Wednesday, 6 April 2022

CUCUR SPERA-MACAM KARIPAP TAPI INTINYA KELAPA PEDAS


Ni namanya "Coq Spera".Coq tu maksudnya cucur  atau kuih.Orang Kedah sebut ringkas cucur akak cucuq.Disingkatkan jafi coq ja...Setakat ni saya hanya jumpa kuih ni kat Kedah.Tak tau la kat negeri lain ada atau tidak kuih ni.

Coq Spera ni rupa fizikalnya macam karipap tapi kulitnya lebih ringan dan intinya pula inti kelapa seakan inti cucur badak.
Saya sangat suka coq spera ni. Kalau balik Kedah memang saya akan cari kat Pekan Tanah Merah @ Pendang.Kat Pendang ada juga jumpa orang jual tapi lagi sedap yang pernah beli kat Pekan Tanah Merah.Gerai kuih  di Tapak Pekan Hari Rabu belakang petrol stesen..
Ni beli masa balik 2 minggu lepas.Lepas pi ambik kereta @ Alor Star balik pi cari spera ni kat Tanah Merah.

Ni la inti coq spera..
Intinya kelapa pedas berempah & sedikit manis.Saya tak tau resipi coq spera ni..Mak saya pun memang tak pernah buat.Selalunya nak makan saya beli.Tu pun bukan semua tempat ada.Dulu zaman sekolah rendah kat SKCK tahun 80'an memang selalu beli kat kantin sekolah.Sebiji sepuluh sen.Sekarang 40 sen..tak mahal sangat nak banding tak reti buat🤭Saya rasa intinya kelapanya  lembab-lembab saling tak tumpah macam SERONDENG KELAPA BERSANTAN... yang pernah saya masak.Cuma kulit coq spera ni saya rasa ada sikit  lain skit dari karipap.Sebab dia berjerawat skit🤭
Ish tengok spera ni terliur ni...

Baru lepas terawikh ..lapar la pulak.


Goreng 5 biji cucur badak frozen ..Juga 5 biji popia carbonara yang jiran sebelah bagi.Sambil belek pic  gellery dalam handphone.Jumpa pic cucur spera ni...Aduhai,terliurnya...

7 comments:

  1. Kita jumpa cucur spera ni kat Perlis, kat restoran laksa perlis. Tapi, kalau lambat, habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..tak ramai yang buat jual..
      Mungkin tak ramia tahu resipinya..termasuk la saya🤣

      Delete
  2. Oooo nama dia coq spera. Speciallah tang spera tu.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak tahu coq spera ni mesti rasa tertipu sebab intinya lain ingatkan karipap.

    ReplyDelete