Saturday 6 August 2022

LAKSA SARDIN HARI JUMAAT

Semalam punya cerita

Laksa Sardin lagi...


Buat atas permintaan Ti
Dia dok sebut-sebut suruh masak laksa sardin dah banyak kali.


Hari Khamis tu...dia siap pi selitkan dua kuntum bunga kantan dan beberapa tangkai daun kesum kat wiper kereta saya.Pokok kantan tepi tebing tu tak tau sapa yang tanam.Rasanya dah lebih 10 tahun tak jemu berbunga.Tapi bunganya jenis kecil dan warnanya pink pucat.

Saya c&p resipi dari oldpost..Cuma bahannya boleh digandakan jika nak buat lebih banyak

LAKSA KUAH LEMAK SARDIN


1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)
1 tin sardin macerel(tin sederhana)
1 paket kecil rwmpah kari ikan
1/2 kotak santan kara
4 cawan air
3  asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
½ bawang besar -blend
3 sudu minyak

Bahan Ulam

2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.

Buat Kuah:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2.Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang dilenyek(upadate: better blend hingga halus kerana jika dilenyek sahaja,nanti kuah tak pekat) bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum

5. Sesuaikan rasa

6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulaman

Saya hanya guna 2 tin sardin mecerel ni
(Pastikan mecerel ye..bukan sardine)
Harga 2 tin sardin mecerel ni  RM 15++ iaitu lebih kurang harga sekilo ikan selayang.Saya memilih guna mecerel tin ni sebab malas nak mengerjakan ikan segar.Malas nak menyiang ikan..nam rebus...nak asingkan tulang bagai.Maka saya short cut...guna mecerel tin ni...
sosnya pun saya ambil sebab sedap dan tak nak membazir.

Alhamdulillah...
Walau hanya 2 tin sardin tu...tapi hasilnya muai dan dapat dikongsikan dan dimakan oleh berbelas orang..
Laksa pula saya guna laksa kering yang halus tu sebanyak 1½ paket.10 biji telur dan serba sedikit ulaman. 
Antara kelebihan bila sedikit rajin memasak ni..dapat masak lebih dan kongsi sikit bersama orang lain.
Yang tak memasak pun ramai juga berkongsi rezeki dengan cara masing-masing..
Ikut kemampuan dan pilhan yang dimahukan..


Rezeki Jumaat...
Saya panjangkan bungkusan ni dan alhamdulillah walau hanya laksa sardin ...Rezeki dapat dikongsi.
Nak ceritanya walau hanya bungkus 10 pack sahaja tapi kemain lambat nak ngerjakannya.Insaf sekejap dan kagum dengan peniaga makanan yang cekap menegndalikan bahan masakan,memasak,membungkus,menjual dan mengorbankan banyak masa demi rezeki yang halal lagi barokah.Gara-gara nak bungkus laksa ni la...saya keluar rumah paling lambat dari kebiasaan.Bukan sikit-sikit tapi saya keluar lewat ½ jam dari kebiasaan.Nasib baik punch card tak merah.Cuma agak kelam kabut tak dapat la nak bersantai jerang air dan sarapan dulu sebelum memulakan tugas hakiki.
Selalunya saya antara yang awal sampai dan bila sesekali sampai saing dengan yang kebanyakan ramailah yang menegur


" Lambat hari ni?"

Dan biasanya juga saya jawab dengan ketawa..

" Mana ada lambat..kan kita sama-sama sampai ni..cuma hari ni saya tak awal"

Hihihihhi....sebabnya walau lambat dari biasa tapi belum la merah punc card 

Apapun tak boleh nak riak juga..kalau Allah nak tegur,sekelip mata saja boleh jadi lewat..!
Semoga tidak la hendaknya..
Harus bersyukur kerana dimudahkan urusan oleh Allah s.w.t.
Allah dah kurniakan rezeki mudah bangun pagi.Allah dah lapangkan tak payah nak kelam kabut nak urus anak kecil dan anak sekolah.Allah dah rezekikan ada kenderaan nak bergerak.

Kat rumah pun hanya tinggalkan sikit laksa dan kuahnya untuk Cella dan abangnya saja sebab Adah takda kat rumah ni.Balik kerja tengok ada lagi sikit bakinya..terus panaskan,sendok masuk pinggan..slruppp..!


6 comments:

  1. Kita pun selalu datang awal, tapi bila sesekali lewat sampai walaupun punchcard tak merah, rasa semacam pula.
    Rezeki sungguh dapat dekat-dekat dengan Mama Cella. Selalulah merasa air tangannya yang sedap-sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Semoga kita sentiasa dimudahkan urusan untuk istiqomah datang kerja awal.
      Kalau diberi pilihan saya pun nak dekat-dekat dengan Cikgu Amie..Boleh merasa bekal sihat setiap hari..hihihi

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Rezeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
  3. Nanti satu hari, kita nak cubalah masak kuah laksa guna sardin mackerel ni.

    ReplyDelete