Monday, 15 August 2016

SAMBAL SOSEJ...

Sambal Sosej..
Naper...??
Terkezut sebab sosej jadi sambal...?
Dah memang tu namanya Sambal sosej...
Ni minggu lepas nyer citer
Mak aku masak buat lauk aku nak makan nasi..



Sebenarnya mak aku dah masak Kari ikan campur dengan rebung..
Tapi aku x suka kari rebung...
Mak aku jer yang suka sangat kari rebung tu...
Mak aku kata dalam peti ais dah xde stok ikan & ayam..
Yang ada hanya telur,sosej & daging kambing yang mak Nabihah bagi..
Daging kambing tu mak aku kata besar memang lambat la nak defros..
Aku minta mak aku buat telur dadar jer untuk aku..
Tapi mak aku buatkan juga Sambal sosej ni untuk aku...


 Dulu masa kakak tengah cuti semester...kakak pernah buat Masak Kicap Sosej
Mula aku pelik,tapi mak aku cakap..syyyyyyy
Jangan complane nanti kakak merajuk xnak masak pulak..
Hahahaha



 Mmmmmm...aku suka Sambal Sosej ni...
Sosej Rebus pun aku dah rasa cukup sedap..
Buat sambal...lagi la aku kata sedap..
Memang aku x jeling la Kari Rebung mak aku..
Heeee..memang aku x suka rebung pun...

SAMBAL SOSEJ..
5 batang sosej ayam Ramly
1/4 cawan minyak masak
1 asam keping
garam & sikit jer gula
daun sup untuk tabur

Bahan Blend:
4 batang cili merah
1 bawang besar
2 bawang putih
sikit ikan bilis

1. Setiap batang sosek dikerat 3 & rebus hingga timbul
2. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan blend.Masukkan asam,garam & sikit gula.
3. Bila sudah pecah minyak,masukkan sosej yang sudah direbus.
4. Sesuaikan rasa & taburkan daun sup yang dipotong halus.

No comments:

Post a Comment