Sunday 21 March 2021

BUAT JERUK CILI & JERUK BELUMBING BULUH

Makan mee goreng,kue teow goreng & nasi goreng kalau ada cili jeruk,bertambahlah nikmatnya


Ni jeruk cili kali ke -3 dalam bulan Mac 2021 ni

Bukan takat jeruk cili,saya juga buat jeruk belimbing buluh.


Cili putih Sabah ni yang entah kali ke berapa cleaner kutip kat pokok yang Pak Man tanam dekat tangki air tu.

Dalam bekas tutup hitam tu ada sedikit lagi baki jeruk kali ke-2.Sebahagiannya saya bawa ke tempat kerja untuk makan jika bawa bekal nasi goreng atau mee goreng.Hari tu tengah makan mihun goreng dengan cleaner & Shifa,Puan Isma masuk bilik saya & join sekali makan mihun goreng + jeruk cili tu.Dah dia kata sedap & minta cleaner petik cili Sabah untuk dia sekali.Dia minta tolong buat jeruk untuk dia.Buatkan sebalang penuh untuk dia.

Ni stok untuk saya pula.Jeruk batch ke-3 ni dalam bulan Mac..

JERUK CILI 
2 cawan cili padi
(saya guna cili padi putih Sabah) anggaran 250gm
1 sudu makan garam halus
1 sudu kecik gula
1 cawan air panas suam
1/2 cawan cuka makan

1. Bersihkan cili & masukkan dalam botol.( masukkan cili dalam botol siap- siap sebelum masukkan air supaya mudah nak agak air
2. Masukkan garam & gula .
3.Isikan cuka anggaran 1/4 penuh kedalam bekas berisi cili,garam & gula tersebut .
4. Penuhkan bekas dengan air panas suam hingga cili tenggelam.
5. Tutup bekas & biar sekurang- kurangnya 3 hari sebelum dimakan.Biar suhu bilik.
6.Bila sudah jadi jeruknya bolehlah simpan dalam peti ais untuk  tahan lebih lama.
* Jika suhu bilik biasanya bertahan sebulan atau lebih.Selalunya lebih sebulan pun cili tidak akan rosak jika cukup cuka garamnya.

Belimbing Kuning ni pula yang Mas bagi agak banyak hari tu.Sebahgian sudah dijadikan sambal 



Bakinya saya jerukkan .Sebab hari tu panas kemain-main,saya plan lepas jeruk dalam seminggu & lepas tu nak jemur.Jadikan belimbing kering.Kalau diberi kerajinan ,niatnya nak buat Acar Limau sebelum puasa nanti .Lagi 3 minggu sahaja lagi in sha Allah kita akan bertemu Ramadhan.Semoga Allah kurniakan kesempatan untuk kita bersama Ramadhan tahun ini.

Yang ni stok jeruk belimbing buluh hijau.Ada la dalam 20 biji agaknya .


Saya dah tuangkan jeruk belimbing hijau kat atas jeruk belimbing kuning.Nak jimat ruang menyimpan.Bekas- bekas bergaram ni ke jauhkan daripada oven atau barangan seangkatannya .Takut terkena air garam ni habis karat jahanam ..
Jeruk belimbing ni mengingatkan zaman kanak- kanak.Mak selalu suruh kutip belimbing buluh yang luruh bertaburan atas tanah kat pokok Long Sakri.Mak buat jeruk & keringkan untuk dicampur acar limau stok bulan puasa.Saya pernah tanya kenapa mak tak tanam belimbing buluh ni kat rumah.Mak cakap pokok belimbing buluh ni  kalau nak tanam kena tanam jauh dari rumah & kalau boleh di luar pagar.Dah kenapa?Kata mak orang tua - tua pesan kalau tanam tepi rumah ,takut nanti  rumah jadi usang.Saya pun tak faham masa tu.Cuma kebetulannya kampung Long Sakri yabg ada pokok belimbing tu sudah tiada lagi penghuni.Kampung Pok Din,Chey Chik & Tok Chat yang ada pokok belimbing ini juga memang sudah usang kerana ditinggalkan tidak berpenghuni.Suratan atau kebetulan hanya Allah yang tahu.Semua atas kehendak Allah,bukan kerana pokok belimbing semata.Tapi sampai sekarang pun mak masih tak nak tanam pokok belimbing ni kat tepi rumah.Nak tanam luar pagar takut disodok majlis daerah..Maka tak dapat la nak dapatkan stok belimbing ..Hihihi..

7 comments:

  1. Cili jeruk tu sedap betul makan dengan kuey teow goreng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kue teow tanpa cili jeruk umpama cucur udang tanpa kuah..hihihi

      Delete
  2. Kat sini buah belimbing buluh pun tengah musim.
    Mak wak buat asam keping belimbing buluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tengok hasil panenan wak.Asam keping belimbing tu yang dipanggil juga asam sunti yer wak

      Delete
  3. Kepercayaan yg secara tak langsung.serupa juga arwah mak saya cakap klu tanam pokok ciku nanti rumah jadi rumah tinggal, saya ada tanam pokok ciku di luar pagar rumah saya tapi ok aja.masih lagi duduk di rumah yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...pokok ciku pun sama juga mengikut kata mak saya.Sebab tanam luar pagar selamat lagi la..hahaha

      Delete
  4. Musim buah belimbing buluh ni ramai orang buat belimbing jeruk. Saya tak pernah buat belimbing jeruk sebab tak makan. Makan bila dicampur dengan masakan je :)

    ReplyDelete