Saturday 15 April 2023

MENU IFTAR RAMADHAN KE 22: AYAM MASAK KICAP PEDAS SAJO

 Semalam,Ramdhan ke 22 

Hanya Ayam Masak Kicap Pedas sajo...
Masak pun main campok yo...
Saya c&p resipi dari oldpost yang menggunakan sekor ayam.Tapi semalam masak ¼ ayam sahaja.

AYAM MASAK KICAP PEDAS

1ekor ayam-gaul garam kunyit dan goreng

3 biji kentang - potong wedges & goreng

1 bawang besar- hiris bulat

1/2 botol kecik   kicap lemak manis

1/2 cawan minyak

1pokok daun sup daun bawang

1 cili merah hiris

2 biji buah tomato masak

1 sudu teh asam jawa

2 helai daun limau purut

Bahan Blend:

10 biji cili kering- rendam air panas

1/2 bawang besar

3 bawang putih

2 hiris halia

2 hiris lengkuas

1 batang serai

1. Goreng ayam yang dah bubuh garam kunyit.Goreng pula kentang wedges.Toskan

2. Tinggalkan agak2 1/4 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan blend hingga naik minyak..

3.Masukkan kicap manis..kicap pekat dan asam jawa yang dibancuh dengan 1 cawan air.

4. Masukkan ayam..kentang,tomato ,bawang besar hiris bulat dan daun limau purut

5. Sesuaikan rasanya dan tutup api

6. Taburkan daun bawang daun sup..


Left over tempe berlado.

Ayam goreng.
Saya tak minat sangat ayam masak kicap.
So saya juga goreng ¼ ekor ayam..bahagian dada.

Ulam timun dan selom.

Sebenarnya,semalam balik je kerja terus goreng ayam dan masak kicap..
Kena masak lauk sesiap.

Terus mandi dan  singsing lengan mengadun tepung..

Sambil menanak nasi,sambil menerap kuih dan glis dengan kuning telur


Dapat la 8 balang mazola.Mazola kena tambah lagi 12 balang
Buat kuih old skol ja
Hihihi


5 comments:

  1. kuih old skol tu lah yg mak2 mcm kita ni cari kak....sy hari ni baru nak start buat kuih raya sikit2

    ReplyDelete
  2. Okay, sy masak lauk ni hari ni...tq bagi idea...anak no 2 & no 4 kalau boleh hari² nak lauk ayam...kesian pulak kalau tak dilayan, sebab depa posa :D

    ReplyDelete
  3. Ayam masak kicap tambah kentang memang mabeles.
    Kuih old skol itulah yang sedap. Saya nak ajak Firdaus buat kuih ✂️✂️✂️ tapi tak mula lagi. Segala bahan dah beli masa nggu lepas.

    ReplyDelete
  4. SA kena kutuk sebab suka buat kuih old school...takde yang lama xde la yang baru kan...best apa kuih2 lama

    ReplyDelete