Salam Ramadhan ke 5..Sekejapan sahaja dah masuk 5 Ramadhan..
Semalam iftar sengsorang sebab semua pakat iftar lain-lain tempat...
Malas nak masak bagai.Hanya buat salad ayam
Guna baki ayam panggang yang dipanaskan masa sahur.Iftar sebelum tu panggang 2 sukuan ayam.Anak bujang tu makan 1 sukuan sahaja.Baki lagi 1 sukuan tak berusik.Tu yang ayam panggang tak habis.
Ayam panggang dicari-carik isinya...
Tambah carrot dan tomato juga...
Guna french dressing ni.Memang la 99% free fat..masam yang amat dressing ni.
So saya tambah mayonis + serbuk super ring cheese
Jangan dok buat lawak pi rasa pulak ..Batai posa oiii...Tunggu azan dulu
Sementara nak tunggu azan tu saya rebus telur..Bertambah la meriah salad ni.Dah jadi salad ayam & telur la pulak.
Saya buat salad ni dalam pukul 7.00 malam..Kira-kira 22 minit sebelum masuk waktu berbuka puasa.
Senahagian saya simpan dalam peti ais.
Nanti sahur boleh wrapkan sebagai juadah sahur.
Sementara tu saya juga rebus nanas masak yang dipotong kiub.Saya tambah gula perang,kulit kayu manis dan bunga cengkih.Rebus hingga mendidih dalam 10 minit dan padam api.
Tambah air panas @ ais secukupnya.Boleh minum panas-panas..suam atau bersama ais.
Tepat 7.22 azan maghrib pun berkumandang..
Sambil menghirup air nanas rebus dan mencicip salad ayam...pandangan mata terlepas di luar jendela yang setentang meja makan..Lembayung merah jingga terasa begitu syahdu.Teringat apalah hidangan anakanda bertiga tu.
Baru sesuap dua terus capai handphone tanya mereka..
Semua pun terus update juadah iftar..
Anak bujang kata dia beli murtabak kat r&r
Nasi lemak & roti john.
Ingatkan dia beli nasi lemak..
Sekali abangnya pecah lobang.Nasi Lemak McD...Abangnya pesan food panda la tu untuk adik bongsu dia tu🤣🤣
Depa dua tu memang saling simpan rahsia tak diberitahu kat mak depa pun...😁
Respon terakhir dari Adah...@KLIA
Ok selesai semalam punya...Ni tengah fikir nak masak apa pula untuk petang ni...In sha Allah ada rezekinya..
Apapun Alhamdulillah ..Syukur atas kiriman rezeki dari Allah untuk kita semua...
ooooo ada serbuk super ring rupanya..semalam ammi dok ingat mamacella guna jajan tu pastu tumbuk2 bagi hancur hahaha. maafkan saya yang lembab ni
ReplyDeleteHehehe...macam yang digaul dengan jajan tu juga.Tapi ni serbuk cheese.Memang ada serbuk super ring tu Ammi.
DeleteBiasa orang buat salad telur, ni salad ayam, menarikk.. nanti boleh cuba ni.. petang ni minuman kita Sirap Laici Selasih hahahaha
ReplyDeleteWahhh...
DeleteSedapnya laici selasih..Lama dah tak buat..
Baik tul abang tu, dia nak mak angkat tak?
ReplyDeleteApa kata buat mak mertua terus🤣🤣🤣🤣
DeleteAlhamdulillah. Semuanya berbuka dengan rezeki masing-masing.
ReplyDeleteSalad ayam dengan air nanas tu... sedap betul! Kalau saya jumpa air nanas, mahu satu jug saya minum!
Alhamdulillah...
DeleteSedap kan air nanas rebus ni.Air nistalgia jugak ni
Seronok tengok MC dgn anak3, macam kawan hehe...
ReplyDeleteSedap & sihat menu berbuka MC tu... kenyang je sebenarnyakan kalau makan gitu pun. Tapi itulah, perut PH ni nak juga nasi :D
Hihihi
DeleteKadang macam kawan..
Tapi selalunya macam anjing ngan kucing 🤣🤣🤣
Sedih pulak bila masing masing berbuka lain lain tempat. Alhamdulillah ada rezeki berbuka masing masing. senang siapkan salad boleh guna untuk sahur sekali. air nanas tu suka juga buat kalau dapat nanas masam. Yang manis tak sempat buat air dah habis dulu.
ReplyDeleteKan...Air nanas rebus ni memang sedap kan ...
DeleteKalau nanas manis memang lagi elok makan segar..tiada gula tambahan🤭
Dulu kan...masa kami kecik2...mak pah rajin buat air nenas rebus...sedap sanagt...ni dah lama dia tak buatkan...ye la nak ke dapur pun dah tak kuat..sesekali je dia kuatkan semangat memasak...
ReplyDelete