Tuesday 6 August 2019

SAMBAL TOMATO & PETAI CILI API

Sambal Tomato & Petai Cili Padi
Lauk mak aku masak semalam


Sambal Tomato & Petai Cili Padi
Sedapppp sangat
Sebab makan masa tengah lapar
hahaha
Kakak la akan sampai bertambah
Kakak kata sedap sangat
Padahal tengahari kakak kata dah akan Nasi Ayam Penyet kat Wong Solo Shah Alam
Mmm...sedap tau nasi ayam penyet kat situ
Pernah makan beberapa bulan lepas masa HARI ORIENTASI 2019 & NASI AYAM PENYET WONG SOLO ....kat sni
Kakak gi Shah Alam ngan kak Nurul
Malam kakak makan lagi nasi lauk Sambal Tomato ni sampai bertamabah
Hmmm...tapi memang sedap
Cuma aku xak la tambah takut gumuks
Hehehehe

SAMBAL TOMATO & PETAI CILI PADI
2 biji tomato hijau
2 papan petai - ambil isinya sahaja
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
4 sudu minyak

Bahan Blend:( jangan terlalu halus)
1 cawan cili padi  merah bangladesh
1 genggam ikan bilis bersih
1 bawang holland

1. Panaskan minyak dan tumis bahan belnd hingga naik minyak
2. Tambahkan tomato hijau yang dihiris nipis ,garam dan gula
3. Masak hingga tomato lembut dan masukkan petai
4. Masak anggaran 2 minit sahaja supaya petai kekel rangup
5. Sesuaikan rasa



Ikan Rebus Goreng
Mak aku cakap nenek panggil Ikan Lengat Goreng



Sayur Campur
Krap krup krap
Brrrrrrrr....
Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment