Wednesday, 26 April 2023

TETAMU HARI RAYA @ KAMPUNG

Salam Syawal ke-5 1445.Masih cerita pasal 1 Syawal @ kampung.


1 Syawal memang dari lepas subuh hingga maghrib,biasanya kami akan stay  rumah kampung.Kalau dulu memang kami balik dari KL terus ke kampung.Tapi sejak Achik dah berpindah dari Bangi balik ke Kedah dan mempunyai rumah @ pekan,mak pun dah ikut tinggal dengan Achik.Maklumlah kampung kami jauh ke dalam,kalau apa-apahal lebih mudah kat pekan ni.Kami pun setiap kali balik akan tidur rumah Achik waktu malam dan waktu siang balik rumah kampung.Even,kalau Achik balik beraya ke Pahang pun kami akan balik tidur rumah Achik.Begitulah rutin kami berbelas tahun dulu.Kini,jadual sedikit berubah bila Allah kurniakan rezeki untuk saya memiliki rumah sendiri @ Kedah.Sejak 7tahun lalu,kalau balik Kedah kami akan tidur di rumah sendiri namun aktiviti lain masih di rumah Achik dan rumah kampung.Sementelahan rumah saya dan rumah Achik hanya sepelaung.
Bila raya biasanya kami masak bersama atau masak berasingan dirumah masing-masing dan bawa balik kampung kecuali masa PKP Covid.Selain tu memang rutin kami begitulah kalau balik raya atau balik bukan raya pun.
Begitu juga raya tahun ni

Tahun ni solat sunat hari raya awal la pulak kat surau kampung.Selalu pukul 9.30 baru nak solat.Lagipun kan solat raya puasa disunatkan lambat sikit bagi memberi peluang yang belum bayar zakat fitrah menyelesaikannya.Kali ni pukul 8.45 pagi dah start solat.Mungkin kerana kampung sedang mengalami krisis air,imam mulakan solat cepat agar jemaah yang datang tidak menunggu lama yang boleh memungkinkan wuduk terbatal dengan berbagai asbab.Semua yang datang dah wuduk kat rumah masing-masing.Buatnyabterbatal,naya Pak Karim!🤣.
Surau dan rumah memang tak ada langsung air.Berlarutan dekat seminggu dah.Dulu selalu dengar masalah kat Kelantan ja alami masalah ni.Now kat negeri Jalapang Padi ni pun lagi dahsat.Beberapa hari sebelum raya katanya dah dapat notis seluruh Kedah akan mengalami gangguan bekalan air pada beberapa hari raya..!!
Dugaan betul kan?
Nasib baik perumahan kami kat pekan masih ada air.Tapi kat kampung terpaksalah Achik beli berkotak air mineral sebagai bekalan hari raya.Tu yang wuduk dan rebus laksa kat kampung pun guna air mineral🤭
Namun ada juga segelintir warga kampung yang sememangnya sudah
 "sediakan payung sebelum hujan"  dengan cara menggali telaga biasa dan telaga boring(telaga tiub) sebagai persediaan.Kos sesebuah telaga tiub ni memakan modal ribuan ringgit.Hanya yang berkemampuan memilikinya.
Alhamdulillah,walau dibelenggu masalah air,surau tetap penuh dengan jemaah


Alhamdulillah,dapat menjamu tetamu yang kebanyakan mengalami ketiadaan bekalan air.


Jom kita tengok antara tetamu yang sempat dirakam dengan lensa camera handphone.Semua pic ni saya ambil dari group tele family.Bukan ramainpun ahli keluarga kami..Mak hanya ada 4 orang anak dan dua menantu sahaja..hihihi

Antara tetamu yang datang berkunjung.


Mak la paling seronok tiap kali raya,Alhamdulillah ramai yang datang.Inilah antara keberkatan  dan nikmat masih mempunyai warga emas di rumah.Semoga Allah panjangkan umur mak dan berkati mak dari dunia hingga akhirat🤲


Kanak-kanak yang paling ceria gembira bila tiba hati raya.

Antara pic kanak-kanak yang sempat dirakam.

Parkir kereta tak jadi masalah..Halaman rumah tu telah dibersihkan adik jantan kami sepanjang bulan puasa.Semangat betul dia nak beraya kali ini.


