Tuesday, 26 November 2019

NASI GORENG KAMBING vs SUP KAMBING

Nasi Goreng Kambing vs Sup Kambing
Mak aku masak untuk dinner malam Jumaat
Hari Khamis abang balik dari Cyberjaya
Abang kata nak settlekan dokumen untuk kerja tempat baru..
Abang kata daru Cyber tadi abang terus gi KLCC..
Pastu nak kena buka acc kat Maybank
Minggu ni last abang kerja kat Cyber
Alhamdulillah abang dah lulus interview 2 minggu lepas..
Pasni ni abang akan training  selama 3 bulan..

Nasi Goreng Kambing vs Sup Kambing
Mmm...kerja makan jer lah...
Seminggu xde paper
Hari Jumaat & Sabtu gi Seminar Sains
Sabtu Ahad study sendiri jer kat umah
Hari ni patutnya Cikgu Rogayah buat extra class untuk rivision
Tapi senyap jer
Semua pakat bising tanya dalam group pun cikgu x respon
Mmmm.....study jer lah sendiri
Esok dah janji ngan classmate nak study group kat library


Nasi Goreng Kambing ni patutnya belum publish ni
Banyak lagi entri lain tengah Q
Tapi sebab tengok pic ni buat aku lapar
So, post yang ni dulu
Hahahaha
Sebab mak aku dah selalu masak Nasi Goreng Kambing ni
So C&P jer daripada old post

NASI GORENG KAMBING 
 4 cawan nasi( masak nasi guna 2 cawan beras)
1/2 kg kambing
 2sudu rempah kari
2 bawang putih
½ bawang besar hiris
1/2 sudu teh garam
2 sudu minyak
1pokok daun sup


1. Masak nasi putih..2 cawan beras akan dapat 4 cawan nasi..
2. Basuh daging kambing dengan sedikit tepung gandum untuk kurangkan lemak dan bau
3. Perap daging Kambing dengan rempah kari
4. Panskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih serta bawang besar
5. Masukkan daging kambing dan tambah sikit air supaya daging dapat mendidih dan empuk
6. Masak hingga naik minyak macam tumis kari
7. Masukkan garam dan nasi serta gaul rata
8.Masak hingga naik wap dan berasap
9. sesuaikan rasa dan tabur daun sup


Sup Kambing
Haaaaa....Dah Nasi Goreng Kambing
Sup pun Kambing
Haaaaa.... mak aku cakap sebab  guna kambing yang dah siap kiub
BAhagian tulang buat sup
Daging buat NAsi Goreng


Ni sup tulang kambing jer
Selalu mak aku masak Sup Kambing dengan isinya macam  SUP KAMBING ...kat sini



Jadilah Nasi Goreng Kambing vs Sup Kambing
Abang kata lepas maghrib nak balik Cyberjaya
Tapi lepas makan Nasi Goreng Kambing ni abang tidur
Hahahaha....
Abang kata nak balik esok pagi plak


Just nak cakap
Nasi Goreng Kambing memang sedap

4 comments:

  1. aunty peminat kambing, kecur tengok..

    tahniah utk abg Cella, kerja elok2 yg penting jgn dilupa keluarga

    ReplyDelete