Mak aku masak semalam
Mak aku kata nak bawa makan ramai-ramai
Gulai Ikan Tongkol
Tapi ada juga telur rebus
Kata mak aku sebab Mak Nik pesan suruh letak sekali telur rebus
Banyak mak aku masak
Penuh kuali
Mak aku cakap mak aku hanya bawa Gulai Ikan Tongkol ni
Nasi Dagang akan dibawa oleh kawan yang lain...
Tapi finally mak aku cakap Nasi Dagang tu dimasak oleh mak aku
Tapi berasnya dibawa dari Kelantan oleh kawan mak aku
So, dapat la juga makan Nasi Dagang Kelantan versi Beras Merah
Selalu mak aku masak Nasi Dagang Putih
yang camper beras biasa & beras pulut tu
Actually mak aku masak malam
Tengah-tengah malam mak masak lauk ni
1 rumah bau gulai ikan tongkol ni
Huh... Sedap bau dia...
GULAI IKAN TONGKOL... mak aku
2 ekor ikan tongkol
Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan air +10 asam keping + 2 sudu besar garam
10 biji telur rebus
2 asam keping
10 cili pdi merah
5 cili hijau
2 kotak santan
½ cawan rempah kari ikan
2 keping gula kelantan/ ½ cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa
BAHAN BLEND:
20-30 cili kering-rebus
1 bawang holland
5 baaang putih
1 ketul kecik halia
1 ketul kecik kunyit
1 ketul.kecik lengkuas
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak
2.Tambah serbuk kari yang dibamcuh dengan 1 cawan air dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi
3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan + secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biarbmendidih
4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus dan masak hingga mendidih
5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak
6. Tambah cili padi dan cili hijau & sesuaikan rasa
Sebab kukus dalam rice cooker.. Pengukusnya kecik. Mak aku cakap ulang kukus 2x sebab x muat.
Kalau kukus terlalu padat mak aku kata nanti beras x boleh nak bernafas
Hahaha... beras pun kena sedut oksigen ke
NASI DAGANG BERAS MERAH
1kg beras nasi dagang merah-rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar gula
1ketul halia muda-mayang halus
5 bawang merah - hiris
1 sudu makan halba- basuh & rendam 10 minit
1. Kukus beras merah yang sudah diirendam anggaran ½ jam
2. Semasa sedang dikukus, sstiap 10 minit siram dengan ½ caaan air panas untuk melembutkan beras.
3. Selepas ½ jam beras akan nasi & tuangkan dalam bekas besar.
4. Siram santan bercampur garam & gula.
5. Gaul beberapa minit dan tambah halia halba dan bawang hiris.
** Jika nasi sudah lembut dan untuk rasa lebih lemak, boleh terus hidang tanpa dikukus kali ke-2
***
Untuk lebih tahan lama.. Kukus kali ke-2
6. Gaul sebati masukkan semula kedalam kukus
7. Kukus semula anggaran 10 minit TANPA menutup pengukus supaya beras tidak pecah dan benyek
Nasi Dagang Beras Merah
Aku suka..
Tapi kakak ngan abang x suka
Mak aku cakap sepatutnya ada acar timun + carrot
Tapi hanya ada timun
Lauk Daging Qurban ni mak aku cakap achik Ruby kasi..
Daging dia lembut tapi aku tak tahu apa nama lauk ni
Sambal Belacan Nasi Dagang
Mak aku cakap ni Mak Nik yang buat
Sebab banyak tak habis..
Mak aku bawa balik
Makanya semalam nyer dinner is
Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol
Bukan la dinner sangat pun sebab makan tu pukul 6.30
Sedap baq ang.....
Lepas makan...
Jenguk kat tingkap... Matahari sedang menuju ke ufuk barat..
Beberapa detik kemudian, azan Maghrib berkumandang dari setiap sudut
Dari surau dan masjid
Nenek suka kalau datang sini sebab setiap waktu solat memang dipenuhi suara azan dari segenap penjuru perumahan ni..
Alhamdulillah
Cantik kejadian nasi dagang tu, aunty suka makan nasi dagang dgn gulai tongkol, sebulan at least sekali aunty akan makan di kedai kelantan dekat dgn Office,
ReplyDeleteHihi
Nampak la aunty memang enjoy food.. Bestnyer selalu dapat makan sedap-sedap setiap hari
DeleteTu daging kurban masak Asam pedas ....nampak MCM daun kesom. Asam gerang?
ReplyDeleteBau dia macam asam pedas tapi xde rasa pedas langsung.
DeleteTeringat few elderly men that was brought up in different era.
DeleteAku tak makan ikan tongkol. Tanya kenapa jawabanya banyak tulang.. haha.
Ikan parang pun banyak tulang..
Sorang jawabanya tidak.
Pergi jalan singgah cafe makan croissant filled with tuna and cucumber. Macam bodoh je bedal.licin.
Lepas cakap. Kat ahli keluarga... DIA nak makan tuna dengan roti.
Pemerhati ...eh ?
Tuna= tongkol..
Haha