Monday 28 June 2021

MASAK BUTTER CHICKEN-TAK PAYAH LAUK LAIN

Masak butter chicken kegemaran anak-anak


Kalau masak lauk ni tak payah lauk lain


Nak masak pun tak susah

BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE

Bahan ayam

2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)

4 sudu tepung ubi + sikit garam + serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas Bestari jer) 

1 cawan minyak untuk goreng


Bahan Sos:

1/4 blok butter

1  tin susu cair

2 sudu  serbuk cheese super ring

10  cili padi

1kiub ayam


Bahan Tumis:

1 bawang besar

3 bawang putih

3 pelepah daun kari

10 cili padi cincang

1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm


2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit


3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan


4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali


5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana buttermudah hangus


6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )


7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata


8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak


9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api


Cheese Super Ring yang saya guna nak kasi lemak+ warna cantik.Slice cheese tak ada.Lagi yang ni  pun mudah simpan.


Untuk ambil gambar....

Hakikatnya penuh kuah 1 kuali.Sebab semua request nak kuah extra.Saya tak minat sangat lauk macam ni.Untuk saya,saya minta Adah goreng ikan bilis + bawang & cili.Itu sahaja.

**Ni lauk 3 hari lepas rasanya.Dah karang malam tadi nak post pagi tadi.Tapi ni baru sempat menjenguk..Eh,mana post butter chicken?...
Laaaa...dalam draff lagi...tak klick publish...hihihi macam tanak nasi tak on suiz la...hihihi...
Ok...nak balik dah...dah lapar..Hari ni goreng nugget sahaja..Balik kang baru fikir nak masak apa...







6 comments:

  1. Ehhem dah tertunai ker hajat buat nasi lemak daun sempoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...hajat belum tertunai..Tak dapat nak ambil daun sempo tadi...jalan tu tutup

      Delete
  2. Aduiiiii! Butter chicken ni kegemaran Abang Farid! Dia sanggup masak sendiri di dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tak tengok pic masakan Abang Farit..Semoga Allah mudahkan urusannya di Malaya

      Delete
  3. Lama tak masak butter chicken ni sebab tak ada permintaan dari anak bertuah 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa orang muda suka sungguh butter chicken ni kan...Jangan diseru...nanti dia minta...hihihi

      Delete