Abaikan la kipas usang tu kerana dua buah kipas baru yang Achik bawa tak dapat menampung,maka kipas usang pun terpaksa dikeluarkan juga.Warna ja kusam tapi takdak habuk na🤭 & masih finction dengan baik.


Bila dah ramai sangat kat luar,anak-anak dara masuk makan kat ruang dadalam.

Seronok bila dapat berjumpa warga kampung kami walaupun ramai yang saya sudah tidak kenal terutama kanak-kanak dan menantu-menantu orang kampung.Maklumlah sesekali balik kampung pun bukan saya menziarah sangat kecuali kenduri.Kalau dulu ssmua warga sekampung boleh kenal..tapi sekarang ramai yang saya tak kenal.Bagusnya,bila kebanyakan mereka datang kerana keberadaan emak sebagai sebagai salah seorang warga kampung yang  mereka masih ambil berat dan prihatin.


Syukur bila Achik masak lauk pauk yang banyak membolehkan tetamu makan sepuasnya.

Antara yang paling humble ni...isteri ketua kampung.Beza umurnya dengan saya hanya setahun..Sama-sama kelahiran tahun 70-an namun beliau sudah berderet cucunya.Ketika saya di tingkatan dua,beliau sudah berkahwin dengan salah seorang  warga kampung kami yang sekarang menjadi ketua kampung.
Ketika saya baru nak ambil SPM depa dah ada anak dua..Rezekinya jodoh seawal 15 tahun.
Sekarang semua anak- anaknya dah berkahwin.Sedang saya masih belum bermenantu.....hihihi


Achik dah replace kipas tu...🤣
Emak beramah mesra dengan tetamu 

Masa-masa beginilah baru dapat mengenal isi kampung.Itupun yang datang berkunjung ke rumah la..Saya memang tak sempat nak berkunjung pada hari raya pertama.In shaa Allah hari raya ke-2 kami akan berkunjungan.


Makan bersila di ruang tanpa dinding  ini memang feel melayan hembusan angin sambil menikmati juadah raya.
Tidak banyak gambar pegun yang dirakam .Banyaknya rakam video sebab lebih cepat dan banyak boleh dirakam.Tapi masalah ya kat sini line selur(slow) giler
Takpalah nanti balik KL kita update video untuk simpan kenangan di sini


11 comments:

  1. alhamdulillah..meriah sungguh tetamu yg dtg..seronok. baru la raya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Kat kampung memang meriah..cara kampung la🤭

      Delete
  2. Kita suka tengok baju raya mak gambar pertama tu, kemahen berseri walau dah jadi warga emas. Penduduk kampung yang datang tu memang penduduk (kejiranan) atau saudara mara? Rumah mak mertua sy tak semeriah ni, cuma anak2 saudara mak jer yang datang itupun kalau depa raya kat Sg Petani atau Kulim sebab kebanyakan tinggal di KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, baru perasan, mak pakai kain telekung. Sekali pandang macam pengantin, hahaha.

      Delete
    2. Hahaha..memang mak pakai kain telekong tu..kat surau..

      Semua tu tetamu kejiranan kat kampung..tu yang ramai saya pun dah tak kenal isteri siapa/suami siapa/ menantu siapa.
      Yang kanak2 memang tak kenal langsung la..
      Kampung saya ni tak la besar tapi kalau raya dan kenduri memang semua turun.
      Raya Haji pun masih berkunjung rumah ke rumah...cuma taklah semeriah raya puasa.

      Delete
  3. meriah..ramai tetamu yg datang, kat kpg saya, yg datang beraya cuma budak2 je..semua cucu2 org kpg...dah generasi ke-3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Rasanya rumah kami ni asbab rezeki mak masih ada,maka ramai yang berkunjung..
      Kalau harap kami anak-anak ni orang kampung pun ramai kami dah tak cam...huhuhu

      Delete
  4. Betul kata Mama Cella. Adanya warga emas itulah salah satu asbab kunjung ziarah sanak saudara yang tak putus-putus. Semoga emak sentiasa sihat dan ukhuwah sesama keluarga tambah erat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..
      Terima kasih atas doanya Cikgu

      Delete