Thursday, 21 December 2017

NIRA NIPAH @ SEDAKA

Air Nira Nipah vs Kacang Menglembu..
Menjadi idaman kalbu
Asalnya nak pergi hari Rabu
Tapi hari Rabu depa cuti la you..


Mak aku tengah gigih drive nak gi minum air nira fresh kat Kebun Nira Sedaka
Kerrta Pakcik dah berdesup dah..
Mak aku cakap dah keta depa besau  2.0 press minyak sikit jer dah berdesup
Keter kiter just 1.6 jalan la cara 1.6 jer..
#syukurselalu#...xpa kita doa mana tau 1 day kita pun Allah bagi rejeki itew.
Kita nak pi minum air nira kan...
Achik dah pernah bawa dah hari tu..
Tapi biasa la mak aku ni peminat air nira
Hari Rabu tu masa on the wat balik kampung nenek mak aku ada beli dah air nira ni kat depan Eco
Ada penjual yang naik motor jual air nira ni
Mak aku beli 4 bungkus tapi sayangnya rasa dia dah bertukar masam..
Achik kata xper...nanti kita pi minum di kebun dia...hat fresh lagi baq ang..!


Tempat yang nak dituju tu nama dia Sedaka
Terletak dalam daerah Yan..
Haaa...info dari Achik tuh..
Perjalanan santai2....selur2  dari Alor Mengkudu dalam 1 jam juga la sebab masing2 tengaj kekenyangan ..
Baru lepas lunch Achik belanja makan kat  Cafe Adik  Abang @ Alor Mengkudu

Gunung Jerai sayup2 di kaki langit..
Hahaha...langit ada kaki ke...

Dah sampaiiii


Sebab cuti sekolah...
Memang ramai la jemaah nak minum ayaq niqa ni
Tapi ramai2 la baru syok....
Kalau nak minum sowang2 baik beli bungkuih balik minum tepi bendang..
Hahaha...dah tercakap Kedah



Haaa....sin baik x datang Rabu hari tu..
Rabu memang tutup la
Hari ni Jumaat pun sib baik datang petang..
Memang dia buka petang ja..
Patut la ramai...


Tahun lepas datang banner ni cantik lagi
Ni awat jadi lagu ni En Ismail Che Kar..
Ni...pesanan penaja ni..
Nanti En Mail tukar banner baqu na..!
x besh la kalo pelancong luaq mai nak puloi gambaq x segak macam ni....
xpa..nenek kata " Don't Judge Book By The Cover"
Mungkin depan dia ja x segak
Dalam dia kita x masuk lagi ...
Jom..jom..


Oittt...dah ada improvement..
Dah ada pondok di tepi tu..tempat amik order
Dolu datang kena order kat rumah dia
Bagus3....


Mmm...pekerja pun dah ramai tu
Dulu nampak husband & wife jer yang amik order
Ok...buat pesanan di sini yer
Ada Air Nira
Laksa
Kacang..
Apa lagi ntah...pic menu dlam camera kat kakak
Pakcik order Set I jug Nira+ Sepinggan Kacang Menglembu
Sebab kenyang lagi kan


Tepi tu ada juai kerepek...ikan pekasam...ada jeli bagai



Dah jom cari tempat duduk...
Haa...jangan pelik...
Nak caribtempat duduk..
Masuk jer dalam kebun nipah tu..


Di celah- celah rumoun nipah tu banyak tempat duduk...
Banyak kerusi meja disediakan...
Pilih jer port yang kosong...


Kebunnya terjaga dan bersih...
Bukan lecak2 macam kebun nipah tempat orang ambil daun nipah tu


Semua tengah santai minum Air Nira...
Makan Laksa...
Makan Kacang...
Sembang2 bawah rumoun Nipah...
Angin sawah bertiup....
Owhhhh.....


Air Nira dah sampai ker..
Ralit meninjau kebun nira..
Tapi Haikal ngan Pakcik xnak joint merayap dalam kebun nira tu..
Merayap2 ni geng pompuan ja...
Hahaha




Ni la set 1 Jug Nira Nipah
Sepinggan Kacang Menglembu...
Harga dia kalau x sialap Pakcik cakap berapa ntaj..
11..ke 13 inggit ke..camtu la
Kalau order ala cart...1 gelas 3 inggit
Kalau jug ni boleh 5..6  gelas la sebab 1 jug tu Nira yang sejuk tapi xde ice cube nyer..
Pure....


Sambil duduk sambil melihat persekitaran...
Semua nampak bahagia jer...
Tenang dibuai angin sawah
Tempat duduk memang banyak
Hari tu datang meja x banyak sangat
Ni.mestiakin ramai pelancong ni...





