Saturday 20 March 2021

PULUT INTI

 

Pulut inti
Pulut lemak dimakan bersama inti kelapa manis


Sekali pandang dah macam cucur peniram...
Macam kuih cincin pun ya..

Tapi ini pulut inti.
Konon nak modern ,masukkan inti dalam mold puteri ayu.Tekankan pulut lemak & keluarkan .Cara masak pulut lemak & inti kelapa ni saya c&p dari old post sahaja sebab bahan & cara masaknya sama.

PULUT INTI
1/2kg  beras pulut- rendam semalaman
1 cawan santan pekat + 1 sudu teh garam & 1 sudu teh gula

2 helai pandan
daun pisang- layur

1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.


****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, lulut akan lembik d cepat muak bila dimakan 


INTI KELAPA MANIS

1 biji kelapa parut ( lebih kurang 3 cawan kelapa putih)

1 cawan gula pasir

1/2 cawan gula merah

1 cawan air

1/2 sudu teh garam

1 helai pandan

1 sudu makan tepung gandum

1. Masak gula pasir + gula merah dengan 1 cawan air hingga larut.

2. Bila gula larut,tambah garam & daun pandan & kacau hingga mendidih semula.

3. Bila inti hampir kering,taburkan  tepung gandum sikit demi sikit sambil dikacau supaya sebati

4. Sejukkan initi sebelum digunakan

*** Boleh bungkus pulut inti dengan daun pisang atau tekan dalam acuan kecik- kecik


Tapi versi tradisional juga yang menawan selera.Memang old school...Hihihi
Dulu kecik-kecik,mak hidang pulut inti main lambak sahaja pulut lemak dalam bekas besar.Intinya semangkuk diletak bersama seteko kopi O untuk sarapan pagi.Walaupun pokok pisang keliling rumah,mak takdak la nak bungkus bagai.Mungkin mengejar masa nak ke kebun.Musim padi berkejar nak ke bendang.Maka pulut lemak & inti kelapa ditutup sahaja bawah tudung saji untuk sarapan anak-anak.Tapi pulut inti mak hanya akan buat kalau stok kelapa banyak la.Yang selalu mak masak pulut lemak dilawankan dengan ikan masin goreng.

Masuk sekolah menengah ,cikgu SRT ajar buat pulut inti bungkus daun pisang.Bungkus macam nasi lemak juga tapi untuk bezakan,cikgu ajar pulut inti mesti dibungkus dengan seksi.Kena dedahkan auratnya bagi nampak inti kat atas tu.Saya pun tak tau pasai apa.Tapi itu lah yang saya buat setiap kali bungkus pulut inti mesti kena dedehkan auratnya.Saya kan anak murid yang baik,memang  patuh arahan cikgu ...Hihihi

4 comments: