Friday 7 April 2023

MENU RAMDHAN KE-16: BUAT TAUHU BEGEDIL & AYAM SAMBAL IJO

Salam Ramadhan ke 16...Malam ni malam 17 Ramadhan - Nuzul Al-Qur'an


Semalam saya merajinkan diri buat Tauhu Begedil kesukaan anak jantan nan sorang.
Saya nak cuba elakkan sebut anak bujang.Risau takut sebutan menjadi doa.Kang dok panggil anak bujang takut pula dia bujang selamanya..huhu.. teringat tentang lembu kepunyaan Wak WP iaitu

Dulu saya pernah dengar ada sorang ustaz ( tak ingat la pulak siapa) katanya menyanyi juga menjadi satu doa.Kalau asyik dok nyanyi sesuatu lagu..maka lagu tersebut akan mempengaruhi kehidupan kita...contohnya dok nyanyi lagu putus cinta..maka tak lama akan betu-betul putus cinta.Kalau dok nyanyi lagu ketuhanan jiwa kita akan lembut.

( sebenarnya saya nak tulis kalau penyanyi tu popular dengan lagu tersebut,kita perhatikan senikata lagu itu akan mempengaruhi kehidupannya kerana ia ibarat doa yang sentiasa dizikirkan.Begitu juga dengan kita)

Wallahua'lam

Kita tinggalkan pasal lagu..Berbalik kepas tauhu bergedil.
Kerajinan tu datang bila saya pi pasar segar yang baru buka tu ada jual tauhu pok ni.
Mengenangkan beberapa hari lepas anak jantan tu beli 2 pack tauhu bergedil tapi inti kentangnya masam.Maka saya rajinkan diri buat.

Sepaket ni RM8.50
Ada 20 ketul.
Maknanya jatuh seketoi dekat 50 sen.
patut la penjual terpaksa jual tauhu bergedil dengan harga sebiji RM1.20- RM1.50.
Kalau tak memang tak balik modal.Tauhu kosong saja dah 50sen.
So,lepas ni kalau beli tak boleh merungut.Cuma kepada penjual,pastikan apa yang dijual juga dalam keadaan sesuai dimakan.

Adah volunteer nak gaul semua bahan bergedil ni yang mengandungi:
5 biji kentang- goreng & tumbuk lumat
1 ketul isi ayam- goreng dan tumbuk
½labu bawang cincang
1 tangkai daun sup  daun 1 tangkai daun bawang
garam 
telur untuk celup dan minyak untuk goreng.


Bahan bergedil siap digaul.Bulatkan beberapa bahagian mengikut jumlah tauhu

Tauhu digunting "X" atasnya dan isikan dengan bebola bergedil.
Celup telur yang dipukul dan goreng dalam minyak banyak sambil dibalik-balikkan.

Sambal kicap tu saya guna yang dah sedia ada.Buat  stok cicah pisang goreng sebenarnya tapi jadi sambal kicap serba guna.


Saya juga masak Ayam Sambal Ijo untuk makan dengan nasi.
Saya makan tauhu bergedil tu seketul sahaja sebab saya nak makan nasi.

AYAM SAMBAL IJO
1 dada ayam- potong dadu dan gaul garam kunyit.
Minyak,garam,gula

Bahan untuk sambal:
1 mangkuk cili padi hijau
1 bawang Holland
5 bawang putih
1 tomato hijau

1. Goreng ayam hingga agak garing.ketepikan

2.Dalam minyak sama,goreng semua bahan sambal.Ketepikan biar sedikit sejuk.

3. Blend bahan goreng bersama minyak gorengan tadi.Jangan tambah air.Blend agak kasar.

4. Terus tumis dalam kuali beberapa minit hingga mendidih dan naik minyak.( jangan tambah air)

5. Perisakan dan masukkan ayam goreng tadi.Gaul rata dan biar mendidih sekejap supaya ayam panas hingga ke dalam isinya.Sesuaikan rasa.

Saya juga celur sawi bunga ni.Saya hanya jerang air dalam kuali + sikit garam.Celur sawi anggaran 2 minit sahaja.Sedap pula sawi ni dicelur macam tu.Terasa manis sayurnya dan tidak pula pahit 

Inilah rezeki kami untuk iftar 15 Ramdhan.


Alhamdulillah....

5 comments:

  1. Pernah dulu sekali buat tauhu begedil.
    Sekali buka tudung saji, semua tauhu kosong, begedilnya Firdaus copet!

    ReplyDelete
  2. Pernah buat tauhu begedil ni dulu. Sekali tu je la buatnya 🤣. Sekarang dah senang sebab jiran depan memang jual tauhu begedil. Mantap pulak tu. Bila² teringin order je. Hihihi

    ReplyDelete
  3. feveret ni tauhu begedil! nyummm

    ReplyDelete
  4. kita cakap yang baik2,fikir yg baik2 insyaAllah yg dtg pun baik2...insyaAllah ada tu jodoh abg tengah study lagi kot hehe
    saya kalau teringin tauhu begedil ni memang order je tak rajin nak buat yang makannya saya sorang

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....sedap menunya
    pernah buat rasanya but kena extra rajin la..selalunya nak makan beli je.. he he he

    ReplyDelete