Haikal tengah tuangkan air nira untuk semua..
Haaaa....mak aku cakap dunia dah nak kiamat..
Anak teruna tuangkan air
Anak dara tengok jer...
Hahaaha..mana ada...aku bukan xnak tuang
Tapi jug tunkan berat....
Biarlah sesekali lelaki melayan perempuan.
Baru la suuuiiitttt gitew...!
Hahaha....
Untung la Aweks Haikal nanti..
Dah la hensome...
Pandai...
Caring...
Hafiz lagikkkk...!
Untung lar.....
Aku...???
Hmmmm.....x tahu lah ada kah lagi Lelaki Melayu Terakhir yang sudi padaku..
Hahahahaha.....larikkkk.....



Pakcik pergi tambah lagi beli Kacang Menglembu tu..
Pakcik cuma minum sikitnjer Air Nira tu..
Pakcik cakap elergi x boleh minum banyak..
Nenek langsung x nak..
Aku..mak aku..Achik...Haikal semua pun suka..
Pakcik ngan nenek ngan Aqil makan Kacang Menglembu jer..
Haaa...nama kacang tu aku tahu sebab Pakcik baru sahaja bagi info tentang kacang tu..!
Kata Pakcik kacang tanah tu dikeluarkan di Menglembu ..
MENGLEMBU yer..
BukanENGKERBAU @ MENGKAMBING..
Pakcik kata Menglembu tu nama tempat di Perak..


Sebungkus Kacang Menglembu ni..hanya dijual oleh pengusaha kebun nipah ni dengan harga rm2 SAHAJA
Pakcik kata memang kalau kat kedai pun harganya begitu
Maksudnya pengusaha kebun nira ni memang bukan jenis cekik darah la..
Padahal kalau dia jual 3 henggit pun masih berpatutan..
Mungkin pengusaha tu baik hati orangnya
Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki pengusaha kebun nira nipah ni..


Ni la Kacang Menglembu Si Cerdik tu
Sampai hari ni aku masih teringat2 swdapnyaakan kacang ni sambil minum air nira tu...
Dulu aku x suka Air Nira...
Tapi sebab kalau balik Kedah mak aku selalu beli dan Achik selalu bawa datang sini
Aku dah suka...


Baca betul2 peraturan kat  atas tu..!
Haaa...selalunya orang pesan jangan tinggalkan sisa atas meja..
TAPI kat sini sebaliknya..!!
Agak2 kenapa yer..??
Haa..Pakcik cakap sebab kalau kulit kacang ..siss makanan ditinggalkan atas meja ..
Lebih mudah pekerja dia nak bersihkan..
Kalau jatuh bertabur di bawahnya lagi susah nak sapu nak bersihkan...


Sebab kami juga pelanggan yang BAIK..
Maka Pakcik siap kumpulkan semua kulit kacang dalam dulang tu..
Maje kami CLEAN yer...!!!


Ni Aqil..
Aqil pun x minum Air Nira...
Aqil cakap "Air Tu Tak TEDAP !!"
Aqil hanya nak Air Sirap..
Haaa...Aqil tu nampak jer macam pemakan..
Tapi memilih makanan tu!
Mango Shake  ke...apa2 minuman shake yang bersusu dia x minum...
Jajan yang pelik2..
Chocolate pun dia x makan..
Air Nira ni lagi la..
Pandang pun dia x nak..
Hahahaa...
Tapi aku sukaaa...
Ok..jom ronda lagi dlam kebun nira ni
Bukan kebun nira
Tapi ni Kebun NIPAH
Nira tu air dia
Nipah tu nama pokok dia



Buah Nipah..
Nun disebalik celah pokok ada jer pengunjung sedanginum air nira


Buah Nipah ni dah la BERATTT..
KERASSS macam batu..
Kalau cuba cungkil pun..
Langsung x tertanggal dari tandannya..


Bunga Nipah

Tangkai tandan buah nipah..
Tempat air nira ditadah...
Masa datang hari tu banyak botol2 ditadah pada tandan nipah tu..
Tapi yang ni kosong jer..
Air Nira dah kering kot..


Zoom in....
Haaa nampak...
Penuh ngan semut yang sedang minum Air Nira
Agaknya Semut pun dah pandai buka Cafe Nira Live lagi..!!
Hahaha...confirm la sisa air nira kat tandan tu manis kan...
Aku calit juga jarinpada tempat semut tu dn jilat sikit...
Mmm..memang manis


Haaaa...macam ni la cara air nira ditaxah...
Mak aku cakap kalau kat barat pun ada juga pokok yang boleh mengeluarkan nira ni..
Mak aku cakap POKOK MAPLE..
Ala ..daun maple & Syrup Maple aku tahu la..
Haaa..mak aku cakap maple itu la...
Kalau kat barat kira macam ni Maple Tree la..
Air Nira pun jika dimasak lama ia akan pekat menjadi Nisan Nipah..
Kalau di Sarawak dipanggil Gula Apong
Kiranya Maple Syrup versi Malaysia..
Kalau Maple Syrup dimakan bersama pancake..
Mak aku cakap Nisan Nipah sedap di cicah ubi kayu rebus atau dicampur dalam cendol.



