pic: Google
SALAM MAULIDUR RASUL 1439..
12 Rabi'ul Awwal hari keputraan Nabi Muhammad S.AW rasul junjungan kita
1 Disember 2017 bersamaan hari Jumaat
Tema sambutan Maulidurrasul pada tahun ini ialah:
"Kesatuan Ummah,Kesejahteraan Negara"
Tadi sempat dengar radio ..Topik berkaitan mauliddur rasul..
Dikatakan beberapa hari sebelum baginda wafat,baginda teringin sangat menziarahi pusara para syuhada yang shyahid dalam Perang Uhud.Maka para sahabat membawa baginda melawat makam tersebut.Dalam perjalanan pulang,baginda menangis.Apabila para sahabat bertanya mengapa baginda menangis.Baginda menjawab bahawa baginda terlalu rindu pada saudara- saudaranya.Para sahabat itu kehairanan kerana saudara mara yang manakah sedang dirindui rasulullah itu.Akhirnta rasullullah memberitahu bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang tidak akan sempat bertemu dengan baginda..Maka fahamlah para sahabat bahawa Rasullulah memberi gambaran bahawa baginda semakin hampir akan meninggalkan dunia ini dan seluruh umatnya.Beberapa hari selepas itu sakit baginda semakin tenat dan akhirnya baginda pergi mengadap penciptanya Allah S.W.T..
Wallhualam..
Itulah yang aku dengar diradio tadi..
Apa yang menyentuh hati ialah baginda merindui umatnya yang tidak sempat ditemui...
Umat yang dirindui itu..adalah KITA SEMUA..
Mak aku cakap,mak aku ada mengirimkan salam untuk baginda rasullulah.Ucapan salam itu disampaikan melalui mak Ismail yang sekarang sedang menunaikan ibadah umrah.
Semoga mak Ismail dan jemaah yang lain mendapat Umrah yang Makbul
Dan semoga kita semua juga akan dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamunya.Aku teringin sangat hendak menatap Kaabahtullah sepuasnya...Betdoa di Raudhah...Aku ingin menziarah makam rasullullah...Semoga aku juga menjadi salah seorang dirindui Rasulullah..
Mendengar nasyid nyanyian Kumpulan Hijjaz...terasa sayunya...Tahun lepas Aqil suka sangat dengar dan ikut nyanyi dari youtube..Aku nak ikut sama menyanyi tapi x hafal lirik..Kucari dari Google...
Jom nasyid sama- sama.....
No comments:
Post a Comment