My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Thursday, 30 October 2014

JUS LEMON HIJAU.....SEGARRRRRRRRRR..!!!!!!

Jus Lemon yang segarrrrrrrrrrrrrr...
Kalau Lemon kenapa warnanya hijau..?
Bukankah Lemon warnanya kuning...?
Hmmmm...entah....!!!
Mak aku kata ni Jus Lemon Hijau...
Kata mak aku lagi Lemon Hijau ni Pn Rohanita yang bagi...
Mak aku kata dah Pn Rohanita kata ni Lemon Hijau...Lemon Hijau la...
Ni Lemon versi Malaysia kot...
Lemon  ni memang besar saiz dia,,,,,
Betullll....!!!!!!
Haaaa....lagi besar dari buah epal hijau ni....yang kecik tepi epal hijau tu Limau Nipis yang mak aku amik kat kampung minggu lepas..pun besar la juga...Tapi lagi besar gedabak Lemon Hijau ni....!!!!
Haaa...close-up sikit Lemon Hijau tu dengan Epal Hijau....
Kan aku dah kata Lemon Hijau tu lagi besar dari Epal Hijau...!!!
Haaa...lagi besar Lemon Hijau tu dari mulut gelas yang besar ni....
Mak aku kata Pn Rohanita bagi untuk buat sambal belacan @ buat basuh ikan untuk hilangkan hanyir ikan...
Tapi mak aku kata sebab Lemon Hijau tu cantik ...besar....segar....
Mak aku x sampai hati nak buat basuh ikan...
Mak aku kata lagi sanggup beli limau kasturi buat masuh ikan ...

Makanya terhasil la Jus Lemon Hijau yang sedapppppppppppp.....segarrrrrrrrrrrrr niiiiiiiii.....hehehe
Bukan segelas....
Tapi 1 jug penuh Air Lemon Hijau...
Kata mak aku...hanya guna sebiji sahaja Lemon Hijau tu....
 Tidak seperti Limau Nipis yang biasa mak aku guna...Lemon Hijau ni x banyak bijinya..
Mak aku kata dalam sebiji Lemon tu ada 1 je bijinya....
Lemon ni juga banyak jusnya......

JUS LEMON HIJAU
1 Lemon Hijau yang besar
5sudu gula
1/2 jug air masak
sikit garam
Ais kiub

1.Belah lemon & hiriskan nipis2 beberapa keping & masukkan dalam jug.
2.Tambah air masak & perahkan baki lemon
3. Tambahkan gula & sikit garam .
4.Tambahkan ais kiub
Kata mak aku lagi...
Kalau nak Air Lemon tu berbau harum...campurkan Lemon Zest
Parut kulit lemon yang warna hijau tu sahaja & masukkan dalam gelas.Tuangkan 1/2 cawan air panas &biarkan bertutup selama 5 minit.Tapis air Lemon Zest & campurkan dalam Air Lemon dalam jug tu...
Hmmmm....selalunya mak aku kata mak aku akan  buat macam tu kalau nak buat Air Lemon @ Air Limau Nipis...
Tapi sebab masa ni dah haus sangat....mak aku skip part Lemon Zest tu...

AYAM PANGGANG ROSEMARY & KENTANG PANGGANG ROSEMAY

Hmmm...baca tajuk tu..Ayam Panggang Rosemary & Kentang Panggang Rosemary...
Kalau P.Ramlee baca mesti dia akan kata...
Berrappa bannnyakkkk Rosemary daaaaaaaaaaa....!!!!
hahahaha..
Ayam Rosemary ni mak aku buat semalam..