Kiter bz bergambar..
Aqil dah bored..
Aqil nun jauh baji biru nun..
Mana dia nak pergi tu...?
Jom follow dia sanyap2




Hahahahs...Aqil kejar itik la...
Tepi tu reban itik
Jangan dia tangkap itik tu selam dalam dalam sawah padi tu sudah la...
Hahahaha..


Penat kaejar itik...
Aqil amik angin tepi sawah pulak...



Pokkk padi rengah subur
Nenek cakapbpadi tu tengaj BUNTING
Bunting tu nenek kata dalam batang padi tu tengah kembung dengam bunga2 padi
X lama lagi bunga2 padinakan keluar dan akan berbuah laa...


Achik tengah tangkap belalang ker...?
Hahaha


Tiba2 datang makcik kain kuning tu dengan beberapanorang lelaki..
Pastu baru tahu..
Rupanya makcik kain kuning tu la pemilil Kebun nipah ni
Ada pelancong dari Johor nak tengok cara mengambil Nira Nipah ni
Makcik tu cakap tandan buah nipa akan diurut dan diketuk3 dengan kayu sejak berbulan dahulu.
Ia bertujuan menggalakkan pengeluaran nira
Selepas berbulan asyik mengetuk tandan nipah tu baru boleh potong tandan buahnya..

Ok..makcik tu dah potong tandan buah nipah..
Buahnya dah tergolek dog dah bawah tu
Air yang menitis dari tangkai tandan tu la nira namanya..
Nenek tengah tadah tapak tangan untuk rasa air nira fresh dari tangkai tandan nipah tu
Nenek cakap rasanya manis la..
Buah tu kalau muda boleh belah dan isinya boleh dimakan
Yang ni makcik tu cakap buahnya dah masak dah..
Tak sesuai nak makan sebab isinya keras
Sesuai dibuat biji benih sahaja..
Buah nipat tu keras giler..
Susah nak tanggal dari tandannya
Makcik tu cakap selepas seminggu baru buah2 tu akan tanggal dari tandannya

Baru tahu...
Bukan senang nak dapatkan 1 jug nira nipah tu..
Kena tadah sejak petang ni
Esok pagi baru boleh dikumpulkan
Begitulah setiap hari..
Bukannya Air nira tu keluar macam air paip Tapi sekadar menitis setitik demi setitik macam susu getah menitis selepas ditoreh.
Esoknya tandan yang sama itu akan dikerat lagi dan diulangi beberapa lama sehingga tandam semakin pendek dan air nira tidak lagi menitis
Ya Allah ...maha kaya ciptaan Allah
Tandan yang keras itu mengandungi minuman yang manis
Syukur alhamdulillah aku dapat melihat dan dapat ilmu baharau hari inj..


Ok...dah minum banyak ayaq niqa..
Kot rasa nak terkucil..
Kat sini dah ada disediakan tandas dah
Dolu datang tandas ni belum ada lagi
Bagus3...ada kemajuan
Semoga Pengusaha Kebun Nipah ni dimurahkan lagi rezeki dan sukses dalam.mengusahakan Kebun Nira Nipah ni
Dapatlah nanti kita dan ramai lagi orang lain datang lagi menikmati air nira yang sedap ini..



Persekitaran rumah ni pun terjaga dengan bersih..
Sama macam dulu..
Dulu dah pernah datang sini
Dah pernah citer NIRA NIPAH @ KEBUN NIPAH kat sini....
Sib baik ada Diary Maya aku ni
Dapat juga melihat album2 lama disimpan disini
Dapat flash back  kenangan
Dapat baca bila bored
Kadang2 jadi bahan rujukan aku juga..
Ok...dah petang..
Jom balikk....
Esoknya Sabtu dah nak gerak sebelum subuh
Nak balik KL dah...


Kat Pendang pun ada beberapa tempat menjual air nira nipah ni..
Tapi xdelah kebun nipah sebab pokok nipah hanya hidup subur berhampiran kuala sungai dan paya berlumpur tepi laut..
Pendang xde laut
Yang ni moto penjual nira ni memang aku nampak ada jer kalau balik Kedah
Dekat tepi jalan selepas traffic light selepas exit Tol Pendang
Hari Rabu tu pun masa nak balik kampung mak aku aku beli dekat penjual naik motor depan Pasaraya Eco..
Dulu setiap kali balik kampung mak aku akan singgah beli air nira ni bawah pokok depan kubur cina tu
Tapi sekarang kalau balik jer Achik mesti bawa gi minum nira fresh kat Kebun Nira Nipah kat Sedaka..Yan tu..

2 comments:

  1. nampak mcm sedap..akak tak pernah rasa..kat KL nie mana nak carik air nira nie kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kener cuba....
      Kiter pun dulu x suka sebab macsm ada bau masam sikit..Tapi dah lama2..sukaaa..sebab manisss dan unik rasa dia..Kat KL xde pokok nipah...jom pi Kedah..nanti soh Achik bawa

      Delete