Saturday 8 April 2023

MENU IFTAR RAMADHAN KE-16: SARDIN MASAK TAUCU & KUKUS DAGING MASAK HITAM

Salam Ramdhan hari -17 & salam Nuzul Al-Qur'an.


Semalam saya masak sardin.Sardin  ni kalau dah lama tak masak pasti dirindu kan ..hihihi
Dok tengok rakan-rakan dok tayang sardin,maka rindu makin mendalam pada sardin..五


Dapat cium bau sardin ni terubat sikit rindu padanya.Asalnya saya plan nak masak laksa sardin lagi.Pastu berubah fikiran nak masak sambal sardin.
Tapi tetiba terfikir nak masak taucu.Macam terbau tumisan bawang bercampur halia dan cili padi hijau.Ditambah pula rasa taucu..Ishh...terus masak taucu.

SARDIN MASAK TAUCU
1 tin sardin mecerel
½ cawan taucu biji
½ labu bawang Holland- hiris
3 bawang putih
10 cili padi hijau- belah dua
1 ketul kecil halia muda- racik memanjang
1 biji tomato masak
Minyak,garam,gula perang & perahan limau nipis.

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih,halia dan cili padi 

2. Bila sudah harum masukkan taucu dan bawang Holland serta tomato yang dipotong wedges

3. Bila bawang layu masukkan sardin bersama sosnya .

4. Perisakan dengan garam,gula perang dan perahan limau nipis.

5. Sesuaikan rasa dan tabur daun bawang/daun sup

Sedap lauk ni .Mungkin kerasa taste saya lebih suka lauk kering-kering.


Selain sardi,ada daging masak hitam.Sebenarnya daging masak hitam frozen ni pemberian emak kawan Adah.

Maka saya panaskan dengan cara kukus.Selalu lauk-lauk frozen ni saya  dok letak atas nasi yang baru kering untuk panaskannya. Biasanya lauk frozen saya pack dalam plastik sebelum frozen.Senang nak panaskan letak saja atas nasi yang  baru kering 
Tapi sebab lauk ni dalam bekas agak besar.Tak muat rice cooker.Maka kukuslah guna kuali.
Biasa nampak SK dok kukus lauk frozen五


Lauk fav Adah ni.Saya dok pulun sardin masak taucu.Hihihi

Minuman hanya buat air teh hijau ni saja.
Adah minum air kosong.Berbuka dua beranak.Anak jantan tu berbuka kat tempat kerja.Anak dara bongsu tu pulak,kata nak balik iftar kat rumah.Bila kita offer nak gi ambik dia kata dah janji dengan kawan-kawan nak gi Bazar Ramadhan Putrajaya & nak iftar kat sana.

Sebenarnya semalam tempat kerja ada buat  Majlis Berbuka Puasa.
Niat memang nak pergi sebab selama bekerja rasanya saya tak pernah mis kalau tempat kerja buat apa-apa majlis.Saya akan tetap cuba hadiri walau malam atau jauh.Namun kali ini saya memilih untuk tidak menghadiri.Bukan ada halangan apa sangat tepi puncanya ialah GIGI..
五五五五
Setakat ni pergi kerja tiada masalah kerana pakai mask dan bulan puasa memang tak akan buka mask untuk makan dan minum.
Ini dah namanya iftar,mestilah nak kena buka mask..
Tak sanggup saya不
In shaa Allah minggu depan saya akan cuba ke klinik lagi kalau-kalau sudah boleh membuat gigi palsu walaupun doc cakap tunggu 1½ bulan.
Tak rela nak beraya dengan memakai mask sepanjang hari  & kalau nak makan terpaksa sorok-sorok.Keyakinan diri kembali merudum sebagaimana pernah dirasa ketika form 2- form3 dulu.Namun  mungkin ini juga salah satu bentuk ujian.


5 comments:

  1. Sedapnya menu cella.. Alhamdulillah! Simple tp cukup mengelerakan.. ;)

    ReplyDelete
  2. Laaa...kesian Mama Cella.
    Moga dipermudahkan urusan tempah gigi baharu.
    Kiranya ada hikmah di sebalik terpaksa pakai face masuk kan.

    ReplyDelete
  3. kalau masalah GIGI memang buat smgt merudum. moga dipermudahkan urusan mama cella.

    ReplyDelete
  4. Semoga dah boleh la Mak Cella buat gigi palsu tu ya. Sardin dgn tauchu pun mantap kan bila digandingkan. Kukus lauk lagi senang dari perangat atas api, hihi.

    ReplyDelete