Kebun Getah di Belakang Rumah Nenek..
Kalau balik kampung mak aku ngan Achjk mesti nak masuk dalam Kebun Getah di Belakang Rumah Nenek
Kalau musim hujan banyak nyamuk..
Tapi ni musim panas..
Takde lah nyamuk
Aku beruntung daripada sesetengah kawan2 aku sebab dapat tengok Pokok Getah..
Dapat pegang pokok getah..
Celup jari dalam susu getah & cium bau getah beku yang..yarkkkk...!
Hahaha..HARUMMMMM do..!!
Hahahahaha...x caya ko cuba la cium..
Setahun teringat2 bau dia...!!
Hahaha
Nenek cakap nenek baru upah orang tmbersihkan kebun tu...
Sebab tu nampak terang benderang...
Susu getah sedang menitis...sebab masih pagi
Tapi bukan nenek yang menoreh..
Dulu masa nenek masih muda nenek cakap nenek usahakan sendiri kebun getah dan sawah padi.
Tapi sekarang Achik dah x benarkan nenek buat semua tu lagi..
Sawah dan kebun semua nenek upah orang
Achik suruh nenek berehat..
Achik & Pakcik yang jaga nenek..
Sebab tu nenek asyik gi memamcing jer..
Nenek kata kalau gi memancing dapat tenangkan fikiran tengok air sungai..air tasik..
Tapi nenek bukan tokey ladang getah..
Nenek cakap ini hanya kebun sahaja..
Nenek kata bila upah orang lain menoreh..
Dapatlah kongsi rezeki.
Hasil jualan dibahagi dua...
Kata nenek kalau waktu harga getah mahal dapat rezeki lebih
Kalau harga getah jatuh..pun masih ada rezeki
Nenek kata lebih dari cukup untuk nenek seorang.
Alhamdulillah...
Tepi kebun getah tu ada sawah padi
Tapi bukan sawah nenek..
Sawah nenek tempat lain..
Tapi x banyak pun..
Banyak atau sikit aku tak tahun macamana nenek kira..
Sawah padi orang punya
Tapi terletak tepi kebun getah nenek
Tepi jalan..
Tapi jalan tu kecik jer..
Kulit buah getah di atas jalan..
Pokok - pokok padi sedang subur menghijau..
Ok..dah jom jom balik..
Masuk semula dalam kebun getah..
Cantiknya bunga ni
Bunga secantik ini ..
Hidup dalam kebun getah..
Tiada siapa pedulikan
Yer..ker xde sesapa peduli..?
Bungan cantik macam ni kalau kat dalam taman mesti la ramai yang nak bergambar.
Tapi dah hidupnya dalam kebun getah..
Siapa sangat nak peduli..
Bunga juga..
Tapi x la secantik bunga tadi..
Mak aku cakap ni namanya Pokok Selaput Tunggul..
Mak aku cakap daun dia boleh digunakan untuk mengubat luka..
Hahaha...mak aku dah jadi tok bomoh la pulop
Morning glory
Tapi warna kuning
Selalunkat KL nampak yang warna purple
Ni mak aku cakap Pokok Nostalgia..
Nama pokok ni Pokok Pulai Tanah
Aku x tahu apa yang nostalgianya..
Aku nampak biasa jer...
Tak nampak pun apa istimewanya...
Pokok rotan..
Makbaku cakap umbutnya boleh dijadikan ulam dan kerabu
Yang ni Achik plak cakap pokok nostalgia..
Apa yang nostalgia..?
Achik cakap masa Achik kanak2..
Kalau musim hujan chik guna daun ni untuk jadikan sampan mainan
Dilepaskan atas air banjir..
Mmm...cam best jer..
Bunga Buluh..
Pokok Buluh Hutan
Tak cantik pun
Tapi unik la sebab 1st time aku tengok Bunga Buluh..
Ingatkan Pokok Buluh xde bunga..
Tunggul Pokok Getah..
Tak nampak apa yang special pun..
Zoom in....
Haaaa...nampak x ada penyamaran...
Achik cakap orang kampung nenek panggil POKKA...
hahaha..macam nama kopi
Ni Achik kata nama pokok ni Pokok KACANG GILA
hahaha....naper lah namanya gitew...
Hmm..buah dia memang macam kacang panjang..
Tapi kenapa lah namanya Kacang Gila
Tang kacang tu ok..
Yang x ok tu GILA..
Nama jer Kacang tapi x boleh makan..
Kalau makan agaknya boleh gila kot
hahaha...
Bunga ni nampak unik...
Mak aku pun x tahu nama dia
Achik lagi la x tahu..
Tapi mak aku cakap baru sahaja ada post dalam FB bagitau nama pokok ni Pokok Beberas..
Hmm logik la sebab bunganya putih macam beras.
Siap bagitahu boleh direbus dijadukan ulam dan mempunyai banyak khasiat..
Mak aku cakap..x tahu pun boleh makan
Haaa...ada juga yang mak aku x tahu..
Kulit Buah Getah..
Kalau balik time musim panas..
Banyak buah getah gugur
Aku selalu kutip
Mak aku cakap dolu2 biji getah dibuat buah main congkak..
Achik plak bagitau kalaubkat Pahang..buah getah ni diproses jadi makanan dinamakan Asam Rong..dimasak bersama ikan patin
Achik tahu lah sebab Pakcik orang Pahang
Bye sawah padi
Pokok apa ni...
Unik bentuknya..
Mak aku cakap ni Daun Hati Terbelah Dua
Yer ker namanya cenggitu..?
Haaa..mak aku cakap x tahu pun nama dia
Cuma bila tengok rupa daun tu macam hati yang dibahagi dua
Kalau dicantumkan belahan daun tu jadi lah bentuk hati
Ni bukan bunga..
Tapi cendawan..
Tak tahu cendawan apa..
Mak aku pu xtahu nama dia..
Tak tahu boleh makan ke x
Sebab bukan semua cendawan boleh dimakan
Ada banyak cendawan yang beracun..
Mak aku cakap nenek panggil Kulat..
Kulat tu cendawan la
So..ikut suka la nak panggil cendawan pun boleh Nak panggil kulat pun boley
Tapi kalau macam ni in English..
Nak panggil mushroom ker fungus..?
Tepi kebun getah tu ada kebun getah baru..
Pokoknya belum ditoreh
Tapi semaknya..
Tak berani nak masuk..
Kalau balik kampung musim panas seronok.
Kalau hujan x best sebab bored x boleh nak jalan.
Aku x puas lagi cuti..
Seronok hari2 Achik ajak jalan2..
Rasa x nak balik KL..
Mak aku cakap nanti Tahun Baru Cina kalau cuti panjang nak balik lagi..
No comments:
Post a Comment