Monday 24 April 2023

RAYA 2023: JUADAH HARI RAYA @ KAMPUNG

 Salam Aidilfitri 1444.Hari ni dah masuk Syawal ke-3 baru sempat nak jenguk rumah maya ni..hihihi


Inilah antara juadah hidangan raya  kami @ kampung.
Saya dan Achik masak kat rumah masing-masing dan hangkut bawa balik kampung selepas subuh.

Rumah kampung dah siap siaga .
Sejak hari Khamis,Achik ajak balik kemas rumah kampung.Kan hari Khamis tu tarikh melihat anak bulan.Kata Achik mana la tau buatnya nampak anak bulan,maka Jumaat kita raya.Sekurangnya rumah kampung dah kemas.
Tapi macam biasa,siapkan bahagian luar rumah sebab tetamu lebih suka bersantai kat anjung depan ni berbanding dalam rumah.Kat depan ni open air & boleh nampak orang kat jalan dan nampak surau dari celahan  pohon palas.

Achik siap beli cat epoxy warna terang & adik jantan kami nan sorang tu jadi tukang cat.Semangat betul memasing raya kali ini.

Juadah wajib @ Kedah..
Ketupat palas...air tangan mak memang sentiasa di hati kami.Ketupat mak memang cukup lemak..cukup kenyal..
Sedaging kata orang kampung kami.

Ketupat Daun Buluh dan juga lemang.


Achik la bertungkus lumus masak kebanyakan lauk pauk dan juadah lain.Saya hanya bantu masak nasi tomato,buat acar,rebus laksa dan potong ulaman laksa sahaja.


Hampir semua ni masakan Achik.Banyak betul Achik masak nak menjami tetamu  yang berkunjung di kampung 



Saya hanya masak Nasi Tomato..
Bangun pukul 4 pagi raya untuk masak nasi.


Rendang Hijau Ayam Pencen by Achik.Menu yang laku keras.


Udang Goreng Kunyit ni pun by Achik..Menjadi tumpuan kanak-kanak untuk meratah...Pun banyak Achik masak.Penuh tray makanan...


Ayam Masak Merah juga by Achik..Sekuali besar Achik masak sengsorang 


Gulai Kerbau Pahang Style...Opkos by Achik juga.Setiap tahun hidangan ini wajib kerana Pakcik  orang Pahang.


Acar Timun + Nanas & Carrot ni  ja air tangan saya...hihihi...

Laksa ni saya rebus..Tapi kuahnya Achik juga yang masak.hihihi..
Haaa...kali ni kat kampung beraya tanpa air.Sejak hari Jumaat bekalan air terputus terus kat kampung.Nasib baik kat rumah kami @ pekan air tak buat hal..
Tapi tu la....separuh kampung memang terputus air sama sekali.Separuh lagi kampung diseberang bendang air ada macam biasa.Achik beli berkotak- kotak air mineral.
Hinggakan bila laksa yang dihidangkan telah habis...Achik terpaksa rebus laksa kat kampung guna air mineral.Laksa premium kata kau!🤣
Ambil wudu' pun dengan air mineral....🤭


Dah hujung-hujung baru ambil gambar ulaman laksa ni...Dah hampir kosong.hihihi..


Jom,makan...
Eh,pic minuman pula takdak sapa snap..
Achik buat Air Soda Herb.4 kali topup..Belum petang dah habis 1 beg besar air batu...Cuaca panas betul sekarang..minuman memang jadi tumpuan la..


Kuih raya jangan di lupa.Yang dalam bekas Vantage tu kuih raya Achik..Yang bekas kaca penutup biru tu saya bbawa.Saya hanya bawa balik cookies,dahlia,sampret susu sahaja.Bangkit kelapa tu saya beli.Mak pula beli baulu,kuih bangkit santan dan mak buat kuih karas.Kuih karas tu mak buat sendiri.Sayangnya tak sempat rakam proses dan cara mak buat.


Kuih- kuih Achik semua sedap..Suji,tat nanas lapis,kuih siput,buah rota  dan kerepek bawang.

Alhamdulillah,kunjungan tetamu bertali arus selepas solat sunat hari raya.Sesi bersalaman dan fotografi keluarga beberapa kali tertangguh kerana tetamu tidak putus-putus.Menjelang Zohor baru dapat bergambar..

Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan maya semua dan semua yang singgah membaca.
Mohon maaf lahir dan batin

16 comments:

  1. Wahhh, meriah menu raya makNgah. Selamat hari raya MakNgah. Maaf zahir batin kalau ada tersilap bahasa sepanjang kita berbalas² komen 😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Jaja...saya pun sama juga...memohon maaf

      Delete
  2. selamat hari raya dear, maaf zahir batin
    wah..meriah menunya..mcm2 ada...sedap2 nampaks semua.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      SHR dan maaf zahir batin MA

      Delete
  3. selamat hari raya kak..cantik rumah kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      seadanya..terima kasih masita

      Delete
  4. cantik nya rumah kampung..selamat hari raya. maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luarannya...dalamnya dah banyak dimakan anai-anai...hihihi

      Delete
  5. Achik ni dia punya rajin dan tangkas di dapur macam kak ipar sy, Kak Roz. Suami Kak Roz pun sama, orang Pahang.

    Lawo la lantai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Alhamdulillah,
      Allah kurniakan adik sehebat Achik melengkapi kekurangan saya sebagai kakak.
      Lantai tu kalau kat kampung sesuai warna terang macam ni kan..Kalau kat rumah saya di KL...memang lawak la kalau letak warna ni..boleh lukis "kolum"🤭

      Delete
  6. Seronoknya kalau Achik ada di samping saya.
    Kirim salam saya untuk Achik ye Mama Cella dengan ucapan Assalamualaikum.
    Walaupun tak pernah bersua, tapi Achik seakan-akan dekat dengan saya melalui cerita yang selalu Mama Cella kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Cikgu...Nanti saya sampaikan salam tu .
      perasaan yg sama juga saya rasa dengan anak-anak cikgu..terasa dekat

      Delete
  7. selamat hariraya maaf zahir batin cikkak cella itteww., aminn

    ReplyDelete
  8. wahh..terer Achik..masak banyak2 sensorang...sedap2 menunya..

    ReplyDelete