period..🤭


Tumis bahan kena garing-garing baru masukkan ikan.Minyak lebih sikit la..hihihi.

Bila lama tak masak asam pedas..Bau dia menggoda selera betul.Satu rumah bau asam pedas 


Siaplah lauk asam pedas ikan pari yang dimasak pekat-pekat.

Pelengkap ..Telur dadar panas- panas.

Takda masak sayur Makan ulam mentah ni macam semalam juga.
Baki ayam sambal ijo pun masih ada 3 ketul.

Takda kuih tapi ada ketupat pulut hitam ni.Nanti kita story panjang pasal ketupat pulut hitam yang lembut dan cantik warnanya ni.Dibuat dengan pulut hitam khas untuk ketupat & bukan pulut hitam bubur tu ya.Nanti kita story....



Rose bagi 1 bungkus air tebu.Rose memang jual air tebu.Katanya ada hamba Allah beli borong dan minta dia sedekahkan.Saya salah seorang yang dapat.Alhamdulillah...

Saya hanya tuangkan separuh bungkus sahaja dalam jug kecik ni.Sebabnya anak bujang tu kata dia tengah cuba taknak minum manis dalam bulan puasa ni sebab masa ukur uniform dia kata dah naik 2 saiz🤣
Depa 2 beradik kongsi air tebu tu minum dalam cawan aluminium ala-ala minum kat India..hihihi macam la pernah minum kat India🤣



15 comments:

  1. Semalam beli tenggiri, dah simpan 2-3 ketul utk buat asam pedas.
    Ketupat pulut hitam tu nampak sedaplah MC, lama tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Ketupat pulut hitam ni dulu2 selalu jadi hidangan raya...sekarang jarang jump

      Delete
  2. Haaa.. kita pun masak asam pedas. Kecur balik tengok asam pedas Mak Cella.

    ReplyDelete
  3. Asam pedas kuah pekat pekat ni sedap. Teringat pulak asam pedas melaka yang baru makan hari tu. Nak masak sendiri tak pandai. hehehe...
    Sedapnya air tebu. Jarang dah nampak orang jual air tebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya asam pedas Melaka lain sikit yer..

      Air tebu ni memang sedap Fiza sebab Rose & anak2 dia kupas dan basuh bersih dulu sebelum mesin.Tebu pun depa tanam sendiri di Langat

      Delete
    2. Tak tahulah beza dia camne sebab jenis jarang makan asam pedas mama cella.
      Bagus penyediaan macam tu, terjamin kebersihannnya. Kualiti pun terjaga sebab tanam sendiri kan.

      Delete
  4. Nampak sedapnyer
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  5. Cerita pasal asam pedas ni, kita pernah belajar masak dengan kawan dari Melaka. Mak dia ada restoran di Cheng. Waktu itu kami sedang ambil diploma, menyewa rumah di Pantai Dalam. Memang dia masak bersungguh-sungguh asam pedas ikan terubuk. Dia tak mahu guna belacan lain. Dia nak guna belacan dari Melaka juga. Pergghhh! Sampai sekarang teringat-ingat keenakannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lah cikgu sempat ambil resipi tu masa dia masak alangkah bertuah.Dapat la kongsi dengan kami juga .Semoga ex housemate cikgu terbaca dan sudi kongsi resipi😁

      Delete
    2. Hahahaa... memang tak sempat salin resipinya tapi masih ingat semua bahan sebab dari A-Z masak sama-sama. Ayahnya selalu kata, asam pedas Melaka kuahnya berlenang-lenang. Nanti ada masa kita share resipinya ye.

      Delete
  6. ya Alloh sedap kali aku tengok foto nya kak...i love pulut hitam dan ikannya kelihatan menggoda dengan kuah pekat merah...patut dicuba resepnya

    have a nice day ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap GP..
      Salam Ramadhan Al-Mubaraq untuk saudara nusantara diseberang

      Delete
  7. Alaaa...kita ni teringin nak makan asam pedas pari la...tak buat- buat lagi...ikan cencaru belah belakang pun x buat gak lagi...ikannya dah beli lama dh

    ReplyDelete