AYAM PANGGANG ROSEMARY
1 1/2 ekor ayam- 1 ayam belah 2
2sudu rosemary kering
4 bawang putih
1 sudu garam
1sudu lada hitam serbuk
4 sudu minyak zaitun
1 sudu tepung gandum

1. Tumbuk rosemary kering bersama garam,bawang putih  & lada hitam supaya agak halus.Tuangkan minyak zaitun & gaul sebati
2. Lumurkan bahan tumbuk pada ayam& perapkan beberapa jam
3. Masukkan dalam dulang & panggang selama 1 jam
4.Kuah @ air yang keluar dari ayam dicampur dengan tepung gandum & masak hingga pekat.Tuangkan atas ayam sebagai sos

Tapi hanya ada gambar ayam yang belum dipanggang...
haaaaa..sebabnya gambar ni mak aku yang amik...ada satu je gambarnya.Kata mak aku susah nak amik gambar sambil masak..Selalunya aku yang akan amik gambar tapi sebab masa ni aku xde...makanya gambar pun 1 je...Sebabnya masa ni aku belum balik....
Haaaa....masa ni aku kat IPG Ilmu Khas...Institut Perguruan Ilmu Khas.....
Aku nak jadi cikgu ke..?
Memang la aku nak jadi cikgu...tapi semalam tu aku gi IPG Ilmi Khas tu sebab Cikgu Zalina bawa aku untuk program i-think...
Cikgu Zalina tu guru kaunseling.Cikgu Zalina bawa aku ngan Hanum sebab cikgu kata kena bawa 2 orang pelajar je..So,cikgu kata aku antara yang bertuah la...
Alhamdulillahhhhh....
Aku selalu juga jadi murid yang bertuah...


Petang dah pukul 5 baru cikgu Zalina hantar aku balik..Masa aku ketuk pintu,mak aku terus buka pintu & hulurkan 1 tupperware berisi Ayam Panggang & Kentang Rosemary & mak aku suruh aku cepat2 gi hantar  kat ckgu Zalina.Aku cakap cikgu Zalina dah balik tapi mak aku suruh juga aku gi hantar & tunggu kat pondok jaga.Mak aku kata dah call cikgu Zalina suruh dia patah balik amik juga Ayam Panggang ni ...hahaha
Mak aku kata sebab mak aku memang masak ayam ni untuk bagi cikgu Zalina pun sebagai ucapan terima kasih kerana bawa aku gi IPG tu & siap hantar aku sampai rumah...
Oooo...camtu...
Sebab kelam kabut tu la aku x sempat amik gambar..
Gambar kentang ni yang hari Selasa nyer...
Kiranya hari Selasa makan kentang rosemary...
Hari Rabu makan Ayam Panggang & Kentang Panggang Rosemary jugak..
Mak aku kata ayam tu mak au panggang 1 1/2 ekor...
Pastu bahagi kat cikgu Zalina 3/4...Lebihnya dinner kitorang la...hahaha

KENTANG PANGGANG ROSEMARY
4 biji kentang
1 batang carrot
1sudu rosemary
1/2 camt garam
1/2 camt lada hitam
2 sudu minyak zaitun

1. Basuh kentang & berus hingga bersih..
2. Belah belahkan kentang bentuk wedges tanpa dibuang kulitnya..Carrot juga dipotong besar-besar

3, Tumbukkan rosemary,lada hitam & garam hingga agak halus.
4. Gaul bahan tumbuk bersama kentang & carrot
5. Masukkan juga minyak zaiton dalam campuran kentang .
6. gaulkan dengan tangan hingga semua bersalut rata.
7. Tuang & ratakan dalam loyang & bakar selama 1 jam..
8. Siap....nyum3...makan ngan Ayam Panggang Rosemary...
Cicah dengan jelopeno cheese lagi la sedap...
nyum3...

Wednesday, 29 October 2014

BADAK BERENDAM......VERSI AFRIKA...!!!!

Soalan Bahasa Melayu Penulisan Tahun 6
Bahagian B:

Hari telah lewat petang.Aku masih berjalan-jalan di tepi sungai berhampiran padang yang luas.Banyak binatang sedang meragut rumput seperti zebra,gajah dan juga zirafah.Sedang aku leka melihat zirafah meragut pucuk kayu,tiaba-tiba.......(mulakan karangan anda dengan tiba-tiba...)

