Bekal Bihun Goreng
Semalam nyer semalam nyer bekal
Bekal Bihun Bungkus
Juga bihun dalam tupperware
Dalam tupperware aku nyer
Dalam bungkus tu actually mak aku nyer 3
Aku nyer 1
Mak aku cakap 1 bungkus bekal. Maka aku & 2 bungkus lagi nak kasi achik cleaner
1 bungkus tu aku nak kasi kawan aku
4 bungkus bihun goreng & 1 tupperware
Mmm....sebenarnya bila tulis ni akubterkenang sorang kawan aku ni..
Dia lelaki..
Tapi sekarang dah xleh nak tulis nama dia co sekarang dah ada beberapa orang kawa aku sudah tahu kewujudan blog ni..
So.. xleh la nak sebut nama betul dia fakut nanti ada kawan aku yang membaca catatan ni
Aku dah pernah tulis citer sikit dah dulu
Aku pun dah x ingat apa tajuk oldpost tu
Semalam dia banyak juga luahkan perasaan kat aku..
Dia ni pendiam dalam kelas walaupun dia lelaki
Dulu dia pernah citer bagaimana dia & kakak dia terpaksa servive berdua selepas ditinggalkan oleh emak & ayahnya bercerai..
Dia kata mak dia dah kahwin & bapa tiri x suka dia & kakak
Ayahnya pula tinggal sorang-sorang tapi mengidap bermacam penyakit
Dia pula inggal berdua dengan kakak & kakak ya yang menanggung perbelanjaan persekolahannya.
Banyak la side sedih dia terutama bila hari raya..
Semalam pun banyak juga dia kongsi cerita dengan aku dalam kelas
Lepas habis bengkel tu sambung cerita kat bus stop luar sekolah sementara tunggu mak aku,.
Dia cakap dia lega dapat kongsi cerita dengan aku coz dia x ramai kawan
Masa tengah cerita tu mak aku dah sampai.
Aku minta mak aku tumpangkan dia sekali sebab sama jalan nak balik.
Nanti leh drop kat simpang tu
Tapi bila mak aku tanya rumah dia..
Mak aku terus hantar sampai bawah rumah dia..
Mmm... Tempat tinggal dia memang berbeza dengan kawasan tempat tinggal aku & tempat tinggal kawan aku yang lain.
Susah nak terangkan..
Yang pasti kalau perempuan cam aku memang takut nak lalu situ la kalau sengsong..
Lorong sunyi celah-celah kilang & bengkel
Kebetulan mak aku ada beli makanan untuk aku.
Mak aku cakap order dari kawan.
Aku minta izin kat mak aku nak bagi makanan tu kepada dia..
Berkali-kali dia ucap terima kasih
Sepanjang jalan balik aku kongsi la citer pasal latar belakang kawan aku tu
Sampai rumah jer kawan aku wasap aku bagitau dia dah makan makanan yang aku kasi tadi.
Katanya syukur aku bagi makanan tu kerana dia balik memang tiada makanan & kakaknya tak tinggalkan duit pun
Katanya kakak dia gi hospital kerana manjaga ayahnya yang sakit..
Ada lagi cerita-cerita off record yang dia ceritakan kepada aku yang aku dah janji akan simpan walau apa terjadi..
Actually hari tu pun ustaz ada jer bagi sedikit bantuan kepada dia..
Tetapi mestilah kehidupan dia tidak sama seperti aku yang ada emak & tinggal di rumah yang sempurna & ada kegidupan yang lebih baik.
Apa lagi jika nak bandingkan dengan orang lain yang ada keluarga sempurna
Ada juga antara classmate aku yang anak yatim & tinggal di rumah anak yatim. Tapi hidup mereka lebih mewah kerana ada semua kemudahan makan, tempat tinggal,pengangkutan & time raya balik rumah ibu @bapa.
Doakan agar kawan aku dilindungi dan dirahmati Allah.
*****maaf... Cerita ni dicatat sejak lebih seminggu yg lepas.. Tapi aku berbelah bagi untuk publish
bergenang air mata baca cerita kawan Cella ni, aunty rasa Cella pernah ceritakan tentang orang yang sama sebelum ini, semoga suatu hari nanti dia akan menjadi insan yang Berjaya dan membawa keluar keluarganya dari kepompong sengsara.
ReplyDeleteAunty pun bukan orang senang dan aunty percaya orang kaya yang kita tengok kaya raya tu pun belum tentu senang hidupnya, setiap insan pasti punya cerita masing2 cuma nasib baiknya sahaja yang sedikit berbeza
Semoga dipermudahkan urusan kawan cella🤲🤲
ReplyDeleteCuba minta bantuan baitulmal or zakat yg berhampiran.... Semoga ada insan yg baik hati akan menolong🤲🤲
Deletesemoga terbuka pintu rezeki utknya
ReplyDeleteallah uji sebab allah syg
Semoga dapat keputusan Yang paling terbaik. Masuk university. Get very good result and Cari kerja Yang elok. insha'Allah
ReplyDelete...ITU Aja Yang dapat mengubah nasib.
Ramai dulu kawan kawan pergi sekolah perut lapar..
Hehe Kita pun dulu... Nak balik selalu pinjam kawan Sen..bayar tambang bas. Esok bayar...
Those days.
Dengan ilmu... insha'Allah boleh mahu...
Tapi kena kuatkan semangat..jangan Leka. Cekalkan ...Hati.. Lepas Tu kena usaha belajar Dan DOA.
Akan Ada pintu terbuka bila keputusan Yang cemerlang...
Allah..besarnya dugaan kawan Cella. Cella kena selalu kuatkan dia supaya dia redha dan tak putus asa. Kita tak lalu apa yg dia lalu. Org yg ditimpa kesusahan mcm ni kalau iman dia tak kuat mcm2 boleh jadi. Supaya ada sinar untuk kehidupan kawan Cella
ReplyDeleteTerima kasih semua atas doa2 yang baik untuk kiter & juga kawan kiter..
ReplyDelete