Sunday 3 April 2022

MAKAN @ CILI RESTAURANT

Kisah hari Jumaat...hari tengok anak bulan..

Plan asal Pus kata nak ke De Palma Ampang.Tapi Sal cadangkan Cili Restaurant ni..


Makan-makan @ Cili Restaurant,Mahkota Cheras.Pukul 12 gerak untuk lunch.Kena cepat sebelum orang balik masjid..nanti sesak pula jalan raya dan tempat makan nya.

Depa lain laju ja gerak.Shifa & Kak Mel naik kereta saya.Asalnya Ita & As nak tumpang juga.Tapi last minutes depa naik kereta Pus.Depa sampai dulu.Group saya paling akhir sampai.Maklumlah,saya tak biasa area Mahkota Cheras tu..Shifa tukang tengok waze..hihihi


Saya pesan fish & chips.Sebenarnya memang saya plan tak nak makan nasi.
Pus yang arrange makan-makan ni.Pus dah siap suruh listkan nak makan apa & minum apa untuk dia order awal-awal sebelum bertolak.Sebab agak ramai dan pesanan lain-lain.

Minuman saya pesan  sour lemon..Tapi yang dapat ni macam apple asam boi..hihihi


Shifa pesan Olio Oglio 


Sal punya...mihun sup..

Yang depa lain tak dapat nak snap sebab kedudukan disudut dinding...saya payah nak keluar.
Tapi semua pakat makan selain nasi la.Ada yang makan laksa..cucur udang..tauhu begedil...pasta dan chicken chop.
Ni sebenarnya merangkap makan-makan raikan Kak Mel Akan Bersara... & makan-makan sebelum sambut puasa.Jumaat kan hari tengok anak bulan walaupun dah dijangka puasa akan bermula Ahad.Eh,Arab Saudi puasa Sabtu kan...

Kak Mel sorang ja makan nasi.Pus dah orderkan set Nasi putih
Daging Salai Lemak Cili Padi
Sambal Bilis Petai
Kerabu Mangga.Tapi nampak sedap la pula lauk-pauknya.

Shifa pun dah jeling lauk Kak Mel..hihihi
Kami berdua duduk kiri kanan Kak Mel ..dapat la paw sikit merasa lauk tu..semua sedap.Lain kali nak order nasi jugak la..

Sambal bils petai dia sedap...Kak Mel makan sikit ja...Lebihnya saya meratah...hihihi

Masak Lemak Cili Api Daging Salai ni...sedap sungguh.Pekat kuahnya.Pun saya yang menghirup kuahnya..hihihi

Shifa mengepaw kerabu mangga ni..Pun terasa sedap sungguh.Kak Mel mana lalu makan dah...seronok nak pencen..hahah
Kami berdua yang dok tepi Kak Mel ni la sedap paw..Depa lain jauh dari Kak Mel.

Cucur udang dia pun nampak sedap.

Tauhu bergedil pun Pus order untuk Kak Mel..


Saya nak merasa kek ni

Rupanya kek birthday Sal & Pus..Birthday depa Sabtu..advance sehari la jadinya..

Saya suka sudut ni..barang-barang warisan lama ..
Ada sia(mangkuk tingkat)lampu gasolin dan beberapa barangan nostalgia yang lain.

Dalam tempatan ni dibela ikan gappy...Mula la saya pun berangan nak buat macam ni juga..hihihi


Lepas makan bergambar.Orang pompuan suka bab bab bergambar ni..
Terima kasih depa ajak join.Dapat la berfoya sekejap.hihihi
Dulu zaman anak-anak kecik & anak-anak sekolah jarang dapat keluar berfoya-foya macam ni..Elok anak bongsu habis sekolah PKP pula 2 tahun..
Ni baru pakat bernafas...

Sebelum masuk kereta...Sempat lagi depan tu bersama basikal tua...

4 comments:

  1. Semua mama cella cakap sedap menu menunya. Next time boleh lah cuba menu lain pulak. Sour lemon tu macam best je. Bagus jugak order menu lain lain, boleh cuba rasa. Bestlah dapat makan ramai ramai sebelum berpuasa dan meraikan mereka yang berkenaan :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya menjamu selera reramai

    ReplyDelete
  3. Semua menyelerakan.

    Tapi saya pun Nak lauk kak Mel Tu hihihi

    ReplyDelete