Masih ada lagi catatan diary cuti minggu lepas.
Haaa...ini lah Kebun Kecil Belakang Rumah kat rumah kitorang di Kedah..
Jom ikut nenek buang rumput.
Nenek bakar rumput2 kering tu..
Pergh..bau asap dia macam bau kampung la..
Sebab rumah tepi sawah boleh la bakar rumput tu..
Kalau rumah tengah alam..jangan buat..
Nanti bomba lak datang.
Tak pun Jabatan Alam Sekitar..
Hahaha..
Kat suni xper..
Nenek kata kalau musim menuai..
Asap orang bakar jerami lagi tebal
Tapi bau asap jerami cam best jer..
Sambil tu boleh tengok pokok dan tahu nama pokok ni...
Pokok Ubi Kayu
Tapi bukan aku yang tanam
Bukan juga mak aku yang tanam
Tapi semuanya nenek yang tanam
Nenek cakap bored x buat apa2.
Selalunya nenek gi memancing
Kat sungai...tali air dan juga lake..
Nenek kata kalau nak mancing Ikan Lampam nenek akan gi sungai & lake..
Kalau nak mancing Puyu..Haruan & Keli kena pancing kat tali air sawah dan parit..
Kebun Kecik Belakang Rumah ni nenek kata nenek cuma tengok sekejap sekejap jer waktu pagi dan petang sebab bukan bukan kebun sayur pun..
Nenek kata nenek tanam ni sebab x nak bagi rumput naik jer..
Kalau x tanam pokok-pokok ni nanti rumput akan bermaharajalela..
Hahaha...
Macam Sejarah lak..
Pahlawan Melayu kat Perak..Datuk Maharajalela
Ni Pokok Kacang Sirih..
Haaa...aku pun x pernah dengar
Tapi itu panggilan nenek..
Nenek kata kalau orang lain kebanyakan panggil Kacang Botor a.k.a Kacang Kelisa.
Oooo.....tahu..tahu..
Sebab mak aku pun selalu belinkat pasar buat ulam...
Aku x tahu sebab x nampak buahnya
Kalau nampak buahnya mungkin aku tahu Kacang Sirih tu similar Kacang Botor..
Nenek kata nanti nenek nak tebas pokok Kacang Sirih ni. Nak tanam pokok lain..
Alamak...kenapa nak tebas..??
Haaa...nenek kata sebab pokok Kacang Sirih ni asyik dilamun cinta jer..
Hahaha...camener nenek tahu...??
Yer lah...nenek kata Pokok Kacang Sirih galak BERBUNGA setiap hari ...
Macam orang bercinta jer...
DALAM HATI ADA TAMAN
Tapi sekali pun belum pernah mengeluarkan buah..
Kata nenek pokok ni dah mula berbunga dah lebih sebulan..
Tapi LANGSUNG x berbuah
Nenak kata mungkin juga nenek tersalah bubuh baja .
Nenek kata mungkin nenek salah bubuh baja BUNGA...
Sepatutnya bubuh baja BUAH..
Hahaha....
Tapi nenek juga kata besar kemungkinan pokok Kacang Sirih ni J.A.N.T.A.N...
Bila nenek kata JANTAN...
Aku terus tingat dialog..
"Eh,Norkiah..kawan hang tu jantan ka pompuan"
Jantan mak....
"Ooo...BOIPREN la tuuu..."
Hahaha...
Pokok Ulam Raja...
Aku x tahu naper namanya Ulam Raja
Tapi aku tahu ino Pokok Ulam Raja
Mungkin dolu2 raja- raja suka akan ulam inj kot.
Hmmm...mana tahu kan..
Ntah2 betul
Nenek kata pokok2 Ulam Raja ni banyak dah tua...
Dah banyak yang berbunga..
Nenek kata kalau pucuknya x dipetik..
Pokok ni akan berbunga.
Kena selalu petik pucuknya supaya naik tunas baru dan pucuk baru
Tapi nenak cakap ada juga yang x sempat nak petik pucuknya...
Maka berbungalah ia...
Bunga banyak plak tu..
Tapi yang hairannya nenek kata pokok ulam raja ni pun galak berbunga tapi xde buah.
Selalunya setiap bunga akan jadi buah dan banyak biji benih akan gugur ke bumi dan akan tumbuh anak2 pokok yang baru.
Tapi pokok Ulam Raja ni pun galak berbunga..
Agaknya memang betul..
Nenek terbeli baja bunga..hahaha..
Sib baik juga pokok ni hanya pucuknya diperlukan..
Ni hasil Ulam Raja dari Kenun Kecil Belakang Rumah tu..
Fresh...aku suka ulam ni kalau cicah cabai tumbuk ikan rebus yang nenek buat.
Tapi aku makan x lah macam mak aku..