Tiba-tiba muncuk empat ekor badak yang sedanga berendam......
Hahahaha...aku dah termasuk dalam National Georaphy la plak....hehehehe
Minum petang hari Ahad yang lepas....Kata mak aku ni namanya Kuih Badak Berendam..
Tapi aku x nampak macam kuih pun...nampak macam bubur jew...
Sebab ada kuah...macam bubur bebola yang warna-warni yang mak aku pernah buat bula puasa...
Rasa dia macam kuih koci pun ada juga tapi kuih koci memang la nampak macam kuih sebab bungkus dengan daun pisang....
Sebab banyak tanya..mak aku kata sukahati lah...xnak panggil kuih pun xde sapa yang nak larang.
Kata mak aku panggil je Badak Berendam...xyah sebut kuih...xyah sebut bubur...
o
Ok lah...ok lah....kuih pun kuih lah....yang pasti memang aku rasa sedap sangat....
Kakak pun kata sedap ..
Post kat whatsapps pada Achik...Achik pun kata dia suka Badak Berendam ni....

Habis jugaklah satu bekas ni kitorang makan masa minum petang...Kenyang sampai malam...hehehe

Masa tengok mak aku tengah gentel kuih tu,,,aku ingatkan mak aku nak buat Kuih Tepung Bungkus peberet aku tu...sebab nampak ada bebola yang ada inti tu & santan...
Rupanya Badak Berendam....
Kata mak aku...selalunya bebola tu dibuat warna putih atau hijau..
Tapi mak aku kata yang ni warnanya agak hitam sebab mak aku kata guna tepung pulut hitam...
Hmmmm...bila aku tengok lama-lama ...
Memang ada rupa Badak la....hahahaha
Siap berendam lagi....mandi susu kot...
Dah tu warna hitam plaks...
Macam Badak Afrika pun ya...
Yang selalu aku tengok kat ASTRO 550...
Apapun...walaupun nama dia badak ke...kanggaru ke...buaya ke...
aku x kisah pun...yang penting aku suka sebab sedap....
hehehee

BADAK BERENDAM...versi Afrika

inti kelapa:
 1kelapa parut putih ( dalam 3 cawan la)
2 Gula Kelantan ( Gula Melaka)
3 sudu  gula pasir
1sudu kecik garam
1/2 cawan air
2 daun pandan
2 sudu tepung gandum
 
Badaknya:
1cawan tepung pulut putih
1/2 cawan tepung pulut hitam
Air secukupnya

Kuahnya:
4cawan santan pekat
4sudu tepung beras
1camt garam halus
1camt gula
2 daun pandan

1. Mula-mula buat inti kelapa..Ni mak aku kata inti lebih masa buat tepung bungkus hari tu..simpan dalam freezer


2. Pastubentukkan inti kelapa jadi bebola sebesar guli...
 3. Buat pula tepung untuk badaknya..campur tepung pulutputih,tepung pulut hitam & air .Bancuh hingga jadi macam playdough..Warnanya memang belum gelap..tapi bila masak nanti akan lebih gelap
3. Ambil sikit tepung playdough tu & buat lubang untuk isi inti
4. Isikan inti kelapa yang dah dibuat bebola tadi.Tangan kiri tu alas dengan daun pisang.Kalau xde daun pisang alas je dengan piring.
 5. Bulatkan semula.Pastikan tidak bocor

6. Buat hingga habis semuanya..Kemudian masak air setengah periuk hingga mendidih.Rebus bebola hingga timbul seperti buah melaka.
7.Tapiskan bebola yang sudah masak.
8.Dalam periuk yang lain campurkan semua bahan untuk buat kuah & masak atas api perlahan sambil dikacau hingga mendidih & kuahnya sedikit pekat.Tutup api
9.Masukkan semua bebola yang sudah direbus.
10.Bebola boleh dibiarkan separuh tenggelam supaya nampak warna bebolanya..
11. Boleh juga dikacau supaya bersalut kuahnya..

Tapi aku suka bila mak aku masukkan dalam mangkuk dessert..sebab baru rasa best nak makan...
Minum pulak teh O panas..Memang layan la sebab masa ni hujan tengah lebat....