Thursday 11 March 2021

BUBUR LEMAK NASI

Bubur lemak nasi.Bukan bubur nasi lemak ..hihihi


Dah beberapa hari Adah minta buatkan bubur lemak.Ingatkan bubur manis merah putih tu sebab minggu lepas ada mak kawannya bagi bubur lemak merah putih tu.Rupanya dia kata nak bubur nasi yang makan dengan telur masin &ikan bilis .Hari ni balik dari klinik gigi dapat la dia makan bubur idaman dia ni.Dia cakap sampai gigi dia dah hilang sakit baru dapat makan bubur ni.Ayat sebenar dia nak cakap mak dia taknak masakkan bubur tu untuk dia..hihihi.
Saya suruh dia masak sendiri supaya lain kali nak makan boleh masak.Takyah la nak tunggu mak jugak yang masak.

Hasil bubur nasinya.Masa bubur mendidih dia tak tengok.Dok ngadap TV.Sekali pergi dapur air didihan dah meruap melimpah penuh sememah atas kabinet dapur.Jenuh mengelap la pulak.Baru dia tau...masak bubur pun bukan mudah kalau whithout heart &soul.Hihihi
Sampai dah taknak letak santan dah.Katanya takut meruap lagi.Tolong jugak la masukkan santan,halia muda mayang halus,lada hitam,bawang merah dalm bubur tu .Kalau ikut dia dah nak makan bubur kosong sahaja dah.Padahal dia juga beria nak makan bubur lemak..Camana nak masak rendang bagai ni ..Hihihi


Merebus telur masin pun dibantainya air penuh periuk.Anak dara jaman now...Rebus telur pun jarang sekaliNasib baik la telur ni elok kejadiannya..


 

Ok ..Yang ni dia lulus.Ikan bilis garing rapuh.Bawang putih crispy & kacang tanah elok rangup

Kemain la suka dapat makan bubur basi air tangannya.

12 comments:

  1. Sesekali makan bubur nasi memang layan
    Cantik telur masin tu

    ReplyDelete
  2. Ada dara jaman now... hahahahaa kelakar betul!
    Lawalah warna telur masin tu, kuning oren ala-ala jingga.

    ReplyDelete
  3. Boleh buat masak sarapan esok ni.

    ReplyDelete
  4. Lengkap dah menu bubur lemak nasi tu. Ada ikan bilis goreng & ayam goreng, telur masin, kacang..terliur pulak nengoknya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali memang sedap juga pekena bubur lemak ni

      Delete
  5. Tak pernah mkn bubur lemak mcm ni, biasa msk bubur nasi kosong je. Cuba bygkn rasanya🤔... Mesti sedap kann.. Lemak2 gitu🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Kedah bulan puasa depa masak bubur lemak ni macam bubur lambuk tu memang boh santan dipanggil Kanji.Kalau bubur kosong tanpa santan tu dipanggil Moi...hihihi

      Delete
  6. Sedapnya bubur macam ni. Menyelerakan banyak rencah tambahan :)

    ReplyDelete
  7. Terliur dh tgk, mmg sedap tapi dh lama x buat. nnti akk nk buat, tapi akk buat yg kosong je. Mkn plk dgn serunding...sedap nya:). tkasih tau kasi resepi

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete