Friday, 5 August 2016

PULUT AYAM

 Pulut Ayam....
Tapi mak aku kata ni versi sempoi la
Kalau Pulut Ayam yang betul2 Thailand nyer ayam tu kena perap ngan rempah2 dia
Tapi kalau nak banding ngan Pulut Ayam yang kitorang selalu beli kat gerai tepi kuaters tu
Mmmmmm..memang Pulut Ayam mak aku ni lagi sedap arrrrr
Sebab  fresh & makan panas-panas..

Pulut Ayam ni mak aku kata makanan popular kat Thailand
Tapi kalau kat kampung pun pulut ni femes juga..
Yer lah...kan mak aku pun  pernah citer yang datuk nenek sebelah nenek memang asal dari Thailand
Sebab dolu-dolu memang Kedah Perlis Kelantan tu dibawah pemerintahan Siam..
Siam tu nama lama bagi Thailand
Mak aku kata Malaysia ni pun dolu naman Tanah Melayu
Huh...aku memang suka tanya mak aku pasal Sejarah.
Walaupun aku belajar Sejarah tapi aku lebih faham kalau mak aku yang citer
Jangan x tau..hari Rabu baru ni cikgu Sejara bagi thumb-up kat aku sebab aku ..
Cikgu tanya ..Kenapa Tanah Melayu x maju padahal banyak sumber kakayaan dan pelabuhan yang sibuk..
Aku jawab la...sebab Penjajah Inggeris mengamalkan sistem Pecah Perintah & segala hasil Tanah Melayu dibawa balik ke negara mereka..
Cikgu puji jawapan aku
Sebenarnya,aku boleh jawab tu sebab baru jer pagi tu aku tanya kat mak aku masa otw gi sekolah..
Hahahahaha..
Selalunya mak aku akan citer pasal Sejarah ni time dalam keta otw hantar aku ..
Kadang2 kalau citer tu x habis,kitorang duduk jer dalam keta tepi sekolah aku sampai mak aku habis citer...
Heeee...selalunya time sampai sekolah awal sangat & aku x berani nak masuk dlam sekolah lagi & aku minta mak aku tunggu smapai ada kawan aku sampai baru aku turun..heee

Hari tu masa balik Raya Puasa tu Achik kata nak gi beraya umah sedara mara atuk kat Thailand..
Aku memang exited giler arrr nak gi beraya kat Thailand
Achik kata ada sedara atuk nak bawa kitorang gi ziarah sedara mara atuk kat Thailand tu..
Tapi sudahnya x jadi sedara atuk tu kata sekarang ni bahaya nak gi Thailanda sebab selalu berlaku tembak menembak la bagai..
Huhuhuhu...
Kecut juga perut bila dengar,tapi aku memang nak sangat gi.
Sudahnya Achik ngan pakcik bawa aku ngan mak aku gi beraya kat rumah sedara atuk kat Sempadan Thailand jer..
Aku pun x ingat nama tempat tu..
Yang aku ingat ...line h/phone memang naik tulisan Thailand ar....
Hmmmmm....jadi lah....kira dah nak sampai la tu..
Dah Border dah..


Kalau kat umah nenek di kampung memang selalu nenek akan masak pulut
Kata mak aku kalau dolu2 lagi lar
Nenek memang tanam padi pulut sendiri..
Mak aku kata stok pulut kat umah nenek sama macam stok beras biasa..
Mak aku kata sarapan pulut dah memang kebiasaan kat umah nenek dolu2
Kata mak aku lagi nenek akan tukar2 la
Pulut Lemak
Pulut Kukus
Pulut Kelapa
Pulut Panggang
Pulut Udang
Pulut Minyak
Waaaaaaaaaaa......cam best jer


 
PULUT AYAM ..mak aku
2 cawan pulut -rendam semalaman
4 ketul ayam-potong besar
sikit garam
sikit serbuk kunyit
2 bawang putih
sikit halia
sikit serbuk cili

10 bawang merah-buat bawang goreng
Thai Chilly Sos

1. Kukus pulut yang sudah direndam hingga masak.
2. Sementara mengukus pulut,tumbuk bawang putih,halia,garam,kunyit  & gaul dengan ayam
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali & goreng bawang merah yang sudah dihiris nipis untuk buat bawang goreng.
4. Dalam minyak yang sama goreng pula ayam yang dah diperap hingga ayam garing
5. Hidangkan pulut kukus yang masih panas & tabur bawang goreng yang rangup...makan pula dengan ayam goreng panas-panas.

Ayam tu sepatutnya ada sos cili dia..
Tapi kitorang guna Thai Chilli Sos jer...
Pun sedappppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp

3 comments:

  1. Bagusnya mak adik pandai sejarah. Masak pun pandai..👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah seronok belajar sejarah....hehehe..tq baca

      Delete
  2. Bagusnya mak adik pandai sejarah. Masak pun pandai..👍👍👍

    ReplyDelete