Salam Ramadhan ke 24..
Semalam untuk iftar hanya masak laksa kuah sardin.Teringin nak makan laksa.Tapi nak makan laksa lemak Kedah ni.Takmau laksa yang belacan.So,laksa lemak Kedah ni lah pilihannyaLAKSA KUAH LEMAK SARDIN
1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)
1 tin sardin macerel(tin sederhana)
1 paket kecil rwmpah kari ikan
1/2 kotak santan kara
4 cawan air
3 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
½ bawang besar -blend
3 sudu minyak
Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas
**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.
Buat Kuah:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & sesuaikan rasa.
5. Biar mendidih sekali lagi beberapa minit .Hidang bersama laksa dan ulamannya
SA amik resepi ye kak..nanti nak cuba buat la...
ReplyDeletepinjam resepi ye...cuba kotlah ammi boleh telan laksa guna sardin ni
ReplyDelete