Tuesday 15 June 2021

KUIH TELUR BELANAK RESIPI DARI SURAT KHABAR DULU-DULU

Saya bukanlah seorang yang pandai masak.Tapi sejak kanak-kanak terpaksa masak & akhirnya saya jadi seronok memasak,sebab lepas masak boleh makan.Hihihi

Selalu juga saya akan curi-curi masak waktu mak ayah & semua yang lain tiada dirumah.Kalau sedap,kadang saya makan hingga habis tanpa meninggalkan kesan.Hihihi...Kadang saya sengaja nak tunjuk kepada mak ayah bila masakan menjadi.Selalu juga bila tidak menjadi saya buang senyap- senyap dalam semak lalang belakang rumah.Kadang saya gali lubang & tanam sisa-sisanya agar tiada siapa yang tahu.Hahaha,hari ni pecah tembelang.Tapi mungkin ada sesetengahnya emak saya mesti tahu,cuma dia buat-buat tak tahu..hihihi


Antara yang pernah saya masak & makan sengsorang ialah Kuih Telur Belanak.Kuih ni dibuat daripada ubi kayu parut,campur kelapa & sikit garam.Kemudian,pisang masak dipotong bulat tebal dijadikan inti.Pisang dibalut dengan adunan ubi kayu parut berkelapa tadi & digoreng garing.


Nampak bulat macam cekodok.


Bila belah atau gigit akan jumpa pisang dalamnya 


Seeloknya potong melintang pisang supaya nampak potongan pisang tu kemas.

KUIH TELUR BELANAK
2 cawan ubi kayu parut
(perah airnya & ambil patinya + hampas ubi)
1 cawan kelapa parut putih
½ sudu teh garam
3 biji pisang nangka masak @ sebarang pisang yang tidak lembik
minyak untuk goreng

1. Gaul ubi parut,kelapa & garam hingga rata.

2. Pisang dikerat tebal.

3. Bahagikan adunan ubi anggaran sebesar limau  nipis supaya nanti sama saiz.

4.Ambil 1 potong pisang & balut dengan setiap bahagian ubi tadi.Usahakan agar menutupi keseluruhan pisang.Buat hingga selesai 

5.Panaskan minyak & goreng bebola ubi berinti pisang.Pastikan bahagian bawahnya agakngaring,baru diterbalikkan supaya kuih tidak pecah.

6.Bila kuih stabil,sentiasa balik-balikkan supaya garing sekata.Angkat & toskan sebelum hidang 

Ubi kayu parut.

Campur kelapa & garam.Gaul rata & bahagi kepada bebola sebesar limau nipis.Ini supaya nanti saiz sama besar.

Pisang dikerat-kerat agak tebal


Balut  setiap potongan pisang dengan adunan ubi berkelapa tadi.Buat hingga habis.


Goreng dalam minyak banyak hingga garing.


Resipi & nama kuih ini saya dapat daripada surat khabar Mingguan Malaysia masa saya tingkatan 1.Masa tu setiap hari  kawan kelas saya iaitu  Kiah,akan kirim minta saya belikan surat khabar di kedai Siam dekat dengan Watt Siam.Kiah naik bas sekolah,jadi dia tunggu bas dalam kawasan sekolah.Saya naik basikal.Jadi masa balik akan lalu kedai surat khabar tepi Watt Siam tu.Kalau hari biasa harga Berita Harian senaskhah 45 sen.Harga asal surat khabar tu kat pekan 40 sen sahaja tapi sebab beli kampung harganya jadi 45 sen .Hari Ahad,Kiah akan suruh beli Mingguan Malaysia(kalau hari biasa akhbar ni nama Utusan Malaysia)manakala Berita Harian pada hari Ahad dikenali sebagai Berita Minggu.Harga Mingguan Malaysia & Berita Minggu kalau kat pekan 50 sen.Saya beli kat kedai Siam tu biasalah akan akan up 5 sen jadi 55 sen.Kiah akan suruh beli Mingguan Malaysia sebab akan ada ruangan Pancaindera yang penuh dengan berita artis.
Esoknya baru saya bawa surat khabar tu bagi kepada Kiah.Kiranya saya akan baca dulu & Kiah hanya akan baca surat khabar lewat sehari.Tapi saya jaga elok-elok.Kalau ayah saya baca pun ,lepas tu saya akan susun balik elok-elok.Hari Khamis biasanya Kiah tak kirim sebab selang cuti Jumaat Sabtu,lama sangat.
Dalam Mingguan Malaysia saya paling suka ruangan "DiCelah-celah Kehidupan".Kira macam kisah benar la.Banyak cerita pasal masalah rumah tangga & perbalahan keluarga sahaja kot.Tapi memang ramai peminat ruangan ni.Dulu mana ada social media lain selain radio,TV,surat khabar  & majalah..Tu sebab orang dulu rajin membaca...Hihihi.
Selain tu,saya suka ruangan "resipi" la.Kalau bulan puasa & dekat nak raya,aduh,banyak resipi & gambar masakan warna warni.Geram nak gunting simpan,tapi tu kan surat khabar Kiah.Selalunya resipi yang saya suka,saya akan salin.Saya ada buku resipi tulisan tangan yang memang menyimpan banyak resipi dari majalah,surat khabar & resipi yang dapat dari mulut ke mulut.Hihihihi 
Antara resipi yang saya masih ingat namanya ,ni la...Kuih Telur Belanak.Dari surat khabar tu lah.Cuma sukatan asal saya tak ingat la Bahan & cara buatnya saya masih ingat sebab saya pernah buat masa mak ayah & semua yang lain tiada di rumah.Buat makan sengsorang.Pun ada peristiwanya masa buat kuih ni.Panjang sangat nak cerita...hihihi

**Saya ada google kuih telur belanak,tapi yang keluar resipi & gambarnya macam kerepek gunting.Langsung tak sama macam kuih yang saya buat ni.



10 comments:

  1. SEDAPNYA KAK, SESUAI MINUM PETANG2 GINI..TQ KAK SHARE RESEPI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..tapi resipi asal taktau sapa punya nun dlm surat khabar tahun 80-an.Hihihi

      Delete
  2. Unik nama kuih ni, rupanya pun unik juga.. baca tajuk pelik juga sbb sy terbayang ikan belanak, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la pasai apa nama dia kuih telur belanak.Padahal ikan belanak kan kecik sahaja.Tapi bila tengok rupa kuih yang dibelah memang ada la rupa telur jugak kan..hihihi

      Delete
  3. Menariknya! Kelmarin pakwe kita beli pisang nipah. Ubi kayu ada lagi, tapi nampak dah masuk angin, biru-biru lebam. Kalau tak boleh cuba kuih telur belanak ni. Nampak sedaplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya pisang nipah.Sini mahal & susah nak dapat.Pisang nangka banyak la..Ubi kayu saya biasanya akan parut & frozenkan dalam plastik agak2 setiap plastik tu 2 cawan.Bila nak guna reheatkan & in sha Allah elok & tahan lama

      Delete
  4. x penah jumpa kuih ni kak.. mcm nenek pn x penah buat jugak.. apatah lg mak..huhu.. kesian tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..saya pun jumpa dalam surat khabar tahun 80-an ...memang saya pun tak pernah buat.Saya buat pun mak tak tau...hihihi

      Delete
  5. nampak sedap tu...tk pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga gandingan rasa ubi,kelapa & pisang.Ubi tu rangup luarnya,melekit dalamnya & manis pisang

      Delete