Wednesday 17 March 2021

CARA BUAT INTI KELAPA MANIS

Inti kelapa memang popular dalam penyediaan kuih muih tradisional Melayu.Ada kuih  berinti manis & ada yang pedas.Kuih berinti kelapa pedas seperti cucur badak,pulut panggang & beberapa jenis kuih lain .Sebaliknya penggunaan inti kelapa manis lebih meluas seperti kuih koci,tepung bungkus,kuih ketayap,kuih pau,onde-onde & banyak lagi.


Kalau kat kampung dulu-dulu nak buat inti ,memang mak akan cari kelapa yang belum masak & sabutnya masih basah lembab supaya intinya nanti tidak berhampas.Kalau guna kelapa yang kulit sabutnya sudah kering kelapanya sudah terlalu matang & isinya agak berhampas bila dijadikan inti.Tapi  kelapa yang berhampas tu diberi sedikit modifikasi ,maka in sha Allah elok intinya tidak berhampas & rasa tidak jauh berbeza dengan kelapa yang kulitnya masih basah.Petuanya ialah penggunaan sedikit tepung gandum yang ditabur pada peringkat akhir proses memasak initi.Inti kelapa bukan sahaja tidak berhampas tetapi juga memudahkan kerja membentuk inti menjadi bulat untuk isian kuih kerana tepung gandum menghalang inti daripada berderai.Sejak zaman sekolah menengah  dulu ,andainya membuat inti menggunakan kelapa beli atau kelapa matang ,inilah petua yang saya gunakan.Petua ini diajarkan oleh guru Sains Rumah Tangga masa tingkatan 2 ketika memasak inti untuk pulut inti dan kuih ketayap dalam topik Kuih Tempatan.Alhamdulillah banyak ilmu yang diajar oleh cikgu SRT masih saya guna pakai hingga ke hari ini.Semoga menjadi amal jariyah kepada guru tersebut kerana mengajarkan ilmu bermanfaat


INTI KELAPA MANIS

1 biji kelapa parut ( lebih kurang 3 cawan kelapa putih)

2 keping gula kelantan ( +- 1 cawan padat gula melaka @ gula merah)

1 cawan air

1/2 sudu teh garam

1 helai pandan

1 sudu makan tepung gandum

 

1. Masak gula kelantan( gula nissey keping yang besar) dengan 1 cawan air hingga larut. Penggunaan gula nissey kelantan membuatkan ini lebih sedap. Jika tiada boleh gantikan dengan 1 cawan pada hirisan gula melaka . Jika tiada juga masih boleh gantikan 3/4 cawan padat gula merah + 1/4 cawan gula pasir .Untuk 3 cawan kelapa ,boleh jadikan panduan 1 cawan padat gula.Tiadak kita apa jenis gula.Jika kurang manis inti akan berderai & tidak tahan lama.Jika terlalu banyak gula digunakan ,bila inti sejuk,teksturnya agak kering keras menjadi seperti halua kelapa.

2. Bila gula larut,tambah garam & daun pandan & kacau hingga mendidih semula.

Masukkan kelapa parut putih & kacau sentiasa supaya tidak berkerak.Perlahankan api kerana inti mudah berkerak & hangus kerana penggunaan gula agak banyak.

3. Bila inti hampir kering,taburkan  tepung gandum sikit demi sikit sambil dikacau supaya sebati

4. Sejukkan initi sebelum digunakan atau sebelum disimpan dalam bekas kering. Jika cukup masaknya & cukup gulanya inti akan bertahan 2 minggu atau lebih tanpa dimasukkan dalam peti sejuk,

 

Masak gula,air,garam & pandan



Sentiasa perhatikan & kacau supaya tidak meruap



Masukkan kelapa

 

 

Kacau sentiasa hingga mula mengering




Bila sudah mula kering 



Tabur tepung gandum sikit demi sikit.Anggaran 3 cawan kelapa kita gunakan 1 sudu makan penuh tepung gandum

In sha Allah intinya sedap & elok melekat & tidak lagi berderai


Sebenarnya inti kelapa manis ni saya buat dah 2 minggu iaitu seblum anakanda Cella balik kampus.Asalnya nak bautkan kuih tepung bungkus kesukaannya tu.Tapi entah kesibukan apa  sampai terlupa nak buatkan.Sedar-sedar dah sampai harinya nak hantar dia balik.Makanya ralat la maknya setiap kali nampak inti kelapa manis ni yang masih elok tersimpan dalam tippuware tu.Alhamdulillah dah 2 minggu masih elok intinya walau diletak suhu bilik tanpa masukkan dalam peti ais.Mungkin cukup dimasak lama & rasa gulanya menjadi pengawet.


4 comments:

  1. Wah, beraninya letak kat suhu bilik. Rupanya tak basi ya, boleh buat R&D ni

    ReplyDelete
  2. Akak jarang buat inti kelapa,boleh try cara mak cella ni.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 utk kelainan rasa akk tambah nescafe.. kdg2 milo..

    ReplyDelete
  4. Kalau dulu mmg ada subject sains rumah tangga, di situlah kita mula belajar masak yg basic2.Inti kelapa ni mmg di ajar masa ting. 2, buat kueh dadar/ketayap

    ReplyDelete