Pulut Lemak vs Cempedak
Semalam nyer mak aku masak
Stop jap about daging qurban
Kita citer about buah-buahan plak
Rambutan Hutan
Rambai
Buah Jentk
Ni kita cerita Buah Cempedak
Pulut Cempedak by mak aku
Sedap...
Aku suka...
Cempedak bawa balik dari kampung
Haaaa.... Sebelum balik KL dah kait cempedak kat kampung
Untuk bekalan bawa balik KL
Balik Raya Puasa bulan Jun hari tu
POKOK CEMPEDAK KAT KAMPUNG....baru berbuah..
Balik Raya Haji dah boleh petik
Alhamdulillah...
Puas makan Cempedak Goreng
Makan plak Pulut Cempedak
Takyah nak peliks tengok pulut dimakan dengan cempedak
Heee... Dulu aku pun peliks
Tapi bila mak aku dah selalu buat dah x peliks
Mak aku cakap kalau kat Kedah...
Pulut Cempedak dah biasa
Mak aku kata kalau kat Kedah pulut dah jadi makanan ke-2 selepas nasi
Pulut kelapa
Pulut Ikan Masin
Pulut Lemak
Pulut Ayam
Ketupat Pulut
Tu mak aku cakap versi souvory
Kalau versi manis
Wajik
Pulut Durian
Pulut Pelam
Pulut Pisang
Pulut Nangka
Pulut makan ngan serawa pisang.. Serawa durian... Serawa Ubi Kayu.. Serawa Labu.. Makan ngan Bubur Kacang
Uihhhh..... Banyak yang mak aku sebut tu aku belum pernah try
Pulut Cempedak pun dulu aku pelik
Tapi dah selalu mk aku buat dah tak pelik
Aku suka
Semua pulut aku suka
Paling aku suka..... Kalau versi manis mastilah Pulut Durian
Kalau sovury aku paling suka Pulut Ayam
Pulut Cempedak mak aku kat kena makan ngan Cempedak yang dah masak ranum
Baru sedap sebab lebih mnis & juicy
Kalau buah lain pun sama.
Macam mangga.. Pisang... Nangka.
Mak aku cakap kena makan ngan buah yang masak ranum
Ni aku paling suka sebab senang nak makan
Amik 1....
Ngappppppp
Amik 1
Ngappppppppp..
Mak aku cakap ni versi Pulut Nangka Thailand Style
Kalau Thailand mak aku kata dorang guna pulut warna biru
Naper biru?
Mak aku kata dorang masak pulut guna bunga telang
Oooo... Ok.. Ok.. dah ingat
Mak aku pernah masak PULUT BUNGA TELANG... kat sini
Bunga Nasi Kerabu tu aku tahu la
Ni aku ngan mak aku yang habiskan
Kakak tak suka
Setiap tahun kalau musim cempedak
Mak aku akan buat Pulut Cempedak
Ni PULUT CEMPEDAK 2016....
Ni plak PULUT CEMPEDAK 2018...
Pulut Cempedak 2017 aku tak tahu kat mana
Hahaha
Pulut Lemak
PULUT LEMAK
1kg pulut - fendam ssmalaman
2 cawan santan pekat + 1/2 sudu makn garam dan 1 sudu makan gula pasir
1. Rendam pulut semalaman @ sekurang-kurangnya 4 jam
2. Kukus pulut 30 minit dan tungkan dalam bekas besar
3. Gaul pulut kukus dengan santan yang sudah dicampur garam dan gula
4. Kacau dan gaulkn pulut hingga nampak berkilat
5. Biarkan pulut berehat 15 minit supaya pulut lembut dan sebati dengan santan
6. Hidangkan bersama cempedak
****** Tidak perlu kukus semula selepas gaul santan. Boleh bertahan beberapa jam
Tips dari nenek ;
Jika pulut dalam kuantiti yang banyak
dan untuk tahan lebih lama... Kukus semula pulut yang sudah digaul santan...
Tetapi pastikan pengukus TIDAK DITUTUP.
Ini supaya wap dapat keluar dan dapat mengelakkan pulut jadi lembik..
Ni namanya Pulut Lemak
Pulut Lemak mean Pulut yanv dikukus dan digaul dengan santan bergaram
Rasa dia macam pulut kuning la tapi ni verai putih plain
Abang pun suka
Isi cempedak yang mak aku simpan dalam peti ais pun abang ulang makan sampai tinggal sikit
1 bekas ais krim tu penuh mak aku isi
Boleh tinggal ciput
Setiap hari balik kerja abang akan makan isi cempedak tu...
Ni Pulut Cempwdak ni pun abang request bawa bekal
Ooo.. First time aunty nampak pulut cempedak ni, tapi tak rasa pelik la, kalau ada peluang aunty pun nak rasa, mesti sodappp
ReplyDeleteKena try.....kalau sedap nanti belanja kan kiter Nasi Ambeng tau...
DeleteHuh.. Tetiba tingat nasi ambeng.. Sedapnyerrrrrrr