Mak aku yang cakap kuih ni nama ya Kuih Jintan..
Sebab memang ada jintan didalam kuih ni
Jintan manis a.k.a Sweet Cumin
Kata mak aku ada yang panggil Kuih Jintan ni sebagai Kuih Cha
Kuih Jintan
Mak aku kata kuih ni antara kuih tradisional yang sering dibuat oleh orang-orang Pulau Pinang zaman dolu-dolu..
Actually mak aku kata kuih ni lebih kepada kudapan.
Tapi kalau belah utara mak aku cakap banyak kudapan dipanggih kuih a.k.a bahasa utaranya disebut "koi"
Contoh Kuih Siput disebut Koi Siput..
Kuih Raya disebut Koi Raya
Cucur pula disebut "Cucoq"
Kadang dipendekkan panggilannya jadi "Coq"
Contoh Coq Udang... Coq Kodok
Kata mak aku mungkin sebab Kuih Jintan ni selalunya dihidangkan bersama Air Teh O.
Apa kaitan dengan teh O tu..?
Kata mak aku kalau dalam bahasa Siam @dalam bahasa Cina.... Air Teh memang dipanggil Cha..
Mak aku cakap kalau bahasa Siam..
Air teh dipanggil Nam Cha
Haaa... So, Kuih Cha mungkin maksudnya kuih yang dihidangkan bersama air teh..
Haa... Sebut bahasa Siam..
Dulu aku ada kawan Siam.. Senior 2 tahun dari
Namanya SitikPhong..
Kawan-kawan panggil dia Aphong jer
Muka dia memang sebijik Melayu
Kalau bulan puasa dia memang xmakan sembarangan
Dia cakap dia hanya makan kat rumah jer
Aku pernah tanya dia sebab apa
Dia cakap sebab dia segan takut orang ingat dia Muslim yang x puasa
Lagi 1 dia kata dia risau kalau makan secara terbuka nanti kena tangkap ngan JAWI...
Hahahaha...
Hmmm.. dah lama x jumpa dia
Tapi aku still follow IG dia
Now Sitikphong tengah study @ Politeknik Shah Alam..
Kalau otw amik @hantar kakak kat Puncak Alam
Memang lalu la depan Politech tu
Mesti tingat dia
Kuih Jintan
Memang rasa jintan la..
Haaa..... aku cannot go
Mak aku yang suka naw
Mak aku cakap dulu-dulu mak aku selalu buat kuih ni
Aku x boleh nak telan sebab bau jintan dia kuat
Mak aku plak cakap sebab bau jintan tu la yang buat kuih jintan ni sedap
Mmm.... mak aku semua mender yang da herb & spiece semua mak aku cakap sedap
Teh Arab yang penuh rempah tu memang fav mak aku
Buah pelaga yang paling aku x suka tu.
Mak aku boleh kunyah macam kacang
Can you imagine..?
Mak aku jer layan Kuih Jintan ni bersama Strawberry Tea
Sapa bagi ntah ..aku dah lupa tapi mak aku dapat hari Selasa
Ada la yang gi Cameroon la tew sebab tengok ada sekali magnet fridge..
KUIH JINTAN
1 biji telur
2 sudu makan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh jintan manis
Minyak untuk goreng
1. Jintan dibasuh dan boleh ditumbuk kasar @ oleh dibiar sebiji-sebiji
2. Pukul telur bersama gula hingga gula hancur
3. Masukkan jintan ke dalam adunan telur
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam bancuhan telur sambil diuli.
5.Sukatan tepung bergantung kepada bancuhan telur. Boleh jadi perlu dikurang atau perlu ditambah sshingga mendapat doh yang kental seperti doh kuih siput
6.Bahagikan kepada 8-10 bebola
7. Gentel bebola memanjang sambil ditabur tepung jika melekat
8. Panaskan minyak
9. Ambil 1 stick doh dan gunting kedalam minyak dan goreng hingga garing dan rangup
***Tips....
Sebaiknya gunting stick terus ke dalam minyak panas sebab jika gunting siap-siap doh memang akan melekat-lekat & nanti susah nak handle..
Adunan memang x guna air
HANYA telur dan gula sebagai cecair
Gentel stick sebesar pensel kayu
Susun dalam jarak supaya tidak melekat
Sebaiknya gunting terus ke dalam minyak dalam kuali kerana adunan mudah melekat
Goreng hingga garing dan rangup
Toskan atas kitchen towel
Biar sejuk supaya rangup
Hidanvkan bersama feh O panas
Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup
1 bekas ni hanya bertahan 2 hari untuk mak aku
Mmmm..... aku tak tahu dimana sedapnya kuih ni
Tapi mak aku makan penhh feeling sambil hirup teh O panas
Oh, aunty tak pernah nampak kuih ni, memang ada kat utara aje agaknya, kuih nostalgia orang utara la tu, sebab tu mak Cella makan penuh perasaan, hihi.
ReplyDeleteNi kalau sira sambal manis mesti sedap, kannnn.
Kiter pun x pernah jumpa kat tempat jual kuih.. Kuih Gunting kiter tahu la.. Rupa macam kuih gunting tapi rasa dia sangat tak sama....
DeleteKuih ni mmg favourite saya. Lama dah cari resepi tapi yg share betulx2 jdi kat sni. Mmg terbaik. Tapi ada separuh org guna planta?
ReplyDeleteHeee kitwr x minat kuih ni sebab bau rempah jintan tu..
DeleteHeee
Mak kiter cakap penggunaan plan untuk bagi rapuh yang gebu. Macam texture kuih siput ada yang letak planta suoata rapuh tapi gebu. Kalau x letak planta rapuh yang keras
nii kuih arwah mak mesti buat time raya
ReplyDeletekat Johor dlu femes kuih nii time raya
setiap rumah mesti ada kuih nii
ni kuih org pulau pinang, m,arwah ak tok kita buat mesti buat bila raya tp sy buat xdpt rasa yg sama dengan arwah buat....terima kasih letak resepi walau lain sikit tp mmg kuih cha la kita sebut..
ReplyDeletesamalah, rindu kuih cha arwah tok buat.. sedap tok buat tak sama ngn buat sendiri, nak cari org juai pon susah..
DeleteSedapp kuih ni! Kalau beraya kat Muar rumah nenek sedara mmg cari yg ni dulu hehehe.
ReplyDeleteResipi ni lembut tak? Nak try buat la heheh.
ReplyDelete