Thursday 6 April 2023

MENU IFTAR RAMADHAN 14: TIGA JENIS ASAM PEDAS & JUGA BUAT KUIH TAKO

 Salam Ramadhan hari  ke 15..Dah separuh Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita..Rindu dengan Ramadhan masa PKP...Rasanya untuk diri saya..Ramadhan dalam PKP adalah yang terbaik untuk saya..Tidak tahu orang lain..


Semalam iftar Ramadhan hari ke -14 saya masak asam pedas kepala ikan jenahak..


Untuk anak jantan yang tak makan ikan..saya buatkan asam pedas ayam..

Ni Adah punya mangkuk.
Asam pedas isi ikan + isi ayam.
Kalau mangkuk saya ikan sahaja.
Mangkuk anak jantan tu ayam sahaja.
Mangkuk Adah pula dua-dua ada,ayam dan ikan.
Asam pedas sorang semangkuk ikut citarasa..
Bunyi macam saya rajin ja kan..buat 3 jenis asam pedas..
Jangan percaya dulu ye..🤭

Kerana semua asam pedas tu saya buat dalam satu kuali saja..
Satu kuali dan satu kuah.Isi sahaja lain-lain🤣

Saya bantai saja ayam dan ikan dalam satu kuah.Ikan di laut ayam di darat.Dalam kuali bertemu jua..
Cuma saya masukkan ayam la dulu sebab ayam lambat empuk.Dah empuk ayam tu baru saya masukkan ikan..
Saya tak pasti kalau-kalau  ada pantang larang makanan laut dan darat tak boleh bercampur..

ASAM PEDAS CAMPUR
2 potong ikan jenahak
5 ketul ayam
1 sudu asam jawa + 2 mangkuk air
1 tangkai daun kesum

minyak,garam,gula



Bahan Blend:
30 cili kering- gunting &rebus
1 bawang besar
5 bawang putih

2hiris lengkuas.

1 batang serai


1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.

2. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut.Tambah 1 cawan air.Masak hingga mendidih.

3. Bila ayam sudah empuk dan kuah naik minyak,masukkan ikan.

4. Tambah air asam jawa,dan perisakan.

5. Sesuaikan rasa.

6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah pekat dan naik minyak.



Tiga Asam Pedas untuk 3 beranak.Boleh nak makan ngan sudu atau dengan tangan...sendiri punya mangkuk.Nak hirup pun takda sapa marah.

Kalau ada asam pedas,telur dadar atau telur masin akan jadi gandingan serasi kan...
Saya hanya masak telur dadar.


Juga celur bendi sebagai ulaman.Saya tidak campurkan dalam asam pedas kerana saya inginkan rasa asam pedas tanpa gangguan bahan rampai yang lain.


Saya juga masak kuih tako..

Buat tak banyak pun.Hanya 12 biji.Bekas dah siap buat kat tempat kerja.Untuk masak dua laipisan kuih ni dan siap cuci periuk tu hanya ambil masa tak sampai ½ jam sebab buat sikit sahaja kan

Tak la kemas tapi boleh la untuk makan sendiri buat huduh-huduh ja...

Sesambil kat tempat kerja,melipat buat bekas pandan ni nak hilangkan mengantuk.

Untuk cara lipat kekotak pandan tu saya share link youtube.. CARA LIPAT DAUN PANDAN KUIH TAKO ...kat sini


Balik rumah sesambil tunggu asam pedas mendidih saya kacau adunan tako.
Bukan lama pun masak kuih tako ni..Saya ikut resipi yang Kak Izzah bagi masa kami BUAT KUIH TAKO PANDAN ...kat sini

KUIH TAKO PANDAN

(55-60 biji kuih)

Lapisan Hijau(bawah)

1 mug tepung jagung

1 mug gula pasir putih

6 mug air

5 biji sengkuang cina-cincang

1 sudu kecil paste pandan hijau( pewarana hijau perisa pandan)

Lapisan Atas(putih)

1 mug tepung jagung

6 mug air

1 kotak sederhana santan Kara(500ml)+-1 mug juga 

1 sudu teh garam halus

KEKOTAK DAUN PANDAN.

55-60 helai daun pandan 

dibentuk kekotak

1. Bancuh semua bahan adunan hijau dan kacau dengan api kecil hingga mendidih dan  meletus-letus.

2. Cepat-cepat sendukkan kedalam bekas kekotak.Isikan hanya seperuh kerana nanti akan ditambah adunan putih.

3. Biar adunan hijau memebeku.Sementara itu buatkan pula adunan putih lemak.

4.Bancuh semua adunan putih dan kacau hingga mendidih juga.

5. Penuhkan setiap kekotak yang sudah diisi adunan hijau.

6. Biarkan sejuk dan membeku sebelum dimakan.Tidak lama untuk kuih ini membeku.Dalam 10-15 minit dah beku.Boleh terus makan atau sejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati

*** saya hanya buat guna sukatan ½ cawan sahaja kerana hanya nak buat dalam  1 dozen kuih sahaja


Pun ada baki adunan.Saya masukkan sahaja dalam cup ni..

9 comments:

  1. Mula-mula baca tadi, ingatkan masak kuah asam pedas dahulu dan kemudian bahagi dua. Periuk satu masukkan ikan, dan satu lagi masukkan ayam. Rupanya Mama Cella jodohkan ayam di darat, ikan di laut, dalam periuk asam pedas bertemu jua hihihiiii.
    Tak apalah, itu cara kita. Yang penting, semuanya dapat seorang semangkuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tambah : Asam pedas kepala ikan jenahak akan buat saya termimpi-mimpi sebelum sahur malam ni!

      Delete
  2. baru nak tulis rajinnya akak 3 jenis asam pedas hahaha
    tp akak mmg rajin sempat menako lagi tu sy dh ambil resepi akak tp rajin tak sampai2 lagi nak buat acuannya tu

    ReplyDelete
  3. rajin jugak la tu....sampai 3 jenis kan..
    dr dulu teringin nak buat kuih tako ni, tapi x buat2...

    ReplyDelete
  4. memang rajinnnn tu kak sbb sempat buat tako! hehe

    ReplyDelete
  5. Kiranya, abang walaupun tak makan ikan, dia masih boleh makan kuah yang ada ikan la kan.. mujur tak bergaduh ayam dan ikan dalam periuk tu, hihi.

    ReplyDelete
  6. sedapnya kuih tako dan asam pedas tu kak... dekat sini kalau cari kuih tako mesti depa kata tepung pelita... mana sama kan

    ReplyDelete
  7. Macam makan kat kedai la pulak kan, sorang semangkuk asam pedasnya. Nanti sy nak cari kepala ikan jugak la :D

    ReplyDelete