Sup Tulang Ala Siam
Haaa... apa yang ala
Mak aku cakap ala tu kira macam style la
Ni mak aku masak masa baru bakik dari Kedah hari tu
Masak tulang qurban untuk abang
Sebab abang hanya tengok pic jer kitorang makan daging qurban kat kampung masa hari raya tu
Abang asyik hantar emoji ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ jer..
Sup Tulang Ala Siam ni mak aku kata vuna tulang + daging
Dah xde gear box dag
Haaa... gear box dah buat sup masa kat rumah baru
Yang sup dah jadi rezeki sedara dari Baling tu
Raya Haji kali ni balik Kedah kejap jer..
Tapi hari Jumaat mak aku dah amik cuti dah
Sib baik mak aku amik cuti awal
Sebab dengar kawan2 lain & tengok info kat TV semua memang hari Sabtu Jem teruks
Alhamdulillah balik KL pum x jem
Haaa.... nak jem apa...
Hari Rabu dah balik KL
Hari Tasyrik pun x habis lagi
Kitorang dah balik KL
SUP TULANG ALA SIAM
1kg tulang + daging
1 ketul besar halia
1 labu kecil bawang putih
1 labu bawang Holland
10 cili padi
2 biji limau nipis
1 biji tomato masak
Garam & 1 sudu teh gula
2 biji kentang
1 kulit kayu manis
10 bj lada hitam
Daun sup + daun bawang
1. Basuh tulang dengan air tepung gandum dan bilas bersih
2. Rebus tulang (tulang sahaja.. Daging tak perlu masukkan lagi) dengan 1 jug air kosong hingga hampir mendidih.
3. Buang semua air rebusan tersebut
4. Masukkan semula tulang tadi dan daging serta isikan air kosong yang baru hingga tenggelam tulang dan daging
5. Bawang putih diketuk bersama kulitnya dan masukkan kedalam sup. Masukkan juga rempah ratus dan kentang
6.Halia pula separuh diketuk & separuh dimayang. Masukkan kedalam sup
7.Bila daging empuk masukkan bawang holland yang dihiris, tomato yang dibelah2 dan akar daun sup
8.Tambah garam, sedikit gula dan cili padi
9.Ketika menghidang + perahan limau dan tabur daun sup dan daun bawang
Daging sup pula cicah ngan Sambal air asam..
Huh.... sedappp
Sebab nak feel makan ala Siam
Kena la ada telur dadar..
1 jer yang kurang..
Xde timun potong..
Haaaaa
Dah la masa makan cuaca gelap nak hujan
Kena sup panas.. Pedas dan masam
Memang layannnn
Wallaaaa
ReplyDeleteAummm..
DeleteBestnyer aunty dh makan Nasi Buluh tu.. Kakak pun cakap sedap. Tapi kiter dah berapa kali plan time otw balik kampung.. tp belum ada rezeki.. Tapi tengok harga.. Huhuhu..