Wednesday 12 April 2023

MENU IFTAR RAMADHAN KE -20: KUE TEOW GORENG,...........MANTAO GORENG & KUKUS

Kue Teow Goreng Udang..
Itulah menu juadah iftar semalam hari ke 20 Ramadhan .

Beriftar 2 beranak sahaja semalam.Maka pilih menu mudah sebab dua-dua rasa nak makan selain dari nasi..

Kali ni pun saya goreng bodo-bodo juga macam sebelum ni.Guna 2 paket kecik kuew teow

- Tumis bawang putih ketuk dan 5 biji cili padi pun ketuk

- Goreng pula udang yang dah belah belakang

- Kacau 2 biji telur,curahkan dalam kuali bersama udang tu.

- Basuh kue teow dan terus masukkan dalam tumisan.Kacau gaul sambil renjis kicap pedas Mahsuri..Tambah garam secukupnya..

- Tabur kucai..gaul sikit dah siap.Elok ja tak melekat kuali.Kadang taktau pasal apa jadi melekat berkerak dan hancur kue teownya boleh buat murung tau..hihihi.Cuma saya perasan kalau taknak melekat..kuali kena betul-betul panas dan kue teow tu pula jangan basuh awal sangat.Lepas basuh terus ja masuk dalam kuali yang dah siap perencah.In shaa Allah tak lekat.


Cili kicap tu pula saya guna cili padi Bangladesh yang merah tu.

JERUK CILI KICAP
10 biji cili padi Bangladesh( merah)
1/4 cawan kicap manis
1 sudu makan cuka

1. Hiris cili nipis2... ...gunting kan sahaja...x perlu buang bijinya.
2. Tuangkan kicap manis & cuka..
3. Biarkan seketika supaya rasanya


Selain tu ada matao goreng dan mantao kukus..

Ni kes terliur nampak. beberapa hari lepas  CIKGU AMIE BERBUKA DENGAN MANTAO GORENG
terliur.Terus cari mantao frozen.

Tak pandai samgat nak goreng mantao ni macam kat kedai.Hari tu makan kat Soru sedap sangat mini mantao dicicah dengan sos bolognese.
Goreng 4 ketul dah kukus 4 ketul..
Takda kuah cicah ...saya ikut macam serving suggestion kat pack tu makan dengan susu pekat @ kaya.Saya pilih susu pekat sebab itu sahaja yang ada.Kurang menyengat sebab nak kena pencicah savoury juga baru kena..tapi habis juga 2 ketul makan gitu ja tanpa cicah.Balik anak bujang tu dia belasah cicah susu pekat tu..habis lagi 2 ketul.Baki bawa ke sahur.

7 comments:

  1. Selamat berbuka puasa
    Ramainya udang kat kuetiau tu

    ReplyDelete
  2. Wow...meriah tu... MA pun goreng mee letak udang hari ni... 😊

    ReplyDelete
  3. Ada kuey teow di sebalik udang... betullll, mantao kena savoury baru sedapppp.

    Mak Ngah, sy htr email..

    ReplyDelete
  4. saya pernah modify mantao goreng jadi burger malaysia belah tengah letak sambal bilis letak daun salad.waled dgn Pia cakap eh pandainya umi buat burger malaysia hahaha diaorang tak tau saya paling tak pandai uli doh haha

    ReplyDelete
  5. Kalau Ahnaff suka makan mantou dengan kari ayam 🤭. Ehhh, petang ni nak buat kari ayam la..mantou pun ade. Boleh la goreng 😁

    ReplyDelete
  6. sedap plak tengok kue tiaw goreng tu...rasa macam nak buat plak weekend ni

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.
    Sedap sungguh mantou goreng kan Mama Cella.
    First time saya makan sewaktu travel ke China. Lepas tu makan lagi di Airport Balik Papan, Kalimantan. Balik LD mulalah rajin mencari dan akhirnya goreng sendiri.

    ReplyDelete