Thursday 30 October 2014

AYAM PANGGANG ROSEMARY & KENTANG PANGGANG ROSEMAY

Hmmm...baca tajuk tu..Ayam Panggang Rosemary & Kentang Panggang Rosemary...
Kalau P.Ramlee baca mesti dia akan kata...
Berrappa bannnyakkkk Rosemary daaaaaaaaaaa....!!!!
hahahaha..
Ayam Rosemary ni mak aku buat semalam..

AYAM PANGGANG ROSEMARY
1 1/2 ekor ayam- 1 ayam belah 2
2sudu rosemary kering
4 bawang putih
1 sudu garam
1sudu lada hitam serbuk
4 sudu minyak zaitun
1 sudu tepung gandum

1. Tumbuk rosemary kering bersama garam,bawang putih  & lada hitam supaya agak halus.Tuangkan minyak zaitun & gaul sebati
2. Lumurkan bahan tumbuk pada ayam& perapkan beberapa jam
3. Masukkan dalam dulang & panggang selama 1 jam
4.Kuah @ air yang keluar dari ayam dicampur dengan tepung gandum & masak hingga pekat.Tuangkan atas ayam sebagai sos

Tapi hanya ada gambar ayam yang belum dipanggang...
haaaaa..sebabnya gambar ni mak aku yang amik...ada satu je gambarnya.Kata mak aku susah nak amik gambar sambil masak..Selalunya aku yang akan amik gambar tapi sebab masa ni aku xde...makanya gambar pun 1 je...Sebabnya masa ni aku belum balik....
Haaaa....masa ni aku kat IPG Ilmu Khas...Institut Perguruan Ilmu Khas.....
Aku nak jadi cikgu ke..?
Memang la aku nak jadi cikgu...tapi semalam tu aku gi IPG Ilmi Khas tu sebab Cikgu Zalina bawa aku untuk program i-think...
Cikgu Zalina tu guru kaunseling.Cikgu Zalina bawa aku ngan Hanum sebab cikgu kata kena bawa 2 orang pelajar je..So,cikgu kata aku antara yang bertuah la...
Alhamdulillahhhhh....
Aku selalu juga jadi murid yang bertuah...


Petang dah pukul 5 baru cikgu Zalina hantar aku balik..Masa aku ketuk pintu,mak aku terus buka pintu & hulurkan 1 tupperware berisi Ayam Panggang & Kentang Rosemary & mak aku suruh aku cepat2 gi hantar  kat ckgu Zalina.Aku cakap cikgu Zalina dah balik tapi mak aku suruh juga aku gi hantar & tunggu kat pondok jaga.Mak aku kata dah call cikgu Zalina suruh dia patah balik amik juga Ayam Panggang ni ...hahaha
Mak aku kata sebab mak aku memang masak ayam ni untuk bagi cikgu Zalina pun sebagai ucapan terima kasih kerana bawa aku gi IPG tu & siap hantar aku sampai rumah...
Oooo...camtu...
Sebab kelam kabut tu la aku x sempat amik gambar..
Gambar kentang ni yang hari Selasa nyer...
Kiranya hari Selasa makan kentang rosemary...
Hari Rabu makan Ayam Panggang & Kentang Panggang Rosemary jugak..
Mak aku kata ayam tu mak au panggang 1 1/2 ekor...
Pastu bahagi kat cikgu Zalina 3/4...Lebihnya dinner kitorang la...hahaha

KENTANG PANGGANG ROSEMARY
4 biji kentang
1 batang carrot
1sudu rosemary
1/2 camt garam
1/2 camt lada hitam
2 sudu minyak zaitun

1. Basuh kentang & berus hingga bersih..
2. Belah belahkan kentang bentuk wedges tanpa dibuang kulitnya..Carrot juga dipotong besar-besar

3, Tumbukkan rosemary,lada hitam & garam hingga agak halus.
4. Gaul bahan tumbuk bersama kentang & carrot
5. Masukkan juga minyak zaiton dalam campuran kentang .
6. gaulkan dengan tangan hingga semua bersalut rata.
7. Tuang & ratakan dalam loyang & bakar selama 1 jam..
8. Siap....nyum3...makan ngan Ayam Panggang Rosemary...
Cicah dengan jelopeno cheese lagi la sedap...
nyum3...

No comments:

Post a Comment