Tapi kalau tengok mak aku makan ulam..
Menangis kambing kalau tengok
Hahaha..
Pokok Serai...
Rumpun Serai..
Rumpun tu penjodoh bilangan untuk pokok yang tumbuh banyak batang dalam kumpulan..
Macam pokok serai ni..pokok buluh..pokok tebu
pokok pisang..
Heee...hari ni belajar penjodoh bilangan jap..
Hihihi...sajer nak study skit cuti2 ni..
Siap siaga untuk SPM..
Hahaha...cam bagus jerk...!!
Pokok Serai ni ada beberapa rumpun..
Nenek cakap xde sapa sangat nak makan..
Ni kalau dapat kat mak aku ni..
Hmm..hari2 masak rendang hijau nih..
Tapi hari tu mak aku cakap lupa nak amik..
So..balik KL kalau nak guna kena la beli..
Kat umah aku bukan ada pokok serai
Hanya ada pokok ni jer...
Mak aku cakap buat bekalan Oksigen
Kah...kah..kah...
Dolu pokok ni hanya ada 2 helai daun jer..
Dah makjn lama daunnya makin banyak lak..
Nanti nak beli baby jelly & botol yang cantik skit..
Pokok Sayur Manis
Nenek kata nama dia Cekur Manis
Orang Kesah panggil Sayur Samseng
Hahaha...mana ada..
Nenek kata orang kampung nenek panggil Sayur Asin- asin..
Tapi sayur ni rasanya manis..
Naper nama dia asim- asin?
Hmmm..lupa nak tanya nenek hari tu
Pokok Keledek...
Nenek cakap ni Pokok Keledek Ubi Biru..
Eh..ada ke ubi keledek biru..?
Heee..nenek cakap biru biji remia..
Biji remia tu apa plak..?
Nenek kata biru biji remia tu warna ungu la..
Oooo....itu bukan biru..
Itu purple la nekkk..
Haaaa...nenek kata asalnya nenek beli keledek ungu tu..
Tapi ada seketu yang nenek dah lupa dalam bakul sampai dah tumbuh..
So..nenek kata nenek pun tanam la..
Pas ni nenek kata nenek nak kerat pucuknya untuk tanam dan biak kan bangi banyak..
Sebab nenek kata sepatutnya pokok keledek memang ditanam dengan keratan batang..
Oooo...hari ni juga belajar Sains yer.."
Pokok Nanas..
Yang ni nenek kata asalnya 2 biji nanas yang mak aku bawa balik Raya Puasa hari tu.
Nenek kata JAMBUL nanas tu ditanam semula untuk jadi pokok baru..
Kata nenek nak tanam nanas ada 2 cara..
Cara pertama tanam guna jambul buah nanas tu..
Cara kedua guna anak benih yang tumbuh celah2 pokok nanas..
Haaa..jambul tu aku tahu la..
Bahagian atas buah nanas yang macam pokok nanas kecik tu..
Tapi anak benih celah pokok nanas aku x boleh bayangkan..
Hmmm...tunggu pokok nanas ni besar dulu lah baru tahu..
Ops...info ni..
Kalau nak cari info pasal nanas kat Google..
Tolong taipkan ejaan yang betul yer..
Taipkan N.A.N.A.S yer..
JANGAN salah ejaan..
JANGAN taip N.E.N.A.S plak..
Haaaa kalau nak taip juga NENAS..
Sila tutup mata yer..
Hahahahahaha...
Pokok Pegaga...
Yang ni pun nenek kata nenak tanam dari lebihan ulam nenek..
Baru nak membiak..
Belum boleh petik..
Kena tunggu membiak dengan banyak baru boleh petik..
Pokok Cili
Nenek kata ni pun benih dari cili yang nenek beli untuk buat sambal belacan..
Nenek taburkan...
Ada yang tumbuh..
Lagi pokok pegaga baru nak hidup
Pokok Kangkung..
Pun nenek kata dari kangkung yang nenek beli nak masak sayur kangkung tumis belacan
Nenek kata lupa nak masukkan dalam peti ais..
Sayur kangkung tu jadi layu dan benyek..
Nenek tanam..
Tumbuh dan hidup pulak
Siap berbunga lagi..
Haaaa...memang sah lah baja bunga nenek tu..
Tapi kangkung ni nenek kata banyak pula buahnya...
Buah2 tu nenek sengaja biarkan supaya masak dan nanti boleh jadikan biji benih untuk tanam lagi sayur kangkung ni bagi banyak..
Haaa...mak aku cakap nenek ni jimat betul..
Semua benih xyah beli..
Kita tunggu balik kampung next cuti pulak yer
Tengok pokok2 semua ni
Hmmm...tapi bila next cuti tu..?
No comments:
Post a Comment