My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Sunday, 28 August 2016

CUCUR JAGUNG MANIS RANGUP..

Cucur Jagung Manis Rangup...
Krup..krup..krup...
Dengan teh O panas..
Gulp..gulp..gulp...
Brrrr...alhamdilillah...

Memang sedap..
Memang rangup...
Memang aku suka..
Jagungnya banyak..
Ni baru Cucur Jagung..
Aku memang nak yang banyak jagung macam ni...
Bukan yang macam aku beli hari tu penuh tepung..kena guna kanta nak cari jagung dia..
Hahaha...over plaks
Mak aku kata x boleh cakap macam tu..
Sebab ada orang suka tepung banyak...ada orang suka jagung banyak..
Sebab selera orang berbeza-beza...
Mmmm....


Cucur Jagung ni aku yang makan banyak...
Sambil buat homework...
Mak aku makan sikit jer..
Mak aku kata teringin nak makan Kuih Lapis Tepung Beras..tapi lupa nak beli tepung beras..
Mmm...macam nak suruh aku gi beli jer...
Mmm...sib baik mak aku x suruh pun...
Aku memang malasssss gileeeer nak gi kedai..
Hehehe...

CUCUR JAGUNG MANIS RANGUP
1 tongkol jagung manis
3/4 cawan tepung ubi/tepung jagung
2 sudu gula
Sikit garam
1putih telur
Minyak

1. Hiris isi jagung
2. Gaul isi jagung dengan tepung ubi,garam & gula
3. Perlahan2 gaulkan putih telur hingga nampak basah
4. Panaskan minyak & cedok sesudu demi sesudu & goreng dengan api sederhana hingga garing..

**
***jangan risau jika nampak adunan macam berderai..kerana bila digoreng ia akan melekat..
Penggunaan putih telur kerana nak masak sikit sahaja..jika menggunakan 2 @3 tongkol jagung cukup sekadar menggunakan sebutir telur termasuk putih dan kuningnya..

1 comment:

  1. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete